Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, July 30, 2010

MANTAPKAN SOLAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Surah as-Saff : 10-12

Rasulullah s.a.w. menerima ayat ini, memperdengarkan kepada para sahabat-sahabat yang miskin tentang habuan syurga yang Allah janjikan bagi orang-orang yang Allah redha, sayang dan Allah tempatkan mereka di syurga rumah yang kekal abadi. Banyak ayat-ayat yang menerangkan betapa indah dan asyiknya kehidupan di dalam syurga.

Kita di sarankan agar memperbanyakkan berdoa pada Allah, lebih-lebih apabila memerhati kejadian alam, langit.. bacalah doa..
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Surah Ali Imran : 191


Allah sangat dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita, namun ketika sujud Allah lebih dekat lagi. Maknanya di sini, perbanyakkanlah solat. Solat merupakan kemuncak memuji kebesaran Allah s.w.t. Sayangnya kita selalu lupa Allah. Bila sudah ditimpa susah, terantuk, tersiksa barulah hendak mencari Allah, hendak mengadu kepada Allah.

Jadi kenal pasti solat kita, sudahkan ianya menepati sebagaimana tuntutan terhadap kita sebagai hambaNya. Cubalah kita meneliti kenapa Surah Al-Fatihah, sentiasa di perintah sentiasa diulangi dalam setiap rakaat solat. pasti ada sesuatu yang penting atas perintah tersebut. Allah berfirman..
وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ

Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur'an yang agung. Surah Al-Hijr : 87

Firman Allah ini menunjukkan bahawa betapa penting pengertian yang terkandung di dalam ayat ini. Penuh dengan pengharapan kepada Allah. Sayangnya kita selalu memegang prinsip 3L. Iaitu selalu lewat solat, dah lewat laju pula solat , dah laju lalai pula dalam solat. Manusia hari ini terlalu banyak mencari masalah supaya dapat meninggalkan solat. Soalnya sejauh mana ubudiyah kita kepada Allah. Jika kita hendak pastinya ada jalan, sebaliknya jika tidak hendak, maka akan adanya seribu alasan.

Janganlah kita buat tiada masa dengan Allah, kelak Allah akan tiada masa dengan kita, Apabila kita pelihara Allah, Allah akan pelihara kita, dan solatlah di belakang imam, sebelum kita disolatkan di hadapan imam.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment