Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sandal/sepatu yang bagus pula.” Nabi Muhammad saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia.” (HR. Muslim)
Takabbur merupakan sifat yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t . Sesiapa yang bersifat sombong adalah mereka yang merebut kebesaran Allah kerana hanya Allah sahaja yang layak membesarkan diri. Siapa yang bersifat sombong, adalah yang memusnahkan diri sendiri dan akan terjerumus ke dalam api neraka. Melihat kepada kisah Nabi Adam dan Iblis yang diusir dari syurga kerana sifat takabbur yang ada pada dirinya. Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah. Maka Allah perintahkan dia keluar dari langit, dan dia adalah orang yang terkutuk.
Iblis terusir dari tempat kemuliaan yakni syurga. Sebahagian ulama' menyebut diusir dari langit. Jadi menasabahlah sifat takabbur tersebut menghalang dari masuknya seseorang ke dalam syurga. Sifat ini adalah sifat yang keji lagi mazmumah. Penyakit hati yang membawa kebinasaan. Tingkah laku orang seperti ini, selalu merendahkan mertabat orang lain. Bahkan suka menolak kepada kebenaran.
Sifat ini terjadi apabila timbul diri rasa ada kelebihan dan keistimewaan, seperti ada ilmu, ibadah, keturunan, kejelitaan dan ketampanan, kaya, kekuatan, kekuasaan, kedudukan, pangkah dan sebagainya yang boleh dibanggakan.
Maka timbullah sifat angkuh, sombong dan bongkak. Jelaslah sifat ini seperti Iblis yang sombong dan bongkak, Firaun dan Haman yang gila kuasa dan kekuatan, Qarun dengan hartanya.
Maka berhati-hatilah dalam hal tersebut agar tidak terus hanyut dan lupa daratan dan tidak dihinggapi penyakit takabbur dan kesombongan. Mudah-mudahan ianya memberi pengajaran.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment