Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, July 26, 2010

USTAZ SYARHAN : Lakukan Yang Terbaik Untuk Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sayangilah Islam, kerana Rasulullah s.a.w menghadapi berbagai penderitaan untuk menyediakan laluan Islam buat kita, laluan selamat sepanjang perjalanan hidup kita. Sehinggalah menjelang kewafatan baginda, baginda sangat perihatin masalah umatnya. Banyak perkara yang perlu kita perhati dan renungkan, dalam kehidupan yang penuh noda dan dosa, apakah di saat kematian yang menjelang tiba, kita akan mampu menghadapinya. Sedangkan rasul junjungan yang mulia, tidak terlepas merasakan kesakitan yang amat sangat saat sakarat al maut.

Tatkala detik-detik kewafatan Rasulullah s.a.w semakin dekat, saatnya Izrail datang untuk melakukan tugasnya atas perintah Allah s.w.t . Perlahan ruh Rasulullah s.a.w. ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril....., betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku""peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Soalnya Kini, mampukah kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita. Seorang Nabi Besar Pemimpin Umat manusia sedunia dalam berhadapan dengan sakaratul maut merasakan sakit yang luar biasa, apalagi kita manusia biasa yang penuh dosa dan noda, semoga kisah yang dibentangkan oleh perawi-perawi hadis dari sahabat yang mulia, diatas dapat menyedarkan kita untuk selalu ingat pada kematian, dan berusaha mencari bekal ilmu agama untuk menghadapi maut.

Di saat hendak Wafat dan tatkala maut menjelang Rasulullah SAW. Aisyah merebahkan baginda di pangkuannya. Aisyah berkata, "Di antara nikmat Allah yang dikaruniakan-Nya kepadaku ialah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam wafat di rumahku, pada hari giliranku, dalam keadaan bersandar di dadaku. Dan menjelang wafatnya itu, Allah telah menyatukan air liur kami."

Ketika Rasulullah SAW. bersandar ke tubuhku, Abdurrahman bin Abu Bakar masuk dengan siwak di tangannya. Aku melihat Rasulullah SAW. memandang ke arah siwak yang berada di tangan Abdurrahman. Aku tahu betul bahwa beliau sangat gemar bersiwak. Ku tanyakan kepada beliau, "Engkau mau bersiwak?"Beliau lalu menggerakkan kepalanya mengisyaratkan iya. Aku menggosok gigi Rasulullah SAW. dengan siwak, akan tetapi beliau merasa kesakitan. "Aku akan melembutkannya untukmu", ujarku yang disambut oleh beliau dengan anggukan kepala. Aku melembutkan siwak tersebut lantas menggosokkannya lagi ke gigi Rasulullah SAW. -dalam riwayat lain Rasulullah SAW. menggosok giginya dengan siwak itu dengan cara menggosok gigi yang terbaik. Di depan beliau terdapat bejana dari kulit berisi air. Rasulullah SAW. mencelupkan tangan ke air lalu menyapunya ke muka beliau, seraya mengucapkan, "Laa ilaha illallah. Maut sesungguhnya memiliki sekarat." (HR. Bukhari)

Selesai bersiwak, Rasulullah SAW. menatap ke arah langit seraya mengangkat tangan dan bibir beliau bergerak. Melihat hal itu, segera Aisyah mendekatkan telinganya ke mulut beliau. Saat itu mendengar Rasulullah SAW. mengatakan, "...bersama - sama dengan orang – orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, yaitu para anbiya, shadiqqin, para syuhada, dan orang - orang yang shaleh. Ya Allah, ampunkan aku, sayangi aku dan hantarkan aku ke ar-Rafiqul-A'la. Allahummar-Rafiqul-A'laa." Kalimat yang terakhir beliau ucapkan sampai tiga kali, dan pada minit berikutnya tangannya menjadi longlai. Dan Rasulullah SAW. pun pergi menghadap ar-Rafiqul-A'laa. (HR.Bukhari) (Sumber : Mahmud al-Humawi, Zuhair. Washaaya wa 'Izhaat Qiilat fi Aakhiril-Hayaat / Wasiat – wasiat akhir hayat dari Rasulullah, Abu Bakar dll, Jakarta : Gema Insani Press, 2003)

Sukar untuk di terima oleh para sahabat kewafatan baginda Rasulullah s.a.w , lebih-lebih Umar al-Khattab, Namun ianya di tenangkan oleh Saidina Abu Bakr. Setelah mengucapkan puji syukur kepada Tuhan Abu Bakr berkata:

"Saudara-saudara! Barangsiapa mahu menyembah Muhammad, Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mahu menyembah Tuhan, Tuhan hidup selalu tak pernah mati."

Kemudian ia membacakan firman Tuhan: "Muhammad hanyalah seorang rasul. Sebelum dia pun telah banyak rasul-rasul yang sudah lampau. Apabila dia mati atau terbunuh, apakah kamu akan berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik kebelakang, ia tidak akan merugikan Tuhan sedikit pun. Dan Tuhanakan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur."(Qur'an, 3:144)

Ketika itu Umar juga turut mendengarkan tatkala dilihatnya orang ramai pergi ke tempat Abu Bakr. Setelah didengarnya Abu Bakr membacakan ayat itu, Umar jatuh tersungkur ke tanah. Kedua kakinya sudah tak dapat menahan lagi, setelah ia yakin bahwa Rasulullah s.a.w. memang sudah wafat. Ada pun orang ramai, yang sebelum itu sudah terpengaruh oleh pendapat Umar, begitu mendengar bunyi ayat yang dibacakan Abu Bakr, baru mereka sedar; seolah mereka tidak pernah mengetahui, bahawa ayat ini pernah turun. Dengan demikian segala perasaan yang masih ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah kembali ke rahmat Allah, dapat dihilangkan.

Betapa sebak dan sedihnya para sahabat berhadapan dengan kewafatan rasul junjungan. Begitulah pula jasa para sahabat dalam merakamkan setiap perilaku Nabi s.a.w. Para sahabat telah melakukan yang terbaik untuk Islam. Bagaimana pula kita?

Lakukanlah yang terbaik untuk Islam. Persoalannya ...Apa dia Islam ? :-

Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian beliau berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian beliau membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud, “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu beliau bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”
Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”
Kemudian beliau bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”
Beliau memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”
Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?
Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”
Maksud di sini, Pertamanya, Pokok pangkalnya mesti seseorang itu islam untuk menjauhkan diri dari neraka. kalau seorang India yang banyak buat kebajikan dan bersedekah pun, masih tidak di kira berpahala dan sia-sia di sisi Allah s.w.t. Jadi sangatlah pelik kalau yang mengaku islam juga tidak mahu islam tertegak. pelik sangatlah, ujar ustaz.

Jangan faham islam itu ketika dalam solat, dalam masjid, buat nikah kahwin, talkin orang mati. Islam itu luas skopnya. Musuh Islam berjaya pisahkan cara hidup islam dari orang islam sendiri. mereka bertepuk tangan bersorak. Di luar masjid, meletakkan skop kuasa Allah sangat kecil, sanggup mengenepi segala titah perintah Allah untuk keseronokan duniawi.
Keduanya, Solat itu adalah tiang agama. Pastinya solat yang khusyuk dan menepati kehendak Allah s.w.t dapat mencegah dari segala kejahatan. Bahkan ia akan melahirkan insan yang kamil dan sentiasa mengerjakan kebaikan. Keikhlasan sangat penting untuk mendapat keredhaan di sisi Allah s.w.t.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. (البخاري)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."
(Bukhari)

Hadis ini mengandungi tentang:

Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:

Huraiannya:
Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang sebelumnya, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain.

Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.
Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment