Akhir zaman orang yang melakukan dosa sudah tidak terasa berdosa. Mereka rasa biasa saja. Lihat di sana sini orang mendedahkan aurat, mereka buat selamba aje. Sekiranya tiada orang yang mengingatkan mereka ini akan terus hanyut dalam kegelapan.
Imam ibnu Qayim berkata, punca orang membuat dosa ada 3 perkara yang terbesar. Maknanya di sini apa sahaja kita perlu balik kepada punca. Baru masalah akan selesai. Selama mana tidak berbalik kepada punca, tidak akan kemana. Dalam kitab ‘al-Fawaih’- faedah-faedah yang banyak menyebut.
Punca Pertama : kesombongan.
Jika kamu menolak kebenaran kamu adalah orang yang sombong. Bila diberi tahu ini dari Quran, dari Hadis, mereka tetap menolak akan kebenaran tersebut, itu maknanya sombong. Sombong itu watak iblis. Bila Allah perintah sujud kepada Adam, Iblis ingkar perintah Tuhan. Persoalannya di sini, ‘Ingkar’ dan tidak mahu dengar arahan Allah. Berjaga-jagalah dari sifat demikian.
Imam ibnu Qayim berkata, punca orang membuat dosa ada 3 perkara yang terbesar. Maknanya di sini apa sahaja kita perlu balik kepada punca. Baru masalah akan selesai. Selama mana tidak berbalik kepada punca, tidak akan kemana. Dalam kitab ‘al-Fawaih’- faedah-faedah yang banyak menyebut.
Punca Pertama : kesombongan.
Jika kamu menolak kebenaran kamu adalah orang yang sombong. Bila diberi tahu ini dari Quran, dari Hadis, mereka tetap menolak akan kebenaran tersebut, itu maknanya sombong. Sombong itu watak iblis. Bila Allah perintah sujud kepada Adam, Iblis ingkar perintah Tuhan. Persoalannya di sini, ‘Ingkar’ dan tidak mahu dengar arahan Allah. Berjaga-jagalah dari sifat demikian.
Punca kedua : Tamak
Orang yang tamak senang membuat dosa. Orang tamak tidak pernah cukup dan puas dengan satu-satu perkara. Hatinya teringin untuk menambah-nambah. Pepatah melayu juga ada menyebut ‘orang tamak selalu rugi’. Sifat tamak ini tidak patut ada melainkan tamak nak buat baik.. silakan….
Punca Ketiga : Hasad
Qabil membunuh adiknya Habil kerana hasad dan dengki. Perasaan ini datang dari Iblis. Perangai Iblis, iri hati, dengki, kecewa dengan orang lain dan berbagai sifat mazmumah. Maka elaklah dari sifat iblis ini. Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)
Bertahun-tahun berbuat baik, di sebabkan hasad dan dengki pada orang lain, maka sia-sia sahaja amalan hangus dan hapus sama sekali. Tiada guna sakit hati pada orang lain, kerana yang terbakar adalah diri sendiri. Hidup tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita
Renunglah punca kemusnahan-kemusnahan tersebut yang menyebabkan seseorang melakukan dosa kerananya. Fikirlah sedikit demi sedikit, apa untung melakukan demikian. Maka perlulah pergi menuntut ilmu, kerana ilmu itu akan menimbulkan dan mencetuskan satu perkara baik dalam hati kita. Giatkan, kembangkan, dan ajaklah seramai mana rakan dan teman yang ditemui untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Tarbiyah dalam ilmu pengetahuan akan mengurangkan sifat yang negatif, sifat mazmumah, seperti sifat keji, iri hati, sombong, takabbur, menghina orang dan sebagainya. Ilmu yang baik akan diserap ke dalam jiwa yang bimbang dan parah. Allah memberi menafaat dengan kebaikan tersebut berupa hidayah dan petunjuk.
Namun kita dibolehkan berhasad dengki dalam 2 perkara. Dengki yang dibolehkan ini berdasarkan hadith yg bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; yaitu iri hati terhadap orang yang dikaruniai harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari. (juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).
Kedua-dua ‘dengki’ diatas dibolehkan kerana sifat dengki tersebut tidak diiringi dengan harapan supaya nikmat itu dihilangkan daripada orang tersebut malah ia akan melahirkan UMAT ISLAM yg sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan. Hendak menjadi kaya untuk berbuat kebajikan seperti nya. Hendak berilmu agar dapat memenafaatkan ilmu tersebut untuk diri dan orang lain. Itu adalah satu kedengkian yang dibolehkan.
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment