Setiap hari kita mengecapi nikmat sihat, menghidu udara yang nyaman dengan percuma, mampu bernafas setiap kali bangkit dari tidur yang lena, mampu berjalan di merata, mampu tersenyum ceria, mampu berkata-kata, mampu melakukan kerja, kerana kita punyai anggota yang lengkap yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t.
Sayangnya tidak semua manusia mengunakan nikmat anggota dan nikmat sihat yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t kepada nya. Orang cacat dan buta juga boleh melakukan kerja mencari rezeki di mana-mana. Bila ada orang sihat walafiat, menyatakan tiada kerja, semata-mata bangga dengan Phd , Dr dan pangkat gelaran di awal namanya, tidak mampu untuk melakukan kerja... sombong sungguh keadaan demikian. Walau tidak semua, tetapi ramai yang begini. Ada segulung ijazah, diploma, lulusan dalam dan luar negara, hutang pelajaran langsung tidak mahu diusahakan bayar dengan alasan tiada kerja. Bahkan menambah hutang kad kredit, berbelanja mewah. Bangga dengan kereta pada rakan dan saudara mara, tetapi bila di minta membayar hutang, alasan tiada kerja. menanggung anak yang sedang belajar. Mana ada duit...
Itulah alasan yang tidak dapat diterima dengan akal yang sihat. Jika tiada duit, mana datangnya dapat menanggung anak. Pokok pangkalnya kehendak yang inginkan jawatan setimpal dengan kelulusan, walaupun tidak sedar umur semakin menghampiri tua, sedang hutang tidak di usahakan. Memandang kerja-kerja rendah satu yang hina. Sedangkan mengaku tiada kerja dengan anggota yang Allah kurniakan tidak sekali merasa hina.
Banyak kerja yang boleh di lakukan di kilang-kilang, di kedai-kedai dan sebagainya. Jika tidak mahu berusaha, dengan alasan kerja tidak setimpal dengan gelaran yang ada, itu adalah sikap yang tidak mahu mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat ini hanya dapat di rasakan apabila Allah mengambil kembali nikmat anggota dan sihat yang ada, Nauzubillah. fikir-fikirkan lah bersama.
Ketika Abu Hazim ditanya mengenai bentuk syukurnya anggota-anggota badan,maka ia memberikan jawapan-jawapan. Syukurnya dua mata itu, jika melihat kebaikan, sebarkanlah, dan jika melihat keburukan, tutupilah! Syukurnya dua telinga itu, jika mendengar kebaikan peliharalah, dan jika mendengar keburukan cegahlah! Syukurnya dua tangan, janganlah tangan itu digunakan untuk mengambil barang yang bukan haknya, juga penuhilah hak Allah yang ada pada keduanya! Syukurnya perut, hendaknya makanan ada di bagian bawah, sedangkan yang atas dipenuhidengan ilmu. Syukurnya kemaluan, terdapat dalam firman Allah,
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.(Al-Quran Al-Karim Surah Al-Mu’minun [23]: ayat 5-7)
Syukurnya ada dua kaki, jika kamu melihat seseorang yang shalih meninggal, kamu bersegera meneladani amalannya; dan jika mayit orang yang tidak baik, kamu bersegera untuk menjauhkan diri dari amal-amal yang dia kerjakan, kamu bersyukur kepada Allah! Sesungguhnya orang yang bersyukur dengan lisannya itu seperti orang yang memiliki pakaian tetapi ia hanya memegang ujungnya, tidak memakainya. Maka ia pun tidak terlindungi dari panas, dingin, salji, dan hujan.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment