Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, July 10, 2010

PENTINGNYA BERILMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menurut Ustaz Zul dalam kuliahnya di Masjid Rahimah, syirik boleh terjadi apabila mensifatkan Allah sama dengan manusia. Justeru itulah ayat-ayat mutasyabihat perlu ditafsirkan. Jika salah tafsir tanpa ilmu yang betul amatlah berbahaya pada aqidah umat islam.

Begitu juga terjadinya syirik bukan sahaja mensifatkan Allah dengan sesuatu yang lain, tetapi beriktiqad seperti ubat boleh menyembuhkan penyakit, juga adalah bersalahan dengan aqidah. sedangkan apa sahaja perlu kembali kepada Allah. Orang yang syirik di haramkan masuk syurga. Bayangkan orang-orang yang memuja dan mencari harta semata-mata, hingga lupa kepada Allah, bagaimana kedudukkannya?

Menurutnya orang yang mencari harta semata hingga meninggalkan solat berjemaah dan tidak mencari ilmu adalah orang yang tidak berakal. Ilmu dan hikmah adalah hasil akal, satu kurniaan Allah kepada manusia, ia membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT menciptakan manusia sebagai makhluk yang berakal. Allah menyifatkan mereka dengan beberapa ungkapan yang menarik, dengan lafaz Ulil Albab, Ulil Absor dan lain-lain. Antara perkara penting yang mesti dilakukan oleh akal manusia ialah mencari ilmu. Hikmah dan ilmu dicapai sama melalui kurniaan Tuhan, secara langsung atau secara belajar, atau hasil dari beramal dengan ilmu, juga kajian dan pengalaman.

Ramai hari ini menjalani kehidupan tidak ingat akan mati. Ini contoh orang yang tidak berakal. Perkara yang membezakan manusia dengan binatang ialah menuntut ilmu dan beramal. Jika batang tubuh sahaja manusia, ini namanya haiwan yang boleh berkata-kata. Perlu di sedari, harta yang di cari tidak akan dibawa mati. Banglo, duit dalam bank hanya jadi harta semata di dunia dan akan menjadi milik orang lain bila ia ditinggalkan bila sebelumnya kita tidak menjadikannya sebagai jalan ibadah. Bila kita besahabat dan berkawan dengan orang yang lalai, akan mewarisi hati yang mati. Bila hati dah mati, akhirat di letak ke tepi.

Ingatlah hidup di dunia sebentar sahaja. Perlu di ibaratkan pada dunia seperti lari dari harimau. Bila dekat sangat bahaya.

Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada 1,000 orang yang 'abid (ahli ibadat) dan 1,000 orang warak”.

Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang 'abid seperti kelebihan aku atas umatku”.

Apakan daya, manusia akhir zaman nampak dunia sahaja, sedangkan bagi orang alim, dunia dalam gengamannya. Allah memberi pilihan pada Nabi sulaiman samada memilih ilmu atau harta. Lantas Nabi sulaiman memilih ilmu. Maka Allah beri kepada beliau dengan ilmu yang ada untuk menakluki dunia.

Namun manusia hari ini tidak yakin dengan janji Allah. Sebodoh-bodoh umat adalah yang tidak kasih pada ulama, sedangkan bermula orang alim itu pewaris nabi. Siapa yang mengasihi orang alim adalah mereka yang mengasihi nabi.

Rasa takut kepada Allah akan datang apabila kita benar-benar mengenali Allah. Untuk mengenali Allah perlu ada ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Bila berilmu kita akan rasa takut, lantas bertaqwa kepada Allah. Rasa takut akan membuat kita selalu merasa kematian akan datang bila-bila masa.


Percaya atau tidak, kenalah terima bahawa ..Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit.
Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.Maka berkata Izrail:' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Maknanya disini, bahawa perkiraan yang perlu kita buat untuk mengetahui sekerap mana malaikat maut menjengah kita ....

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 kali

malaikat menjenguk kita= 20.571 minit

Maknanya malaikat maut akan menjengah kita setiap kali 21 minit. Bersedialah untuk menghadapi kematian yang akan datang bila-bila masa sahaja. Allahu a'lam.

2 comments:

  1. salam...

    tertarik dengan dialog antara sayyidina ALI RA dan sepuluh orang yang bertanya perkara yang sama tapi dijawab dengan berlainan jawapan oleh sayyidina ALI RA...
    (copy n paste je ummi...panjang sangat nak taip...hehe)

    Rasulullah pernah bersabda: “ Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
    Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

    Ulama’ pertama bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi,sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.”

    Ulama’ kedua bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : “Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu,sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”

    Ulama ketiga bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh,sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyia banyak sahabat.”

    Ulama’ keempat bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarka akan semakin bertambah.”

    Ulama’ kelima bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yangbanyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.”

    Ulama’ keenam bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.”

    Ulama’ ketujuh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang,sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

    Ulama’ kelapan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.”

    Ulama’ kesembilan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut,sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.”

    Ulama’ kesepuluh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh allah Taala,sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).”

    Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali(Imam Ali) yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama.Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali,dan merekamenjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

    ReplyDelete