Ana rasa tertarik dengan satu kata-kata motivasi yang dibacakan di Pejabat ana dalam tazkirah pagi tadi. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, pastinya kita memerlukan satu dorongan atau kata-kata yang memberangsangkan kita untuk bertindak. Lebih-lebih dari kata-kata Allah dan rasul. Namun sebahagiannya boleh lah kita ambil dari ilmuan yang terkenal yang pastinya ianya di datangkan ilham oleh Allah s.w.t. untuk menyatakan demikian.
Kata-kata yang dipetik dari Muhammad Jawad Ali, "Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya usahanya akan menjadi sia-sia"
Cantik bahasa ini. Islam sendiri mengajar kita jangan ragu-ragu. Bila timbul keraguan baik di tinggalkan. Sementelahan bila kita ingin melakukan sesuatu, pastinya kita telah terlebih dahulu mengkaji baik dan buruknya satu-satu perkara. Jadi bila kita ingin mencapai sesuatu, pastinya kita telah punyai matlamat dan keyakinan ke arah perkara tersebut. Perancangan rapi perlu di atur sebaiknya.
Meskipun sebahagiannya merasa keliru dengan usaha yang dilakukan, bila berada di tengah-tengah perjalanan merasa ragu untuk meneruskan, namun perlulah diingat setiap matlamat yang ingin dicapai pastinya tidak terlepas dari risiko. Samada kecil atau besar pastinya ada risiko. Namun seandainya berjaya mengharungi risiko tersebut, itu adalah kejayaan yang tidak dapat di tebus dengan wang ringgit. Kepuasan yang tiada tolok bandingannya.
Teruskan perjalanan tanpa keraguan. Perkara yang penting diingati, di samping usaha jangan lupa kepada Allah yang sentiasa memerhatikan serta memberi pertolongan bagi yang duduk dijalan yang diredhaiNya. Jauhi keraguan kerana ianya akan menghalangi kejayaan yang di impikan. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment