بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bercakap persoalan zuhud, ustaz mengatakan orang yang zuhud tidak tertipu oleh dunia. Salah satu perkara, dalam ilmu tasauf lapar itu mencerdaskan akal. Maka mereka memilih lapar. Tapi kita hari ini lain, kita pakai dengan banyak makan baru boleh buat kerja. Itulah sampai nak mengejar kehebatan, hukum Allah banyak dilanggar. Bagi orang yang zuhud mereka membenci dunia.
Apa hukum membenci dunia, wajib atau sunat?.seperti mana yang telah dimaklumi sebelum ini, ada zuhud yang halal mengenai dunia dan ada pula yang haram. Zuhud haram tentang perkara fardu manakala yang halal adalah dalam perkara yang sunnah.
Orang yang memandang dunia bagai bangkai tidak sekali-kali mengambil yang haram kecuali dalam soal darurat. Itu pun sekadar menolak darurat tersebut. Ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang taat.
Orang-orang yang telah mencapai peringkat ‘abdal’ mengambil dunia yang halal, mengambil sekadar kewajipan sahaja. Bagi mereka, dunia yang haram pula bagai api. Tidaklah terlintas lansung hati mereka untuk mengambilnya walaupun sedikit. Kalau niat sudah tiada untuk mengambilnya apatah lagi mengusahakannya.
Hanya mereka yang diberi taufik oleh Allah sahaja boleh bersifat demikian. Sebaliknya mereka yang buta fikirannya dan terpedaya dengan tarikkan dunia, tidak dapat memandang kebinasaan dan keaiban dunia tersebut. Mereka tertipu dengan zahiriahnya.
Contohnya orang yang membuat kuih dari tepung dan dilengkapi dengan ramuannya, lalu di tambahkan sedikit racun yang berbahaya. Dalam pada itu ada seorang yang melihat perbuatan tersebut tetapi tidak di lihat oleh seorang yang lain. Setelah diperhidangkan dengan dihiasi lagi dengan aneka kecantikan di atasnya, maka pastinya dipandang cukup menyelerakan. Bagi orang yang tahu bahawa di dalamnya ada racun, pastinya menjauhi dan tidak ada keinginan untuk menyentuhnya apatah lagi memakannya. Seolah-olah ia dijamu dengan hidangan berupa api, lalu tidak mahu menoleh pun. Keyakinannya kuih itu sangat membahayakan membuat dia tidak tertipu dengan hiasan tersebut.
Berlainan dengan seorang yang tidak mengetahui adanya racun dalam kuih yang dihidangkan. Dengan mudah dia merasa berselera dan ingin terus menjamahnya. Bahkan dia berasa hairan orang yang tidak mahu menjamah kuih tersebut dan menganggap orang itu seorang yang bodoh. Beginilah hakikat pandangan orang yang waspada pada perkara haram seumpama memandang kuih tadi hanya orang yang jahil dan dungu sahaja mudah tertarik padanya.
“Katakanlah, apakah dapat di samakan orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”
(Surah Zumar, ayat 9)
Sebab itu, bila masuk dalam majlis ilmu berniat untuk mendapatkan ilmu tersebut, untuk keluar dari kejahilan dan beramal serta untuk di sampaikan pada orang lain. Jika tidak ada niat demikian, itu yang masih lagi nak ke pesta-pesta, fun fair. Bahkan pakaian sunnah jubah dan serban dipakai, tapi masih buat ketika menghantar anak bersukan di sekolah, anak perempuan tadi tidak menutup aurat dengan betul, bertudung....., tetapi pakai t-shirt berlengan pendek dan berseluar track suit. Peliharalah anak-anak dan isteri tentang auratnya..
Orang yang dah sampai satu ‘level’ merasa akan ada pembaziran ilmu jika tidak beramal. Orang yang tidak beramal, itu yang tidak dapat menahan diri dari syahwat, kata ustaz. Masih nak berhias dengan dunia. Isteri keluar rumah tidak menutup aurat. Itulah racun. Ada ibu bapa bangga anak johan larian yang tidak menjaga hukum hakam. Cakap alhamdulillah lagi. Johan buat dosa boleh kata alhamdulillah. Mempermain-mainkan hukum Allah.
Orang yang berilmu akan faham tentang racun tersebut. Makan akan binasa. Penyelesaiannya, amal ilmu yang ada. Walaupun sahabat dan Nabi sendiri layak harta ghanimah, nabi kita tidak mengambilnya. Kalau ambil pun sekadar beribadat kepada Allah. Orang yang mengikut seperti akhlak nabi ini, yang mengenyangkan itu Allah. Mereka asyik dengan Allah.
Kita ni, bila mengaji dan menuntut ilmu rasa seronok. Bila keluar dari majlis ilmu dah mula lalai. Sebabnya syaitan lumur tubuh kita, usap kita, kata ustaz. Keluar majlis ilmu tidak membaca doa.. ustaz syorkan baca doa ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِن إِ بلِيسِ وجُنُوده
Ya Allah aku berlindung dengan engkau dari iblis dan tenteranya.
Manisnya duduk dengan Allah, bila nak masuk waktu sembahyang, Menurut Ummul mukminin, nabi seolah-olah tidak mengenal Aisyah, untuk menunjukkan betapa lazat dan seronok rasululullah untuk menyembah Allah.
Kesimpulannya, bila dah faham perumpamaan tadi, maka tidaklah berlaku penyelewengan, pecah amanah, rasuah. Pelajar-pelajar tidak curi biskut kawan, tidak picit ubat gigi kawan tanpa izin, haram hukum mengambil hak orang tanpa izin.
Hari ini, orang hidup macam orang mati.. kata ustaz. Apa tidaknya panggil sembahyang buat tidak endah aje. Seumpama mayat tidak bergerak. Buat tak tahu aje. Sedangkan ramai yang telah mati sebagai pejuang islam, mati bagai orang hidup. macam Ustaz di Memali dan seorang pejuang di indonesia yang kita ketahui sebelum ini.
Ustaz mengingatkan, kaum perempuan, tak payahlan berhias, bergincu, berbedak, bercelak diluar rumah. Bila cakap orang marah. kata ekstrem. Melampau ini, kata ustaz.. kalau melebih had. Tapi ini ketetapan agama. mengikut acuan agama. Hukum Allah diturunkan untuk mengawal akal supaya tidak menemui kebinasaan. Kalau tidak jadilah jahiliah. itu yang sanggup bunuh anak, berjudi, minum arak sebab tidak ada undang-undang untuk mengawal diri.
Hanya hati yang bersih dari dosa terletak di atas pengampunan Allah. Perlaksanaannya, amalkan zikir, solat sunat, tahajud. Hendak zuhud kena mujahadah. Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.. kata ustaz.
Jika hendak merasakan manis ibadat, inilah jalan yang dibentang oleh ulama'. Zuhud banyak dikaitkan dengan harta, kerana itu yang manusia suka dan menjadi kegilaan mereka. Bila tidak zuhud, hati akan menjadi mati. Maka bersamalah kita mengambil menafaat dari ilmu yang telah dipelajari.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment