Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, July 22, 2010

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah kita gagal merancang, atau kita yang merancang untuk gagal?. Persoalan tersebut kita yang boleh menjawabnya. Kita rancang kehidupan kita dengan pelbagai harapan. Masa kecil kita ke sekolah, kemudian menempuh alam remaja, berkerja dan berkahwin, kemudian beranak pinak dan berpencen. Itu yang dilalui oleh setiap orang. Namun tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang masuk universiti memperolehi ijazah. Mereka yang punyai ijazah tidak semua yang mendapat kerja. Bagi yang bekerja tidak semua yang menemui jodoh. Berkahwin tetapi tidak semua yang punyai anak. Semua harapan-harapan tersebut walau ada keinginan kebarangkalian tidak semua harapan tersebut tercapai.

Namun yang pasti berlaku dan tercapai adalah kematian. Semua yang bernyawa akan menempuh dan melalui kematian. Samada kita fikir atau tidak, takut atau tidak, suka atau tidak, semua kita akan mati. Aduhai calon-calon jenazah..... hargailah erti sebuah kehidupan.

dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".

Mengingati mati ketika bersolat. Nabi saw bersabda :

اذكر الموت في صلاتك ، فإن الرجل إذا ذكر الموت في صلاته لحريّ أن يحسن صلاته ، وصلّ صلاة رجل لا يظن أنه يصلي غيرها

"Ingat mati ketika solat kamu, kerana sesungguhnya orang yang mengingati mati ketika solat biasanya akan memperbaiki solatnya, dan Solatlah seperti mana orang yang tidak berfikir ia akan bersolat didalam solat yang lain" - [dari al-Silsilat al-Sahihah al-Albani, 1421, Dilaporkan oleh al-Suyuti bahawa Ibn Hajar mengkelaskan hadith ini sebagai hasan].

Nabi saw juga menasihatkan Abu Ayob ra :

إذا قمت في صلاتك فصلِّ صلاة مودِّع"

Apabila kamu berdiri untuk solat, solatlah sebagaimana solat perpisahan" -[Hadith riwayat Ahmad 5/412].

Sedarilah, kita akan mati antara 2 solat. Tidak ada jaminan selepas solat asar dan lainnya. Jadi apabila kita mengerjakan solat, lakukanlah solat yang terbaik.

Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan petunjuk Allah. Dan mati kita adalah mati di dalam iman dan Islam. Ameen ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment