Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, October 31, 2010

MEREKA YANG BERIMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. Surah at-Tahrim :6

Apabila seorang lelaki bergelar suami berbuat baik, beribadah kepada Allah, pahalanya dapat di rasai oleh anak dan isterinya tanpa mengurangkan pahala lelaki tersebut. Begitu juga apabila dia berbuat jahat, maka dia sendirinya menerima akibat kejahatannya. Berlainan dengan seorang perempuan bergelar isteri, jika dia berbuat baik, faedah adalah untuk dirinya sendiri. Namun jika dia berbuat jahat, maka suaminya akan dipertanggungjawabkan bersekali. Berat, maknanya berat tugas dan tanggung jawab lelaki. Justeru itulah Allah memperingatkan di dalam ayat di atas peranan yang perlu ditegakkan oleh orang-orang yang beriman.

Sifat api neraka, bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Manusia bagaimana yang di maksudkan, menurut ustaz, termasuklah di situ orang kafir, orang munafik. Jadi, apa itu sifat munafik?. Telah banyak di ketahui oleh kita, sifat-sifat ini, yang mana bahayanya sangat besar, kerana orang munafik duduk neraka terkebawah dari orang kafir.

Justeru itulah, Rasulullah s.a.w. berpesan, agar mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh. Bukan sekadar mendidik anak menjadi anak yang cerdik. Berapa banyak orang yang cerdik menghantar ibubapa yang tua ke rumah jagaan orang-orang tua. Berapa banyak mereka yang cerdik menjadi penipu besar.

Di antara sifat munafik, bila bergaduh melampaui batas. Bila bersolat bangun dengan malas, melakukan ibadat pula nak tunjuk-tunjuk dan riya’ dan kurang dan sangat sedikit menyebut nama Allah. Al-Quran juga tidak di baca. Sedangkan baca akbar berjela-jela dan bermuka-muka, berjam-jam, lepas satu muka khabar ke satu muka, lepas satu surat khabar ke akhbar yang lain, sampai khatam. Sedangkan di dalam al-Quran, maklumat cukup banyak. Menurut tafsir surah al-ikhlas barang siapa yang membaca surah al-ikhlas, 10x maka dia telah menyediakan satu mahligai di syurga, terang ustaz. Bayangkan jika dah baca beratus kali.. betapa banyak rumah kita bina dalam syurga.

Suatu kisah di cerita oleh ustaz, seorang imam di Masjid Quba di zaman Rasulullah s.a.w., tatkala mengimami solatnya, rakaat pertama selepas surah al –fatihah sebelum surah yang lain, beliau membaca surah al-ikhlas, begitu juga pada rakaat kedua. Sahabat-sahabat rasa pelik. Namun mengakui kehebatan imam tersebut. Bila Rasulullah s.a.w, sampai di Masjid Quba tersebut, para sahabat mengadukan pada Rasulullah s.a.w., lalu Rasulullah, bertanya Imam tersebut berkenaan perkara demikian, menurut imam tersebut beliau sangat mencintai surah al-ikhlas tersebut. Maka Rasulullah s.a.w menyatakan, bahawa beliau adalah ahli syurga. Kerana cintanya dengan surah dan ayat tersebut.

Menyambung kembali tentang sifat neraka itu, penjaga neraka adalah malaikat yang kasar lagi keras. Malaikat ini tidak pernah derhaka kepada Allah. Juga tidak pernah mereka melakukan maksiat. Sebagaimana yang kita tahu, bahawa malaikat, imannya statik. Tidak naik dan tidak turun. Iman para Nabi dan Rasul sentiasa naik. Iman Iblis sentiasa turun. Namun kita sebagai manusia, iman kita turun naik. Bila kita berbuat baik, iman kita naik. Bila kita berbuat jahat, iman kita turun. Bagaimana keadaan seseorang, tatkala iman sedang turun, tiba-tiba ajal sampai ketika itu?. Kita fikirlah sendiri, kata ustaz.

Manusia akan masuk syurga atau neraka. Melainkan satu golongan ashabul a’raf duduk antara syurga dan neraka. Tidak boleh ke syurga tidak boleh ke neraka. Kesudahannya hanya Allah taala yang tahu. Golongan ini adalah golongan yang mati syahid, tidak akan di masukkan ke neraka. Tetapi mereka menderhaka kepada orang tua mereka, maka mereka tidak masuk ke syurga. Itulah yang di terangkan oleh ustaz.

Pengertian “نَاراً ” iaitu api yang bernyala-nyala. Allah dah beri peringatan kepada kita tentang sifat api neraka ini. Apa yang perlu kita tahu, sifirnya orang berdosa mesti ke neraka, tak kira siapa mereka. Hanya bagi orang-orang bertaubat di lepaskan dari neraka jika taubatnya diterima Allah. Taubat dengan taubatan nasuha. Firman Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Surah at-Tahrim:8
Perbanyakkan membaca penghulu istiqfar dan doa seperti doa Nabi Adam. Begitulah mereka yang Nampak neraka dengan ilmu, akan takut kepada azab Allah, seolah Nampak neraka di depan mata. Serupalah dengan mereka yang menghafal al-quran, seolah-olah Nampak al-Quran itu depan mata sendiri. Semua ini adalah ilmu yaqin. Siapa pun boleh berbuat apa sahaja. Sebab tiada seorang yang Nampak, tetapi apabila seseorang merasakan di lihat Allah, itu yang menyebabkan mereka tidak mahu membuat perkara salah. Itulah ilmu yaqin. Takutkan Allah.

Neraka tempat azab, kulit hangus berganti baru agar di rasakan azab tersebut. Azab di akhirat, terlalu jauh dari azab keseksaan di dunia. Nabi Ibrahim, sewaktu di lontar ke dalam api oleh Namrud, beliau hanya bertawakal kepada Allah semata-mata. Beliau menyebut


حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Nabi Ibrahim berpegang, hanya Allah sahaja yang boleh menolong beliau. Beliau tidak takut kepada api. Atas keimanan tersebut, Allah perintahkan api supaya tidak membakar Nabi Ibrahim. Sifat tawakal yang tinggi kepada Allah. Inilah sifat orang mukmin yang sebenar. Ketahuilah lima sifat orang mukmin yang di sebut di dalam al-Quran. Sifat itu diterangkan dalam firman Allah:
Bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (ni'mat) yang mulia."
(QS Al-Anfal: 2-4),

Sifat bila di sebut nama Allah gementar hati mereka. Bersegera beribadah kepada Allah. Apabila di bacakan ayat-ayat Allah, bertambah iman mereka. Untungnya mereka yang mempunyai anak-anak yang menghafal al-Quran. Bila membaca al-Quran, al-Quran tersebut dengan izin Allah akan memberi syafaat pada hari kiamat. Hadirilah majlis-majlis ilmu, pesan ustaz. Kerana ianya kebun-kebun , taman-taman syurga. Sifat mukmin lagi, kepada Allah dia bertawakal. Kenapa Allah menyebut pada mereka yang rukuk dan sujud. Tidak lain, dua tempat ini adalah tempat permerhatian Allah. Ada orang solat sebab terpaksa. Ada yang solat berjiwa hamba. Ubudiyahnya kuat. Sangat taabud pada Allah. Mereka yang begini suka ke masjid, awal datang ke masjid. Allah suka pada mereka yang solat fardhu, Allah lebih suka pada mereka yang solat sunat. Bukanlah bermakna buat sunat tinggal yang wajib. Wajib semestinya kena dibuat. Firman Allah,

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. ” Surah Taha :14

Untuk mendapat redha Allah, perlu melakukan semua ini. Belajar ilmu itu perintah Allah. Menurut Rasulullah s.a.w.

Rasul saw bersabda;

خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Sebaik-baik kalian adalah yg belajar Alquran dan mengajarkannya.

Kemudian sifat orang mukmin adalah mereka yang menafkahkan sebahagian rezeki yang di anugerahkan kepada mereka. Inilah sifat mereka yang mukmin. Tidak semestinya seorang islam itu mukmin, yakni beriman. Namun orang mukmin itu adalah mereka yang islam. Allahu a’lam.

Saturday, October 30, 2010

NIKMAT MENEMPUH UJIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bersangka baik dengan Allah adalah sifat orang yang beriman. Setiap ketentuan Allah adalah baik di sisi Allah untuk seseorang itu. Meskipun kita di uji dengan sesuatu yang tidak kita sukai.

Namun ujian dari Allah penuh kemanisan. Kerana di sana kita akan nampak datangnya pertolongan Allah satu demi satu. Datang jalan petunjuk satu demi satu. Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya yang sentiasa bergantung harap kepadaNya.

Syukur kepada Allah memberi kurniaan yang tiada hentinya. Meskipun diberi, di uji tetap diuji, namun masih di tolongi lagi dengan berbagai jalan mudah menempuh ujian tersebut dengan penuh ketenangan dan jalan penyelesaian. Pertolongan Allah sangat dekat sekali. Penyelesaian semua di depan mata. Hanya Allah untuk menguji saja. KetentuanNya, sudah pasti. Allah melihat perilaku seseorang yang uji. Kemana dia mencari dan bermohon untuk di tolongi.

Nikmat sungguh apabila terlepas dengan ujian Allah ini. Bahkan, kurniaanya sangat besar dan sentiasa, tanpa henti. Hanya tugas kita, sentiasa harus mensyukuri, janji Allah tidak pernah di mungkiri. Sentiasa di tambahi. Benar, benar sekali.

Apa yang perlu, ku hanya perlu koreksi diri, sejauh mana yang perlu di buat lagi untuk lebih mendekati, padamu Illahi....

DUGAAN ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memulai kuliah subuh dengan surah al-ankabut ayat :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Surah al-Ankabut :2

Menurut ustaz, dalam ayat Allah menegaskan ujian pada manusia itu biasa datang dan ianya tetap berlaku. Tidak terkecuali umat terdahulu. Bahkan Allah menyebutkan

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa). Surah al-Baqarah ayat 214

Rasul juga di uji, para sahabat juga di uji, sehinggalah orang-orang beriman itu berkata
حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Surah al-Baqarah ayat 214

Ini menandakan semakin kita hampir kepada Islam, kita akan diuji. Allah datangkan berbagai ujian. Semata-mata mengasingkan siapakah yang benar-benar beriman atau hanya sebutan beriman semata-mata.

Menurut Nabi s.a.w. , manusia yang paling banyak di uji adalah para nabi. Mereka mengalami ujian yang cukup hebat. Bahkan ada yang dibunuh. Semata-mata mereka mengajak manusia kepada Allah, untuk mengabdikan diri kepada Allah, untuk menjamin keselamatan dan mengatur hidup manusia sempurna dan baik di dunia dan selamat dari azab Allah di akhirat.

Tidak dinafikan dalam tugas da'ie (dakwah) ini, berbagai rintangan, tentangan, tribulasi di hadapi, namun bagi mereka yang beriman, tidak akan cepat patah semangat dan hati mereka. Mereka teruskan tugas mereka mengajak manusia kepada kebenaran. Nabi s.a.w. sendiri tidak terkecuali menghadapi mehnah yang cukup hebat, bahkan Nabi s.a.w. semakin hebat dan kuat. Itulah hakikat, bila mengajak kepada ajaran yang benar, diri seseorang itu semakin kuat, menambah keyakinan, keimanan dan keberanian orang tersebut.

Ujian terhadap seorang dengan seorang yang lain berbeza-beza, begitulah orang ke masjid berbeza dengan orang yang tidak ke masjid.

“Apabila Allah kasih kepada satu-satu kaum, Allah akan menguji mereka itu”.

Dalam hal ini, Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).” (Rujuk: Sahih Sunan at-Tirmidzi, Kitab al-Zuhud, hadis no. 2396. Hasan menurut Syaikh al-Albani, no. 146, di dalam Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah)

Inilah bezanya kasih sayang Allah dengan kasih sayang manusia. Bila Allah sayang seseorang Dia akan uji. Manusia bila sayang, pastinya akan memastikan orang yang di sayang tidak susah, dilayan dengan baik dan terhormat. Namun ujian Allah itu berbagai-bagai. Samada berupa kebaikan di mata manusia ataupun keburukan. Bila Allah memberi nikmat pada seseorang , jarang nikmat tesebut di hargai. Justeru itu, ramailah tertipu dengan nikmat tersebut.

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah:

"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." (Riwayat Bukhari.)

Masa sihat ramai yang tidak menghargai nikmat sihat. Jarang ke masjid, tidak ke majlis ilmu, tetapi boleh ke pasar malam setiap hari, pasar minggu setiap minggu, pasar raya dan sebagainya. Bila sudah mendapat sakit, baru terasa sihat itu nikmat. Kata ustaz, bila dah nak mati baru ke masjid. Ataupun benar-benar dah mati baru sampai di masjid untuk di sembahyangkan.

Redha dengan ketentuan Allah perlu ada. Walau pahit macam mana sekalipun ujian diterima, kena terima dengan hati yang terbuka. Soalnya, berapa ramai yang boleh menerima dengan redha?. Kadang-kadang ada yang tidak suka menerima ujian tersebut. Allah menguji kita bermacam sebab, samada untuk menaikkan darjat seseorang atau merupakan kifarah bagi menghapus dosa-dosa seseorang itu. Allah menguji semata-mata untuk memberi kebaikan tertentu kepada orang tersebut.

Bila kita di timpa musibah, diajarkan kepada kita menyebut doa ini,

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat).

Kita perlu sedar, segala apa jua adalah pinjaman Allah, begitu juga nyawa kita, tiba masa Allah akan mengambilnya kembali. Cara Allah mengambil pula, bebagai-bagai. Ada yang mati eksiden, ada yang mati tidak sakit, ada yang bertahun-tahun sakit, orang yang menziarahi pula dah mati seorang demi seorang, setiap itu ada hikmah yang Allah hendak beri. Bahkan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik sebalik ujian tersebut. Sebagaimana doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada ummu Salamah.
اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)

Ujian itulah yang membuktikan kita betul-betul beriman atau tidak. Tidak kurang ada manusia yang diuji kehidupan mereka bertambah huru hara. Sikap negatif berbagai-bagai menguasai diri, ada yang sanggup bunuh diri dan terjun di bangunan tinggi. Sebaliknya bagi mereka yang memandang ada hikmah atas ujian Allah tersebut, maka Allah akan menambahkan kekuatan pada kita. Menurut Nabi s.a.w, orang mukmin itu ada cubaannya.

"Orang mukmin itu sentiasa diambang 5 dugaan yang susah"
:-

1- Orang Mukmin yang dengki padanya
2- Orang munafik yang benci padanya
3- Orang kafir yang memeranginya
4-Syaitan yang menyesatkan
5- Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Membicarakan tentang, orang mukmin yang hasad dengki. Kadang-kadang yang dengki itu, bukannya orang yang jauh, tetapi saudara mara sendiri, anak isteri, suami sendiri, jiran sendiri, kawan sendiri. Ini yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. , bahawa “penganiayaan kaum kerabat itu lebih berbisa dari tusukan pedang”. Ya…. Memang sakit bila orang terhampir yang khianat kepada kita. Kita tidak sangka mereka sanggup buat begitu.

Kerana itulah, nabi menyebutkan apa yang di alami oleh umat terdahulu. Dengki ini, bukan sahaja setakat ibarat cukur rambut, tetapi mengikis agama.

Tamakkan harta. Sikap ini, lebih dahsyat dari melepaskan serigala dalam kadang kambing. Bila sifat tamak sudah menguasai, maka manusia akan sanggup melakukan apa sahaja, samada berbunuhan, khianat, bakar dan sabagainya.

Firman Allah-
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ". Surah al-Anfal : 28

Harta benda dan anak pinak itu adalah ujian. Kerana desakan anak isteri, ingin hidup mewah, ramai yang sanggup terlibat dengan rasuah, riba , menipu dan sebagainya. Sebab mereka ini Nampak harta itu boleh memberi kesenangan, kebahagiaan. Mereka lupa harta yang tidak betul boleh membari kecelakaan, huru hara dan tiada ketenangan. Bahkan yang datang adalah keserabutan dan haru biru dibuatnya. Ada itu alasan isteri takut tinggal seorang tidak datang ke masjid, kalau isteri takut tinggal, bawa sekali ke masjid, kata ustaz.

Menjadi kaya raya bukan suatu keadaan yang senang, bahkan ada kalanya sangat payah. Jiwa tidak tenang, hingga ada yang ditangkap, duitnya di ambil, bahkan dibunuh dan dibakar. Menjadi fakir sangat juga, boleh mendekatkan kepada kekufuran. Jadi, eloklah kehidupan di pertengahan. Harta benda yang banyak, jika melalaikan kita dari Allah, kita doa kepada Allah, jika ada harta, lebih melalaikan kita, maka mintalah supya Allah tak payah beri pada kita. Jika harta tersebut lebih mendekatkan kita kepada Allah, lebih mempebanyakkan ibadat, itulah harta yang berkat.

Jadi, jauhi lah hasad dengki, lebih-lebih dalam berebut harta. Hasad dengki lebih bahaya dari serigala. Boleh memakan amal ibadat kita bagai api memakan daun kering. Sebab itu bermohonlah dari Allah untuk berlindung dari orang yang hasad dengki. Seperti firman Allah dalam surah al- alaq, agar dapat berlindung "وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ " bermaksud "dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".

Orang yang dengki ini, bila orang lain senang, bahagia, gembira, mendapat kelebihan dia sangat susah hati dan tidak suka, hatinya sakit. Bila orang mengalami sebaliknya, susah dan sebagainya, dia sangat gembira dan merasa seronok dan suka. Inilah sifat yang cukup jahat, kata ustaz.

Kemudian, kita kena berjaga-jaga dari sifat dzan. Yakni, berprasangka. Orang melayu kita suka bersifat..” aku rasa kan…. “. Jaga-jagalah sifat ini. Di dalam al- Quran dalam surah al-Hujurat ayat 12, Allah tegas melarang, sifat berprasangka ini.
Firman Allah: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُو ا }“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Berusahalah membuang sifat terkeji ini, kerana orang islam itu bersaudara. Sayangnya ada yang mengambil sifat, ingin memutus dan mengsihirkan pasangan suami isteri yang bahagia. Suka melihat mereka bercerai. Pendek kata, tak boleh tengok orang lain senang, bahagia, dapat kelebihan, dia yang sakit. Ini yang disebut Allah, hati mereka ada penyakit, Allah tambahkan lagi penyakit tersebut. Seksa orang yang dengki ini. Letih, penat, tak tenteram, sebab hatinya sakit pada orang.

Seterusnya, Menzalimi orang. Tidak boleh sekali-kali seseorang menzalimi orang lain. Juga tidak boleh biarkan sahabat kita di zalimi. Rasulullah s.a.w, menunjukan taqwa itu di sini.. (sambil menunjukkan dadanya). Kesinambungan sikap dengki itu akan membawa kepada kezaliman. Habil di bunuh Qabil, kerana dengki dengan pasangan Habil. Manusia boleh berbuat apa sahaja, kerana inginkan pangkat, sanggup menipu, menginiayai, menzalimi rakan, dan sebagainya. Berebut harta juga tak kurang yang berbunuhan. Begitu juga berebut perempuan, walhal, banyak lagi perempuan lain.

Nabi s.a.w membuat kerja-kerja islam, bukan inginkan pangkat, bukan juga harta, bukan juga wanita. Apa yang dibuat baginda kerana perintah Allah. Berlainan manusia, sanggup berebut tidak kira halal atau haram. Meskipun, ada yang hendak harta, Allah beri, tetapi beringatlah, dunia ini hanya sementara. Tidak ramai yang rasa begitu. Semakin, senang, semakin sihat diberi Allah, semakin pula dia berbuat zalim, semakin pula dia melawan islam. Memusuhi islam. Tiba-tiba tidak sempat bertaubat, malaikat izrail sampai. Kadang-kadang, bila kita senang, kita kaya, kita ingat Allah sayang pada kita.

Nabi tidak mengaku umat pada mereka yang berhasad dengki, amal yang karut mengarut. Orang yang dengki sentiasa mencari-cari idea, bagaimana nak memperlagakan orang, nak memecah belahkan masyarakat. Hidari dari golongan munafikuun, fasiquun, dzolimuun ini. Orang-orang sebegini, suka menyakiti orang, membuat fitnah lebih-lebih kepada orang-orang yang baik-baik, bahkan sebarkan pula fitnah tersebut, sedangkan orang yang difitnah tidak demikian.

Maka menurut, Nabi s.a.w., wajiblah Allah mencairkan orang tersebut di hari kiamat, hingga orang itu dapat buktikan apa yang dia katakan. Allahu a’lam.

Sunday, October 24, 2010

ALLAH BERSAMA MEREKA YANG SABAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sifat putus asa tidak patut wujud pada diri seorang bergelar islam. Kita di ajar dalam agama agar tidak berputus asa. Begitu jugalah dalam mencari sesuatu yang tebaik untuk anak-anak agar mereka berada di jalan taqwa dan jalan keredhaan Allah, pastinya banyak onak dan duri, dan cabaran yang perlu di dihadapi. Sebagai perkongsian, pastinya ada satu pengalaman yang baik untuk di kongsikan bersama.

Bermula dari kuliah ke satu kuliah yang ana ikuti, hati ana semakin hari sangat tertarik sekiranya menjadi hamba pilihan Allah yang boleh merubah diri, serta mengajak keluarga, jiran seterusnya masyarakat keliling ke jalan Allah. Bertitik tolak dari inilah, ana tidak pernah putus usaha melakukan demikian, meskipun tidak sehebat ujian yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, namun berbagai ujian, cubaan dan kesakitan terpaksa di hadapi bila kita memilih jalan ini. Itu pastinya setiap para da’ie akur perkara demikian.

Suatu hari berdetik di hati ana untuk menginfakkan anak di jalan Allah, ingin meletakkan jika boleh semua anak, paling kurang seorang agar belajar ilmu Allah di pondok-pondok atau pengajian Quran. Ana bermula dengan istikarah, macam-macam panduan yang ana dapat. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat menghantar semua, sekurang-kurang semua anak memilih jalan ini, walau secara hujung minggu, walau secara berkumpulan dengan para da’ie. Namun seorang anak di hantar ke pengajian Quran/ kitab iaitu ke satu Pusat Tahfiz.

Mengimbau kembali kali pertama ana berbincang dengan anak, menitis air mata sedih beliau meninggalkan kawan-kawan di sekolah. Jiwanya Nampak seperti terseksa sekali. Berbagai syarat dia beri, namun syarat-syarat tersebut, ana kumpul dengan sepenuh kekuatan untuk memenuhi, kerana syarat tersebut sangat baik di ambil kerana ia adalah suatu kebaikan yang tidak putus penilaian di sisi Allah s.w.t.

Peliknya keesokkannya beliau sudah besedia dengan 5 orang kawan. Terkejut juga ana dengan tindakan demikian. Pastinya ana sendiri tidak mampu melakukan. Bila ana hubungi penjaga mereka, seorang sahaja yang tidak bersetuju. Maka pergilah anak ini selepas PMR berlima. Meskipun anak-anak ini tidak berapa pandai di sekolah, namun keputusan PMR mereka begitu meningkat dari apa yang di sangka, Mungkin pemberian Allah atas pengorbanan mereka.

Balik dari program pembersihan hati selama 40 hari, seorang menarik diri. Kemudian 4 mereka ini ditempatkan di negeri yang jauh sedikit dari Kuala Lumpur. Berbagai ujian di sana hingga seorang lagi melarikan diri dengan beberapa orang kawan. Berat ujian yang di tempuh dalam jalan agama ini. Pastinya ana sendiri tidak dapat lari dari ujian tersebut. Mungkin macam-macam boleh berlaku. Juga perkara yang pastinya tidak pernah kita manyangkai. Dari gurauan jadi perkelahian dan berbagailah.

Itu baru anak-anak. Kesabaran yang tinggi perlu ada memandangkan jalan yang kita pilih ini adalah jalan Allah. Pastinya kita berbangga di sisi Allah bila anak-anak ini di selamatkan dari rakan sebaya mereka yang di luar sana banyak perkara dosa, lagha yang mereka kerjakan. Bahkan ada yang sanggup melakukan dosa yang besar. Bila anak-anak ini bersedia belajar, kenakalan mereka pasti ada. Ketidak seriusan mereka belajar pasti ada. 7 ke 8 bulan belum tentu dapat merubah perangai main-main mereka. Meskipun kesabaran kadang-kadang hilang menghadapi kerenah mereka. Namun jika guru-guru bertindak memberhentikan mereka, kerana sebab ini, memang sangat menyedihkan. Menolak mereka dari meneruskan pembelajaran, dengan sangkaan yang hanya berupa andaian demi andaian. Sangat merugikan masa depan agama. Pengorbanan mereka meninggalkan pembelajaran fardu kifayah di sia-sia.

Guru kena lebih banyak bersabar. Kena beri peluang kepada murid walau senakal mana pun dia. Mungkin hari ini dia nakal, mengacau kawan, tetapi dengan berkat kesabaran dan doa dari guru, insyaAllah anak-anak ini akan berubah. Pokok pangkalnya kita tidak akan berputus asa di dalam mendidik,”. Keikhlasan hati mendidik dengan memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah, akan menenangkan hati kita.

Jika awal-awal kita masih menegaskan mesti di berhentikan, pastinya atas dasar ini, kita pasti mengunakan apa sahaja alasan kearah demikian. Benarlah mungkin setiap perkara itu ada hikmah di sebaliknya dalam pengetahuan Allah. Bagi ana, bila di uji begini, ana memandang baik dengan ketentuan Allah. Ana mengambil ingatan satu kalimat yang ana terbaca, dalam mendidik pelajar-pelajar ini, bagi seorang guru, yang mengenakan tindakan atau peringatan kepada pelajarnya, [ “Perkara yang datang dari hati, akan jatuh ke hati, tetapi, jika kita marah-marah dengan nafsu, perkara yang datang dari nafsu akan jatuh ke nafsu. Dia tidak akan berubah, malahan akan berdendam dekat kita,” ].

Benar apa yang terjadi ini, mana-mana budak yang lari dan di berhentikan dari pondok atas dasar ini, berdendam bukan setakat kepada guru, bahkan murid-murid lain yang tinggal. Bila mereka ketemu murid-murid ini waktu bercuti di luar, mereka membelasah mereka. Kesihan anak-anak tersebut. Jiwa mereka tersiksa. Siapa yang harus bertanggung jawab atas tindakan mereka?

Moga semua kita mendapat perliharan Allah sentiasa. Moga Allah istiqamahkan kita di jalanNya, atas apa juga keadaan yang ujian yang menimpa. Amin ya rab al alamin.

KELUARGA SAKINAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Keluarga adalah asas sebuah kehidupan. Umat yang baik berasas dan datangnya dari keluarga yang baik. Jika keluarga rosak, bayangkan bagaimana jadinya umat dalam dalam sesebuah masyarakat.

Menyebut tentang “Keluarga Sakinah”, dalam kuliah subuh pagi tadi, Ustaz Prof. Sidek Baba, mengajak semua berfikir bagaimana dan apa akan jadi jika ianya, yakni keluarga sakinah ini tiada. Bermacam perkara boleh jadi, tambahan hari ini, keadaan masyarakat sangat merisaukan sekali. Hari ini terlalu jauh jurang antara golongan tua dan generasi muda hari ini. Anak-anak hari ini, ramai yang sudah tidak mendengar cakap, degil, payah untuk melakukan solat. Inilah yang kita hadapi hari-hari. Disinilah titik tolaknya, iaitu semua ini berasal dari sebuah keluarga, dari sepasang suami isteri. Keluarga itu tempat bermulanya tauladan anak-anak.

Jika sebuah keluarga tiada kasih sayang, tidak tenang, tidak ceria, tidak bahagia, maka anak-anak akan porak poranda. Bila rumah tangga sudah porak poranda maka masyarakat dan umat akan turut sama. Keluarga itu asas permulaan masyarakat. Maka tumpuan yang banyak perlu di beri pada anak-anak;. Gambaran yang diberi oleh Saidina Ali, jika ingin melihat masyarakat masa depan, lihat corak anak-anak. Jika mereka beriman, anak yang soleh, berakhlak, insyaAllah keadaan masyarakat akan baik. Jika tidak begitu keadaannya, bayangkan keadaan sesebuah masyarakat itu.

Keluarga sakinah, adalah keluarga yang berkeadaan tenang, tidak banyak cabaran dan huru hara, tiada permusuhan dan pergaduhan. Sebaliknya, keluarga yang tidak demikian, menyebabkan cerai berai, fitnah terhadap masyarakat, huru hara, masing-masing menegak keegoan, dan sungguh tidak memberi kebahagiaan.

Untuk mendapat keluarga sakinah ini, maka perkara paling utama di lakukan ialah, setiap perkara itu di buat semata-mata ‘kerana Allah’. Itulah ‘Ikhlas’. Hikmah 'ikhlas kerana Allah' ini akan memberi kebaikan dan kembali balik pada pelaku tersebut. Tujuan perkahwinan dalam Islam, tujuan utama agar kenal mengenal, berkasih sayang, berkongsi suka dan duka dan kehidupan bersama.

Dengan jelas sekali Allah SWT. Menerangkan hal ini di dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Q.S. Al-Hujarat:13)

Penegasan Allah di akhir ayat ini, ialah Allah memandang orang yang berjiwa ‘muttaqiin” yakni yang terbaik di sisi Allah itu, adalah yang bertaqwa. Di situlah kaitannya setiap di laku itu kerana Allah.

Apakah bila kita tidak solat, berzakat dan melakukan ibadat yang lain Allah akan rugi, akan kurang atau akan tidak sempurna?. Maha suci Allah tidak terkurang dengan keingkaran manusia. Allah maha sempurna. Allah yang menjadi dan mengatur alam. Pengawal kepada alam cakerawala dan sekelian makhluknya. Allah jualah pemberi rezeki kepada kita semua.

Bila kita ikhlas beragama, bayangkan makam di sisi Allah dengan sifat ‘mukhlisiin’. Tidak mudah untuk membina sifat ini, lebih-lebih bagi yang tiada keikhlasan. Tiada rasa ketuhanan. Ramai yang lupa, cuai, lalai dan tidak terpedoman untuk bercakap benar. Maka susah untuk mencapai tahap muttaqiin jika tiada keikhlasan.

Apa kaitan dan maksud ‘ikhlas’ untuk membina satu perkongsian hidup yang ‘sakinah’?. Bagi lelaki, sedari lah bahawa isteri dan anak-anak itu adalah amanah dari Allah. Isteri itu harta yang benilai bagi seorang suami. Dialah yang mengurus rumah tangga, melahirkan anak, menjaga anak, berjaga malam, kesusahannya bersangatan dalam hal demikian. Bila kita kenal isteri kita, pasti kita dapat melihat kelemahan dan kekurangannya. Bertitik tolak dari inilah, kita dapat membantu dia. Apa makna perkongsian hidup jika seorang suami tidak dapat menjadi pelengkap bagi isteri?. Dengan semangat begini, membuka jalan ‘sakinah- ketenangan’ dalam keluarga. Isteri rasa di hargai, lebih-lebih bila suami dapat membantui.

Sebaliknya jika suami lepas tangan, tidak ikhlas, tidak boleh berkorban, sedang isteri ada keterbatasan, ada limit, bagaimana halnya untuk mencapai sebuah ketenangan. Bila berkahwin kerana Allah, lebih-lebih di rezekikan dengan anak, maka mereka adalah amanah.

Ibu mithali yang terpilih baru-baru ini, mendidik anak-anak di peringat permulaan adalah dengan agama, menjaga solatnya. Pendidikan akademik kemudiannya adalah nombor dua. Jadi bila inginkan keluarga yang sakinah, bermula memilih bakal pasangan adalah yang beragama. Kecantikan itu nombor dua. Boleh memilih yang cantik, tetapi hati juga kena cantik. Jika cantik tidak menenangkan hati, umpama bila kahwin, isteri asyik ingin membeli belah, bertukar perabut, hati suami akan merasa gundah, tidak tenteram. Berlainan dengan isteri yang memakai apa yang ada. Terima ketidak mampuan suaminya seadanya. Tenang suami begitu.

Bila melakukan sesuatu kerana Allah, hikmah faedahnya kembali kepada kita semula. Bahasa suami isteri yang lembut, bergelar-gelar, seperti orang tua-tua kampung memanggil ‘bapaknya.. mak nya..’ atau hari ini memanggil ‘sayang’.. semua itu mempertautkan kasih sayang. Bahasa memainkan peranan memupuk hati memberi rasa tenang di hati. Jadi lakukanlah kerana Allah. Bila berselisih, cepat-cepat bermaafan, bimbang jika tiba-tiba kematian datang, tidak sempat bermaafan. Sekurang-kurang jika berlaku sesuatu, pasangan kita pergi dengan tenang.

Bina rasa saling menghormati, berkasih sayang. Bila melahirkan zuriat kerana Allah, kita tidak akan menyalahkan yang lain, seperti TV, Internet, Majalah atau rakan sebaya yang merosakkan anak kita. Anak kita telah dibentengi dengan agama hasil didikan kita. Kitalah guru awal di rumah. Cikgu di sekolah. Ini di sebutkan

Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Bila mengahwinkan anak-anak, pastikan anak-anak telah ada persiapan dari segi agama. Bila niat tidak betul, maka itu yang hari ini kita berhadapan dengan kes cerai bila rumah tangga tunggang langgang, anak-anak yang menjadi mangsanya. Jadi peranan ibubapa sangat penting mendidik anak sejak kecil agar watak dan kelakuan serta peribadinya sebagai contoh apabila mereka membina rumah tangga pula. Pembinaan yang kukuh sejak kecil dengan di contohi teladan dari kita sebagai ibubapa, insyaAllah, mereka juga dapat meneruskan sebuah keluarga yang sakinah.

Asas yang penting juga dalam memiliki keluarga yang sakinah ialah, sumber rezeki yang halal. Bila seseorang mencari rezeki kerana Allah, pastinya untuk menyuap ke mulut isteri dan anak-anak, adalah rezeki yang jelas bersih dari segala sumber haram atau sebahagiannya haram. Jika seorang yang putar belit dalam kerja di lakukan, mengambil harta yang haram, baik melalui jalan rasuah, atau kecurangan dalam berjual beli, mana mungkin perkara salah dan haram begini bila mendarah daging dalam tubuh anak isteri dapat menghasilkan anak-anak yang baik dan bertaqwa. Jadi kita sendiri tahu, apa watak yang akan lahir dari pembentukan darah daging yang demikian.

Anak-anak yang degil, peribadi buruk, tingkah laku tidak elok, adalah hasil makanan yang tidak betul masuk ke tubuh mereka. Ramai ibubapa mengeluh, telah membelikan dan mengadakan macam-macam untuk anak, tapi anak masih tidak mendengar cakap juga. Pasti dan tentu ada puncanya. Sebab itulah Nabi s.a.w. sering memesankan, cari rezeki yang halal. Punca rezeki mesti di jaga. Wajib di jaga, agar jiwa menjadi tenang. Mana mungkin orang berbuat dosa jiwa akan tenang. Sebaliknya gelisah sentiasa. Umpama seorang peniaga mengatakan barang yang tak asli, itu asli. Barang yang tidak elok itu elok. Berapa ramai yang membeli. Bagaimana mungkin untuk meminta maaf kembali. Pastinya tiada ketenangan dalam hidup yang di jalani.

Itulah sebab, bila rezeki itu sudah jadi tidak halal, anak-anak akan menengking balik. Tidak terbentuk anak-anak yang berjiwa rukuk dan sujud, tentu ada puncanya. Hari ini, buang bayi, zina sudah tidak terkawal lagi, pasti ada puncanya. Jadi bila mencari rezeki kerana Allah, pastinya kita tidak menipu majikan. Peniaga tidak menipu dalam jualan. Yang memberi khidmat membayar atas keredhaan. Barulah hadirnya tenang, yakni ‘sakinah’ yang sangat kita harap-harapkan.

Semua ini diselesaikan dengan proses mendidik yang betul dan berhikmah. Rasul junjungan kita yang mulia juga mendidik isteri, anak, cucu dan masyarakatnya, dengan contoh teladan yang baik dari diri baginda. Baginda adalah ‘uswatun Hasanah’ , contoh terbaik. Jadi pada diri ibubapa itu adalah contoh pada anak-anaknya. Maka serulah dengan kebijaksanaan. Firman Allah:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Surah an-Nahl : 125

Penting pekerti dan tauladan yang baik. Rasul-rasul di utus kepada manusia kenapa? . Tidak lain menyempurnakan akhlak manusia. Nabi Lut di utus oleh Allah untuk mengatasi umat Nabi Nuh yang melampaui batas, mengajak kepada ‘sakinah’. Jadi sangat penting kita ingatkan anak-anak lelaki dan perempuan, lebih-lebih di asrama-asrama, jangan buat kerja-kerja berdosa besar seperti umat sebelum ini. Jangan melampaui batas. Bila melakukan perkara di luar fitrah manusia, buruk padahnya.

Anak-anak hari ini suka keluar rumah. Jika ibubapa tidak ambil kisah, bagi mereka itu satu kepastian perbuatan mereka betul. Bila orang lain tegur, mereka ada jawapan, bahawa ibubapa mereka sendiri tidak kisah. Keikhlasan kita membentuk anak, akan melahirkan ihsan dalam diri mereka. Mereka akan sentiasa takutkan Allah kerana merasa Allah ada melihat mereka.

Itulah pedomannya, bila terbentuk sebuah keluarga sakinah, guru yang sakinah, masyarakat seterusnya melahirkan umat yang sakinah. Bahkan umara’ dan ulama’ yang sakinah. Kita semua akan ditanyai oleh Allah atas didikan terhadap anak-anak ini, kerana ianya merupakan satu amanah buat diri kita semua sebagai ibubapa.

Sayangnya ramai yang tidak datang menuntut majlis ilmu, baik di masjid dan sebagainya. Jadi yang tidak tahu, tetap tidak tahu. Jika kekebalan beragama ini tidak dibina pada anak-anak, maka anak-anak akan keliru, cair, celaru, mengikut jalan-jalan salah. Jadi peranan kita sangat penting dalam hal ini. Sayangi mereka, mereka adalah harta yang sangat berguna kita tinggalkan di dunia bila hayat kita sudah berakhir. Anak yang soleh sahaja yang dapat mendoakan bagi kedua ibubapanya. Jadi, apa yang kalian hendak tinggalkan di dunia ini? Harta tanpa anak-anak yang soleh, bolehkah mendatangkan menafaat jika tanpa ilmu dan didikan dari jiwa yang sakinah?. Jiwa yang sakinah adalah asas untuk mereka memilih jalan-jalan benar dalam hidup mereka.

Allahu a’lam.

Saturday, October 23, 2010

AWAS KALIAN DARI DENGKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah sangat melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki, kerana sifat dengki pastinya menimbulkan kebencian. Kesinambungan dari dari sifat benci membenci ini ialah sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Jiwa orang yang dengki sebenarnya sangat sakit. Gelisah dan tidak tenang. Bukanlah orang yang didengki itu yang merasa sakit, sebaliknya diri pendengki itu sendiri. Jadi apalah faedahnya kita berdengki. Jika kita seorang yang redha dengan ketentuan Allah s.w.t., maka kita akan merasa lapang dan gembira nikmat yang Allah kurniakan pada diri kita dan orang lain. Kita mengenal baik dan bersangka baik, setiap ketetapan dan kelebihan yang Allah beri itu adalah patut pada diri masing-masing.

Allah yang amat mengetahui segala perkara, kenapa dan mengapa demikian. Bukan kita. Bukan juga mata kasar kita. Lantaran itu, kenapa harus kita berdengki. Walhal kadang-kadang tiada kaitan pun dengan diri kita. Tapi kedengkian itu ada, kenapa…. ?. Sifat dengki adalah sifat iblis. Tidak senang dengan kelebihan orang lain, bahkan menginginkan kejatuhan dan kemusahan orang itu. Suka dan gembira bila melihat penderitaan orang dan sakit hati bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Itulah dengki yang tidak bertempat.

Ibnu Mu’taz pernah berkata:
“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

Disebabkan hati yang kotor dan dengki, ada yang sanggup menjatuhkan dan memfitnah orang lain. Ada sahaja cerita yang di ada-adakan agar maruah orang itu dijatuhkan, di aibkan bahkan mengharap-harap orang itu dipulau oleh orang. Mencungkil segala keaiban dan keburukan secara rambang orang tersebut, menyebabkan banyak perkara yang hanya andaian belaka.

Inilah sifat terkeji yang perlu dijauhkan dari diri kita. firman Allah Subhanahu Wata’ala yang berbunyi:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً

Orang-orang yang menyakiti para Mu‘min lelaki dan perempuan (dengan membuat fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut) tidak berdosa maka sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban pendustaan dan dosa yang nyata.”
(Surah Al-Ahzab: Ayat 58)

Penyakit hasad ini, sememangnya wujud pada diri manusia itu. Mula-mula sifat ini wujud pada anak Nabi Adam yang sanggup membunuh adiknya. atas rasa dengki dan iri. Kemudian kita melihat bagaimana dengki ini menguasai anak-anak Nabi Yaakub, sehingga sanggup memperlakukan zalim ke atas Nabi Yusof a.s. Sehinggalah zaman kita ini, dengki terus menerus berlaku. Namun, sifat ini harus di buang habis-habisan kerana ia memamah amalan seseorang bagi api membakar daun yang kering. Jua ianya pastinya mengikis nilai agama pada diri seseorang.

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

Moga kita semua terselamat dari sifat yang sangat keji ini. Allahu a’lam.

Tuesday, October 19, 2010

3 BENTENG MAKSIAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Daripada Abi Nijih \'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan

Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Begitu jugalah, memetik kuliah ustaz tengahari khamis lepas, di mana akan datang pada manusia satu zaman hasil pendapatan dari perkara maksiat. Menurut ustaz, Saidina umar menyebut dalam hidup ada 3 benteng halangan dalam perkara maksiat. Pertama Masjid. Maka tetap istiqamah pada masjid , tidak masa ramadhan saja. Kedua Zikir, dan ketiga Al-Quran. 3 perkara ini Nabi s.a.w bayangkan semua ini menuntut jiwa dan diri kita melakukannya . Bila tidak istiqamah dengan 3 perkara ini juga apabila manusia mulai jauh, nabi s.a.w. bagi isyarat kepada kita, bayangan, gambaran, yang pasti adalah tanda akhir zaman. Salah satu di sebutkan membenarkan hasil pendapatan tidak lain kecuali maksiat.

Suasana hari ini, hakikat, majistret pun dihukum penjara, pegawai imigresen di hukum. Bahkan perkara ini di sebut oleh imam ghazali, sebelum buat maksiat fikir akibat terlebih dahulu. Itu yang di maksud ihsan. Salah satu pertanyaan yang berkaitan dengan hati itu sendiri, ihsan itu kamu beramal seolah-olah kamu sedar sekurang-kurang Allah tengok kamu.

Patutnya orang yang sepatut memelihara keamanan, keselamatan, tidaklah membuat kejahatan, namun apabila sebaliknya berlaku, ianya merupakan impak dari manusia tiada amanah. Itulah yang di tekankan bahawa bila ingat Allah, jadi bentengan terhadap siapa sahaja. Tapi bila jauh dari Allah, dari masjid, dan majlis ilmu, maka dekat dengan iblis.

Firman Allah, .
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Maksudnya : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Surah al-ankabut : 2

Adakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan belum diuji. Ingatlah semua yang Allah beri, di dunia ini adalah proses menguji. Kalau kamu duduk dalam zaman itu kata nabi s.a.w. kalau bertemu dengan zaman ini, lari kamu. Sahabat bertanya, lari ke mana?

Memetik kata-kata Imam ibnu Taimiyah ,, pandangannya, “kita ibarat hidup di tanah lapang yang luas, dalam perjalanan ada kemuncup-kemuncup , kalau kemuncup hinggap di kaki, ambil dan buangkan. Pasti dalam melalui hidup ini, banyak rintangan dan ujiannya.

Maksud di sini, menurut Nabi s.a.w. kata, larilah kamu kepada Allah. Maksudnya apa pun, kembali kepada perintah Allah. Masalah berlaku carilah Allah, kenapa cari kaedah lain. Mengambil iktibar kisah Maher Zain, asalnya lalai. Satu ketika bila dia pergi ke Masjid di lihat budak-budak membaca al-Quran. Hati tersentuh, tak sedar dia terus ambil air sembahyang. Mula dari itu dia rasa hampir dengan Allah dan Allah hampir padanya. Sebab itu cari Allah. Ini tidak, bila ada masalah, pilih jalan bunuh diri, gantung diri, tembak kepala. Kenapa sampai ke peringkat bunuh diri. Ini menandakan sangat jauh dari Allah. Isteri lari, bunuh diri, pelik sungguh!... kaedahnya, lari balik kepada Allah.

Ini tidak , menangani stress.. sport, travel, .. ikut barat, tak mahu juga nak ambil panduan al-Quran, tegas ustaz. Dengan mengingati Allah , jiwa akan tenang tenteram. Ingatlah kepada Allah, hati akan jadi tenang. Lari kepada Allah, kitab Allah. Dalam masalah kehidupan, umpama "daulat tuanku", elok sungguh bila ditukar. Sebab yang besar adalah Allah. Penukaran kalimah kepada "Allahu akbar", cantiknya.. balik kepada perkara tadi, larilah kepada Allah. Apa rujukan, panduan, kita lupa perlembagaan yang mengejar kepada kita, keadilan dari Quran. Kita ni memegang amanah, bila berhukum , mengurus, mentadbir, tadbirlah adil, bukan sama rata, adil kena beri hak. Kalau bumi ni, bumi orang melayu, kena beri orang melayulah. Inilah adil. Bukan adil itu, nak samarata. Kalau dah banyak ekonomi, kena bagi dan agihkan pada orang miskin. Dalam poligami, kuantiti tidak melambangkan adil. Memberi hak atas hak. Sebab itu orang yang baru peluk islam, berhak dapat zakat, menjinakkan dengan islam. Laksamana Cheng Ho datang membawa misi dakwah. Melalui perkahwinan, proses dakwah. Cina lebih dulu islam dari kita. China lebih hebat dan umat islam di China adalah kedua terbesar di dunia.

Yakin dan percayalah kita tak boleh lari dari Allah, quran, dan sunnah. Barulah hidup akan selamat dunia dan akhirat.

Allahu a’lam.

Sunday, October 17, 2010

JAMINAN SYURGA PADA 6 GOLONGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ # وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ # وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ # إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ # فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ # وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ # وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ # أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ # الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya'ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Surah al-mu'minun : 1-11

Dalam kuliah subuh tadi ustaz menyebut bahawa jika seseorang melakukan 6 perkara di dalam ayat ini, maka 'confirm' mereka adalah orang-orang yang berjaya sebagaimana yang disebut dalam ayat pertama surah ini. Berjaya yang di sebut maknanya berjaya menjadi pewaris syurga Firdaus yang kekal selama-lamanya sebagaimana di sebutkan di dalam ayat 10 dan 11 tersebut.

Maka dalam usia yang bertenaga lagi muda, maka berusahalah mengejar janji-janji Allah ini. Di sebabkan jaminan Allah inilah maka perlunya kita melakukan demikian. Perlu maknanya wajib kita melakukan perkara-perkara yang di sebutkan.

Pertamanya: Solat yang khusyuk.

Khusyuk di sini bermakna tunduk dan patuh kepada Allah. Apa yang disuruh kita ikut, sebaliknya apa yang di larang kita tinggalkan. Patuh memberi makna kepatuhan sebenar di dalam dan diluar solat. Ketika solat, kita sedang berbicara dengan Allah. Maka tidak selayaknya fikiran kita kepada yang lain. Sangatlah tidak logik jika seseorang boleh memikirkan barang yang hilang, fikir anak-anak dan isteri, kereta dan lain-lainnya. Sedangkan apa yang perlu dilakukan ialah penumpuan 100% kepada Allah s.w.t

Salah satu cara untuk khusyuk, menurut ulama' ialah memahami apa yang dibaca di dalam solat. Sayangnya majoriti umat melayu Malaysia, tidak faham apa yang dibaca. Jadi mana mungkin mereka dapat meletakkan Allah paling Agung dan Maha besar?

Atas jalan inilah ulama' mewajibkan agar bacaan solat di fahami untuk mendapat jaminan syurga dalam ayat di atas.

Solat berjemaah juga sangat-sangat diambil berat oleh Nabi s.a.w, kerana dengannya solat boleh khusyuk. Solat berjemaah menjanjikan kualiti yang sangat menguntungkan. Nabi s.a.w., sehingga di hujung umurnya masih melakukan solat berjemaah, meskipun saat-saat baginda keuzuran, meminta baginda menantunya Saidina Abu Bakr as-sidiq mengimami solat. Bagi mereka yang tidak khusyuk akan di 'cover' oleh mereka yang khusyuk dalam saf tersebut, menurut ustaz. Itulah kenapa solat berjemaah sangat penting dan dititik beratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pernah satu ketika ketika baginda ingin mengangkat takbir, turun wahyu supaya Nabi s.a.w. menegur saf yang tidak teratur, di mana memberitahu kepada kita bahawa, Allah meminta Nabi s.a.w. menyebutkan bahawa ' betulkan saf, atau Allah memisahkan kasih sayang antara mereka'.

Jadi untuk mendapat solat yang khusyuk juga perlu ikhlas. Jika tidak ikhlas, solat tidak di terima. Begitu juga perlu dimulai dengan niat. Dengan niat, maka barulah amalan di terima.

Inilah serba sedikit yang sempat di sentuh oleh ustaz dalam kuliah subuh tadi. In sya Allah, ustaz akan menyambung seterusnya di masa yang lain.

Allahu a'lam.

Tuesday, October 12, 2010

MERINGAN-RINGANKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sikap mengambil ringan dan mudah menyebabkan ramai hari ini para lelaki gagal memimpin anak isterinya secara betul mengikut garis syarak. Ana memperkatakan begini, disebabkan pokok pangkal kepimpinan dari lelaki sebagai ketua keluarga, peranan yang harus dimainkan juga sangat besar. Sekiranya peranan ini tidak dijalankan, bagaimana ahli didikannya mendapat kefahaman.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita" . Surah an-Nisaa: 34

Sebagaimana yang telah kita faham dan di fahamkan, bahawa Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Jadi apahalnya bila mana mereka yang membawa isteri-isteri pergi kerja, anak-anak perempuan pergi sekolah, aurat mereka terdedah. Kepala di tutup, tapi betis ke bawah terbuka bila naik motosikal. Kenderaan-kenderaan lain seperti kereta dan motosikal, bahkan penumpang-penumpang bas, jelas melihat betis-betis anak isteri si lelaki ini di pamerkan. Tidakkah merasa berdosa meringan-ringan kan aurat demikian. Berapa tahun pergi balik berkerja. Berapa banyak mata-mata yang memandangnya. Cubalah renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Apa yang di lihat oleh Rasulullah s.a.w , seringgan-ringgan azab neraka, apabila memakai terompah neraka, mengelegak otak manusia.

Bersegeralah dan tanyalah diri anda, samada anda ingin terus melakukan perubahan atau berkekalan dalam keadaan demikian. Pokok pangkalnya iman. Telah banyak diberitahukan batas-batas aurat perempuan. Lelaki, auratnya tidak banyak menjadi pertikaian, kerana biasa kebanyakkan lelaki menutup bahagian-bahagian yang menjadi aurat mereka. Sebaliknya wanita, batas aurat perlu di titik beratkan. Jika masih mengekalkan diri dalam keadaan demikian, anda yang menentukan bentuk kesudahan dan pengakhiran balasan di hari kemudian.

Allahu a'lam.

BERANI TIDAK BERTEMPAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terkejut dan terkedu rasanya tatkala berbicara di pejabat tadi dengan seorang peminjam dalam telefon dengan perkataan-perkataan yang dikeluarkannya. Berani sungguh dia. Tidakkah dia merasa berdosa bertanggapan demikian.

Atas dasar sikap yang tidak bersungguh membayar hutang yang dijadualkan sekian lama, sedangkan jika di bayar sedikit demi sedikit hutang tersebut sepatutnya telah tamat lama. Peratus yang kecil sahaja di bayar berbanding baki yang ada, bahkan umurnya semakin meningkat tua. Namun entah apa masalahnya mencari kesilapan yang ada pada pihak yang memberi pinjaman, sedangkan dirinya sendiri tahu dia berhutang.

Dalam nada yang demikian, seolah menuding jari bahawa sememangnya dia hendak belajar, memang wajib di tanggung kerajaan itulah hujahnya. Bahkan tiba-tiba terkeluar pula kepada perkara lain hingga menyebut contoh, katanya kalau 'pas' sekali pun bising nak buat hudud, fikirlah keadaan sekarang , suasana masyarakat sekarang, tidak sesuai dibuat katanya emosinal. Tiba-tiba sahaja kesitu perginya. Samada dia sedar atau tidak, itu dah mempertikai hukum Allah. Bila ana katakan, tuan tidak boleh berkata demikian. Itu hukum Allah yang diturunkan dalam al-Quran. Kita menerima dengan syumul. Tidak boleh dikatakan demikian. Tidak boleh di samakan cara melaksanakan dengan turun berperingkat-peringkat arahan Allah di masa awalan.

Terus dia melenting dan bercakap tidak tentu pasal. Pelik sungguh rupanya mereka-mereka yang berjiwa demikian, juga mereka yang liat melunaskan hutang. Jikalah di ansurkan sedari dulu, sedikit demi sedikit tidak timbul sebenarnya tunggakan tinggi bahkan tunggakkan pinjaman yang hampir menyamai baki pinjaman. Secara tidak langsung telah mempertikai hukum Allah.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Surah al-Maidah : 49

Berani sungguh segelintir manusia di zaman ini, cakap ikut sedap hati. Tidak menilai sejauh mana perlunya meletakkan hukum Allah sebagai suatu yang tidak boleh di persoal dan di pertikai lagi. SubahanAllah, .. tidak terkurang kuasa Allah dengan ramainya insan-insan yang menyombong diri. Bukanlah Allah menurunkan agama yang lurus dan suci untuk mengikut kehendak hati orang-orang sebegini, tetapi inilah suatu ujian Allah untuk mengenal pasti insan-insan yang mempunyai keimanan yang sejati jua ketaqwaan yang menjulang tinggi.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?
Surah al-Maidah : 50

Allahu a'lam.

Sunday, October 10, 2010

MEMULIAKAN KANAK-KANAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dari sahl bin Said berkata: "Nabi s.a.w datang dengan sebekas air, maka baginda minum sebahagiannya; di sebelah kanan baginda ada seorang budak kecil, dan disebelah kirinya ada lelaki-lelaki tua, maka Nabi s.a.w. bersabda: "wahai budak adakah kamu mengizinkan aku memberi air ini kepada lelaki-lelaki tua ini?, Budak itu berkata: "Aku tidak mengutamakan orang lain selain darimu wahai Rasulullah," maka Rasulullah pun memberi air itu kepadanya."

Bila membaca hadis ini, tersentuh hati bila membuat perbandingan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Sering ana perhatikan tatkala ada majlis jamuan atau makan-makan, selalu sahaja kanak-kanak di pinggirkan. Mudah sangat orang-orang tua yang berkata, "budak-budak ketepi dulu, biar orang tua ambil dulu, budak kemudian". Sayu dan pilu hati ana memerhati adegan ini, lebih-lebih di majlis makan-makan, baik di surau atau masjid, kenduri atau keraian apa sahaja. Malahan ada yang sanggup mengherdik budak yang sudah mengambil makanan. Hingga diletakkan kembali oleh budak tersebut. Tersentuh hati ana dalam hal beginilah membuatkan ana biasanya tidak tergamak untuk makan selepas program baca Yassin. Sehinggalah ana melihat kanak-kanak gembira menikmati makanan dan jika mereka masih memerlukan pastinya ada lagi yang boleh di berikan.

Kalau di fikirkan dengan akal yang sihat, hari ini, orang yang telah dewasa bahkan telah memasuki umur tua, dah puas sudah makan-makan ni, bahkan sampai berpenyakit terlalu banyak makan. Kesihan pada budak-budak. Apatah lagi jika di perhati hari ini, ramai yang punyai rumah besar, kereta besar, perabot rumah mahal-mahal belaka, rupanya anak-anak mereka makannya di catu. Di sebabkan hutang keliling pinggang yang di hadapi oleh orang tua, anak-anak ini, makanan mereka di catu...? Ye.. untuk menunjuk-nunjuk, ramai yang terpaksa mencatu makanan. Kanak-kanak sebeginilah, bila nampak makanan, terliur mereka.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri memuliakan budak, inikan kita insan biasa. Apakah terlebih baik dari Rasulullah s.a.w. ?.

Berikutan membicarakan tentang memuliakan kanak-kanak, teringat ana sikap-sikap insan yang hipokrit, kadang-kadang kawan anak-anak minta air kosong pun tidak mahu di beri. Hati jenis apa insan sebegini, sukar untuk kita ketahui. Mentelahan lah, bila mendengar cerita seorang ustaz dalam kuliah subuh, betapa zalim perbuatan insan yang tidak berhati perut, menzalimi kanak-kanak Yatim untuk mengaut keuntungan di dunia ini dengan jalan mudah. Sedang keringat anak-anak yang tidak berdosa di kerah. Zalim sungguh demikian.

Menurut Ustaz, anak-anak yatim dari desa di ambil oleh pihak-pihak tertentu yang berniat buruk, dengan alasan memberi pelajaran agama. Anak-anak yatim ini di gunakan untuk mengutip derma, dengan menjual berbagai yang dibekalkan seperti kismis dan sebagainya. Anak-anak ini, di beri arahan jika tidak dapat kutipan tertentu, jangan sekali-kali makan. Ada yang tidak makan dari pagi sampai petang, bahkan sampai malam. Ini terbongkar bila Ustaz ini melihat seorang budak di marahi oleh seseorang bila menjual kismis tersebut. Bila budak ini datang kepada Ustaz, menjual kismis tersebut, budak ini mengigil, rupanya dalam kelaparan. Ustaz bagi duit suruh dia makan pun dia tidak berani makan. Kerana diberitahu, dia diteropong dari jauh oleh majikan yang tidak bertanggung jawab tersebut. Atas dasar simpati yang keterlaluan, Ustaz tetap membeli makanan dan menunggu budak ini hingga habis makan.

Zalim sungguh perbuatan insan berhati haiwan ini. Perbuatan mereka telah merosakkan nama sekolah agama atau tahfiz yang lain. Perbuatan mereka telah menzalimi anak-anak yang tidak berdosa. Sungguh zalim kalian, mengunakan anak-anak ini untuk perut kalian. Tunggulah balasan Allah pada yang menginiayai anak-anak kecil lebih-lebih anak yatim.

وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُوراً

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[1], dan teman sejawat, ibnu sabil[2] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaa’:36 )

[1] dekat dan jauh di sini ada yang mengartikan dengan tempat, hubungan kekeluargaan, dan ada pula antara yang muslim dan yang bukan muslim.
[2] Ibnus sabil ialah orang yang dalam perjalanan yang bukan ma'ksiat yang kehabisan bekal. termasuk juga anak yang tidak diketahui ibu bapanya.

Apa yang di serukan pada umat islam di luar sana, ringgan-ringgankan lah mulut bertanya budak-budak yang mengutip derma tersebut , samada mereka makan atau tidak. Belanjalah mereka, bukan banyak manapun mereka makan. Selidiki mereka, apakah mereka di siksa dan di zalimkan. Jika benar, bersama kita semua perihatin, agar pertubuhan -pertubuhan haram yang menyiksa anak-anak yatim demikian, kita patah-patahkan kebangkitan mereka. Moga terselamat anak-anak yatim dari teriniaya. Moga Allah membantu usaha-usaha murni kita.

Selamatkan mereka. Ambil mereka. hantarkan mereka di tempat yang sepatutnya. InsyaAllah, usaha demikian akan mendapat pertolongan Allah, jika ramai di antara kita yang peka dan bersedia untuk melakukkannya. InsyaAllah usaha ini akan mendapat kejayaan. Meskipun sukar membuktikan, namun yakinlah dengan niat ikhlas, pertolongan dari Allah tetap akan datang.

Allahu a'lam.

KISAH DI HARAMAIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Masih segar jiwa ini untuk menyebut tentang Haramain. Tak sangka pula kuliah subuh pagi tadi ustaz banyak menyentuh cerita-cerita yang patut di jadikan iktibar pada kita. Cerita-cerita begini mengingatkan akan diri kita agar mempunyai ciri peribadi mulia bahkan bersih sebersihnya hati dan niat kita untuk ke sana. Tujuan ke sana semata-mata merebut nikmat dan rahmat yang di janjikan Allah buat insan-insan yang bertaqwa. Jika terpesonglah niat, maka natijahnya juga sangat buruk. Buruk bukan setakat di sana, bahkan menjadi-jadi keburukan bila sampai kembali ke tanah air kita, juga di akhirat sana.

Cerita begini, melahirkan keinsafan di hati. Mana mungkin kejahatan akan bertahan selesa selama-lama. Pasti suatu hari ianya akan mendapat balasannya. Baik di dunia, maupun di akhirat sana. Cerita Ustaz, sewaktu beliau menunaikan haji 4 tahun lepas, rakan sebiliknya suka memaki-hamun isterinya. Juga mengarah-arah isterinya meskipun pada hal-hal yang remeh. Isteri yang diherdik demikian, sentiasa bersabar. Lelaki ini juga kurang amalan dan suka sangat bernyanyi-nyanyi hingga ke tengah malam. Suatu hari, sewaktu dia ke Masjidil Haram, dia tidak nampak Kaabah. Hanya nampak orang yang berjalan sahaja. Mulalah keresahan menyelubungi jiwanya. Bila Ustaz suruh beliau buat solat taubat, setelah beberapa ketika, barulah beliau nampak Kaabah mula nampak dan naik sedikit demi sedikit dari bawah. SubahanAllah. Di situ juga Allah menunjukkan keajaiban perkara tersebut terhadap mereka yang mempunyai sikap yang begini.

Sebaliknya di masa yang lain, kata Ustaz, isteri seorang yang lain pula suka mengherdik-herdik dan berkasar suara dengan suaminya. Bagai budak tadika di lakukan terhadap suaminya. Lancang sungguh mulutnya pada suami. Puas rakan sebilik menasihatkannya, dia langsung tidak ambil kisah. Terus menerus memperlakukan suaminya. Hingga tiba saat untuk ke Arafah, beliau mengeletar sakit atas katil, maka tiadalah dia dapat berbuat ibadah. Bila si suami di minta memaafkannya, suami tadi kata, biarlah dulu dia merasa akibat perbuatannya. Sudah 33 tahun dia diperlakukan begitu. Sungguh...., terluka sungguh hati suami tadi rupanya. Sewaktu ingin berangkat ke Madinah, rakan-rakan sebilik isteri tadi masih memujuk wanita tadi bermohon maaf pada suaminya, maka beliau menalipon suaminya memohon maaf sambil menangis-nangis dan sedar akan perbuatannya. Maka, sebaik suaminya berkata, memaafkannya; alangkah ajaibnya kuasa Allah, wanita tadi terus pulih sepenuhnya. Jadilah wanita tadi seorang yang kuat ibadah di Madinah.

Begitu juga pernah di beritahukan beberapa orang nampak api ketika bertawaf dan tidak boleh untuk bertawaf. Semua perkara ini sangat-sangat menakutkan. Namun tidak kurang pula Allah mengurniakan kemudahan dan kebahagiaan pada mereka-mereka yang di beri nikmat dan rahmat oleh Allah. InsyaAllah, bumi yang mulia ini, ramai yang dimuliakan. Bahkan bila Allah yang memanggil, maknanya Allah akan memberi berbagai kebaikkan pada tetamunya. InsyaAllah.

Subhanallah, Hebatnya kuasa Allah dalam memberi pembalasan pada siapa-siapa yang di kehendakinya. Begitulah hendaknya, pastinya kita melihat ramai yang suka menyakiti orang lain, memfitnah, menjatuhkan dan mengaibkan orang lain, mengambil hak orang lain, menginiayai dan mengumpat orang dan berbagai perbuatan keji lagi telah di lakukan. Bahkan sikap-sikap begini perlu hati-hati dan bermohon maaf sebaik-sebaik pada mereka-mereka yang di zalimi. Dosa menzalimi anak adam yang lain, Allah serahkan kepada manusia. Jadi dalam memulakan perjalanan ke Haramain, moga-moga semua ini telah di selesaikan terlebih dahulu oleh kita-kita semua. Bimbang berbagai perkara yang tidak terduga sepertimana cerita-cerita benar yang pernah kita dengar dan diberitakan kepada kita.

Sayangnya hari ini, ramai yang pergi di sana bagai pergi melancung. Ramai yang dilihat tidak menjaga pergaulan, bahkan tidak lagi menjaga aurat bila saat lepas dari Ihram dan sewaktu pulang. Tabaruj juga sudah jelas di wajah dalam perjalanan pulang. Tudung juga sudah tidak menutupi bentuk dada. Begitulah seadanya. Beginilah situasi yang kita selalu lihat dan ramai yang tidak peka, bahawa bentuk mematuhi perintah Allah bukan setakat di dalam Masjid sahaja. Bahkan ketaatan sebenar kepada Allah s.w.t adalah setiap ketika juga di mana sahaja kita berada.

Untuk mengapai nilai sebuah Haji yang mabrur di sisi Allah s.w.t. yang ganjarannya tiada lain melainkan dengan rahmat syurga Allah, maka persediaan yang padu dan jitu serta mantap perlu ada. Ketaatan yang sebenar-benar dengan perintah Allah harus digilap sebaik-baiknya, agar perginya seseorang ke Haramain, berbekalkan iman dan taqwa. Moga semua kita mendapt kurniaan Haji dan Umrah yang mabrur dan mabrurah.

Selamat perjalanan, dan selamat para jemaah untuk mendapat Haji dan Umrah yang di terima Allah dengan sebaik-baik penerimaan. Ameen.

Allahu a'lam,.

Friday, October 08, 2010

PANGGILAN HARAMAIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas untuk ku terus melalui kehidupan dengan penuh pengharapan dan kasih sayang Allah yang tidak pernah padam. Benarlah, cinta pada bunga.. ia akan layu, cinta pada manusia.. pasti suatu hari dia akan meninggalkanmu, hanya cinta pada Allah, yang kekal dan tidak pernah berlalu. Terlalu banyak nikmat Allah tidak dapat ku hitung, terlalu besar, terlalu.. terlalu segalanya. Tidak sebanding dengan apa yang lakukan untukMu Allah.

Seingatku, apa sahaja yang ku inginkan Allah telah memberikan dengan sepenuh kasih sayangNya. Masih ku ingat, sewaktu kecilku.. hidupku terlalu susah. Berteman air mata sepanjang waktu. Kerumitan, kemiskinan hidupku, mengajakku membantu ibu, turun ke sawah, mengangkat baldi susu getah, menanam padi di sawah, menjaga kambing dan kerbau di seberang sungai yang jauh dan sungguh mendatangkan resah. Resah, di tepi hutan tempat kerbau berkubang, selalu khinzir keluar berderetan dan sangat menakutkan. cuak hati berada di hutan. Pernah air sungai tiba-tiba naik separas leher, sedang tiada hujan. Menangislah aku ketakutan, Syukurlah kebetulan hari itu adik lelaki ku datang untuk meneman. Nyawa jadi pertaruhan, hampir-hampir kami dihanyutkan arus yang sungguh dalam. Ya.. Allah, jika itu yang terjadi, tiadalah lagi aku dan adikku pada hari ini.

Begitulah rutin hidupku setiap hari, Malamnya membantu ibu membuat kuih-muih untuk dijual keesokkannya di sekolah. Sayang sekali, kerja sekolah selalu tidak dapat ku siapi. Cikgu tidak pernah faham masalah ku. Kepala ku sering di ketuki. Namun ku pasrah. Aku selalu di hina bila mana barang-barang keperluan jahitan tidak dapat di adakan oleh ayahku. Apakan daya, aku adalah aku. Aku hanya tahu mengadu terus mengadu pada Allah yang selalu memberi mimpi-mimpi indah dalam tidurku. Aku selalu menginginkan sesuatu, di dalam mimpi aku di beritahu, aku akan mendapatkan, bila tibanya waktu. Temanku dari kecil adalah buku-buku. Banyak buku agama telah ku baca dan sungguh teruja, dari kecilku ku telah mengenal halal dan haram, syariat atau larangan.

Hinggalah perubahan ketara jelas terdampar di depan mataku. Kegagalan ku di sekolah rendah telah bertukar menjadi kejayaan ku di sekolah menengah. Siapa tahu.. setiap kali peperiksaan besar yang ku hadapi, malam itu aku bermimpi ayat-ayat al-Quran yang bakal keluar dalam SRP dan SPM yang akan ku lalui. Ku memberi tahu kawan, namun tiada siapa yang mempercayai. Alhamdulillah, inilah berkat berserah dengan Allah. A1, adalah harapan ku dalam subjek agama. Bukan ku suka untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi apa yang ku sukai, ku suka menguji sejauh mana kefahaman ku terhadap agama yang sangat kucintai. Anugerah dan nikmat agama inilah yang membuat ku mengenal siapa yang patut di cintai. Pangkat 1 dari 4 orang dalam sekolah, pasti membuat ibuku sangat gembira.

Ya.. Allah, terlalu banyak penganugerahanmu. Walaupun berjaya menjejak kaki ke menara gading, namun ku tidak berminat meneruskan melainkan berhenti dan memasuki pula kepada pengajian Islam. Minat ku sungguh mendalam dalam bidang ilmu islam. Walaupun ibu sangat kecewa sekali, akhirnya dia mulai faham. Dalam diam ku pelajari bahasa arab berseorangan. Hinggalah bila ku memasuki mana-mana kelas, pelajar kelas selalu merasakan kehadiran ku tidak layak bersama mereka. Mereka selalu mengatakan aku sudah pandai, tidak boleh satu kelas dengan mereka. Bagi ku, aku masih terlalu lemah dan perlu belajar dari bawah.

Walau ada juga rasa kecewa, namun ada kelucuannya. Kalaulah aku pandai, mana mungkin aku perlu belajar dari bawah. Mungkin hanya pada mereka. Lucu juga.. ye lah.. sampai ustazah menalipon ku, pelajar-pelajar minta aku tidak belajar bersama mereka. Mereka malu katanya.. Ye.. kembali kepada penganugerahan Allah yang sangat banyak. Memang benar, janji Allah, apabila kita semakin menghampiri Allah, Allah akan sentiasa menghampiri kita. Itulah yang sering ku rasa. Apa sahaja permintaanku, pasti Allah tidak menghampakan. Segalanya biarlah menjadi rahsia.. Sungguh banyak pertolongan Allah, sungguh tidak terhingga.

Hanya yang paling ku merasa sungguh tidak terkata, bila mana harapan ku untuk terus menerus sentiasa ke bumi Haramain, Allah selalu menyampaikannya. Banyak yang ku pelajari hikmah dari pengurniaan ini. Benar, bukan wang yang menyampaikan kita ke sana. Hanya panggilan Allah. Sememangnya dengan panggilan Allah. Kadang-kadang, seseorang itu tidak langsung mengeluarkan wang, tiba-tiba sampai ke sana. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Bahagia sungguh menjadi tetamu Allah. Sungguh bahagia..!!. Harapanku pertama kali kesampaian, tatkala ku benar-benar berhajat untuk ke sana. Bila mana wang yang ku kumpul cukup sama sekali. Gembira sungguh kerana waktu itu ku fasih berbahasa arab yang asas kerana baru sahaja habis pengajian Usuluddinku di UM. Apalagi, bila berbahasa arab, barang 20 riyal, dapat ku beli dengan 2 riyal, atas nama hadiah. Alhamdulillah.

Namun, aku bukan seorang yang suka membeli belah. Kerana tempat yang paling ku benci adalah pasaraya. Maka rutinnya, tidaklah ku terpedaya dengan benda-benda. Nikmat yang ku rasa berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sungguh tidak terkata. 2002 merupakan sejarah kali pertama ku menjejaki kaki ke sana. Benarlah janji Allah, wang yang kita gunakan ke sana akan di gantikan semula. Bila sekali ke sana, pastinya kita ingin terus menerus ke sana. Jika boleh mati pun di sana. Itulah hajatku yang terakhir dalam hidup ini. Justeru itulah ku berusaha dan terus berusaha untuk ke sana. Allah sangat pemurah. Janji Allah sangat benar.

Benar, sungguh benar, wang yang ku keluarkan, Allah ganti semula, bahkan berganda. Maka 2005 ku membawa ibu bersama. Alangkah gembira ibuku kerana buat pertama kali menjejak kaki ke sana. Peliknya, saat itu ku mengndung anak pertama dengan suami ku sekarang, sedikit pun tidak terhalang untuk ke sana. Mudah sahaja jalannya. Juga siapa yang menyangka, bayi ini bakal lahir di sana, bahkan Allah menjanjikan ajalnya di sana, juga syurga tempatnya. Ku hanya redha, bayi ini di kebumikan di perkuburan ma'la , bersama isteri Nabi s.a.w. Khadijah yang sangat mulia. Syukurlah, Mohd Naim.. terpilih di sana. Tidak pernah ku terduga, bahawa.. semua ini ketentuan yang maha Esa. Cuma diriku, perlu menjadi taqwa. Untuk bersama-sama anakku di sana. Syurga yang dijanjikan Allah bagi insan-insan bertaqwa.

Pastinya, terlebih ingin ku ke sana, al maklum anakku ada di sana. Mungkin kerana itu jua, Allah tidak mengizinkan ku mendapat zuriat lagi, kerana sehingga ke hari ini, 7 ke 8 kali anak ku jantungnya berhenti, ketika masih bermula untuk terjadi. Rezeki yang Allah beri tidak kunjung putus, sehingga kedua orang tuaku dapat ku hantari ke sana pada 2006, haji Akbar. Pelik sungguh pertolongan Allah, dari wang langsung tiada, tiba-tiba khairat yang dapat membolehkan kedua orang tuaku ke sana. Oh Tuhan, besar sungguh kurniaanmu, anakku ke syurga, rezekinya turun kepada orang tuaku. Bahkan saat-saat akhir di panggil, untuk ke sana, tahun haji akbar pula. Berbahagianya dengan rahmatmu.

Benarlah.. memang benar, bila bersyukur, Allah akan tambah, bila kufur azabNya sangat pedih. Siapa sangka, tiba-tiba sebaik ku mendaftar 2007, nenek saudara yang begitu lama, bertahun tidak berjumpa, bertanya samada boleh menemankannya. Sudah berkali-kali di tolaknya untuk ke sana. Tiada siapa yang sudi menemannya. Lantas, itulah rupanya bahagianku untuk ke sana dengan mudahnya. Wang belum ku isi, hanya di panggil Allah atas jalan ini. Maka rezeki datang lagi melalui suami. MasyaAllah.. inilah janji Allah. Pemurah dia, maka Allah memanggilnya sama untuk ke sana sebagai mahram kami. Inilah kehebatan janji Allah bagi yang benar-benar yakin dengan pertolonganNya. Allahlah yang memudahkan, Allah jualah yang memayahkan.

Banyak perkara pelik yang di alami, sungguh pelik. Alhamdulillah, kami di tempatkan di tempat yang paling dekat dengan masjid. Masih teringat, lawak ustaz masa kursus haji, namanya pun muasasah, kenalah susah. Alhamdulillah, kami tidak merasa susah. Bahkan sangat mudah. Nenek pula sangat sihat walafiat. Bahkan untuk ke masjid, boleh pergi dan balik sendiri. Subahanallah...

Baik ke Arafah, Mudzalifah dan Mina, semua mudah. Alhamdulillah. Sungguh teruja buat kami. Allah sangat penyanyang. Sangat pelik sekali, bagai tidak percaya apa yang terjadi. Tanya sahaja bas di Mudzalifah, tempat kami di turunkan, dalam pada yang lain beratur dari malam hingga ke pagi berdiri di sebelah sana untuk ke mina, pemandu bas terus menjemput, " tafadhal..tafadal".. haiya bina ila mina.., alhamdulillah, ku terus memanggil suami dan nenekku, dan beberapa jemaah di sekitarku. MasyaAllah, inilah kehendak Allah namanya.

Sungguh terlalu banyak nikmat Allah tidak dapat untuk di cerita. Inilah janji Allah, balik dari sana, Allah mengantikan lagi berganda-ganda, wang yang ku kumpul sekian lama untuk anak-anak ku yang 3 orang sebelum ini, memungkinkan 2009 ku bawa pula mereka ke sana. Ini yang di katakan janji Allah itu sangat benar. Anakku terpinga-pinga, tidak mengeluar wang sedikitpun di panggil ke sana. Itulah janji Allah bagi orang-orang yang ingin bertaqwa.

Gembira sungguh ku dengan pemberian demi pemberian yang tiada hentinya dari Allah. Pastinya coretan ini, ana ingin menjemput semua pembaca menanam sepenuh keyakinan pada yang Esa atas janji bagi mereka-mereka yang memilih jalan taqwa. Janji Allah sangat benar. Bila ku balik dari membawa anak-anak ke sana, anak ku pula menanam hasrat untuk ke sana semula. Akhirnya Allah menjadikan kenyataan lagi, bila mana tidak semena-mena wang simpanan KWSP ku dapat di keluarkan semua. MasyaAllah. Orang lain, mungkin kena tunggu umur pencen, mungkin 55. Rezekiku, umur sebegini, bila ku menukar semula ke skim pencen. itulah pertolongan Allah, namanya. Janji Allah akan kembalikan wang-wang yang kita belanjakan di sana. Di bumi Haramain yang sangat mulia.

Lantas hujung 2009 ku membelanjakan wang untuk kursus intensif kembara di Jordon, syria dan Lubnan mempelajari bahasa Arab. Kemudian ku ke Haramain lagi bersama anakku 2010. Alhamdulillah... moga kami akan terus ke sana dan terus dengan izin Allah. Semoga satu hari ku dapat menetap atau mungkin mengakhiri hayatku di Haramain. Moga hajat terakhir ini, menjadi kenyataan. Moga Allah perkenankan.

Bagi saudara Islam yang di kasihi, yakinlah , percayalah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambanya. Allah tidak memungkiri janji-janjiNya. Koreksi diri kita bersama, di mana lagi kekurangan pengabdian kita kepadaNya. Di mana lagi kekurangan kepasrahan kita kepadaNya. Moga-moga semua kita umat Islam mendapat kasih sayang Allah. Allah sangat pemurah. Pemurah, sentiasa menjamin rezeki bagi kita. Sehinggalah bila rezeki kita sudah tiada lagi maka saat itu, kita perlu kembali kepadaNya, yang menjadikan kita. Moga kembalinya kita dengan iman dan Taqwa. Semua kita adalah calon-calon janazah. Baik atau buruk kesudahan, adalah pilihan kita. Kita di beri akal yang sempurna untuk memilih jalan-jalan taqwa.

Apa yang baik di ilhamkan oleh Allah s.w.t. dengan bantuanNya. Apa yang buruk adalah dari kelemahan diri ana sendiri. Moga yang baik buat tauladan, dan yang buruk di tinggalkan.

Allahu a'lam.

HUTANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ]

Islam tidak menghalang seseorang memiliki harta dengan berhutang. Bahkan kadang-kadang tanpa hutang tidak dapatlah seseorang untuk memperbaiki keadaan kehidupan bahkan lebih menyukarkan mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Persoalannya, hutang bagaimana yang dibenar dan sebaliknya hutang bagaimana yang perlu dielakkan. Tidak di nafikan dengan hutang, maka ketenteraman kehidupan sudah hilang. Hidup pula penuh dengan tekanan. Pantang tersilap sikit, anak isteri jadi mangsa sepak dan terajang. Ramai pula yang membunuh diri kerana hutang.

Hutang yang membelit pinggang kerana sikap seseorang itu sendiri. Keterlaluan dalam berlumba-lumba memperaga menyebabkan akhirnya terseksa. Ramai yang berbuat demikian, masih ada kenderaan yang sepadan dengan kemampuan dan keperluan, bila melihat di kiri kanan, jiran dan taulan, saudara dan rakan, jiwa yang membuak-buak membuatkan sanggup mengambil hutang lagi. Bahkan hutang lama masih dalam kawalan dan aturan pengurusan pihak yang diberi kepercayaan. Tidak serik, guna nama lain membuat hutang. Memang inilah sikap yang paling di takutkan.

Mungkin sesetengah boleh mengatakan, punyai kerja tetap dan pertolongan isteri dalam mencari perbelanjaan. Kata-kata ini, hanya boleh di pakai jika anda tidak diberhentikan. Jika anda tidak punyai masalah kesihatan. Jika isteri anda masih boleh memberi bantuan. Tiba-tiba.. jika sakit datang.., berlaku sesuatu di luar dugaan..., anda pasti teraba-raba mencari haluan. Sedangkan bila setahun sekali insuran dan roadtax perlu di hidupkan, keadaan sudah sangat menekan. Hutang bank yang melibatkan tanah di cagarkan, dan sering kali menjadi tunggakkan, sungguh merimaskan.

Jika ini yang di hadapi oleh kalian, soal diri , tanya diri adakah anda sebenar layak untuk membuat hutang..?. Hutang yang dibuat bukan yang berpadanan. Apakah hutang sebelumnya telah di selesaikan..? Tidakkah anda takut mati meninggalkan hutang..??

Ibubapa kita menghidupkan kita, tidak banyak mereka berhutang. Jika berhutang sekalipun mereka mampu membayarnya. Mereka hanya pesawah, penoreh getah, pekebun, pemesin rumput, penebang pokok,pemanjat kelapa mungkin penebas rimba. Semua mereka lakukan. Asalnya, hanya berbasikal, bermotor tapi berbelas anak mereka boleh besarkan. Tidak mereka punyai kenderaan besar dengan alasan anak ramai perlu membeli kenderaan besar. Bahkan kalian pula yang mengharap bantuan kewangan dari mereka. Sedang pangkat anda ada. Tetapi maruah anda tercampak kemana..?

Tetapi.. perangai kita..? Anak baru dua tiga orang, kita katakan perlu kereta yang besar. Maka perlulah buat hutang yang besar. Rumah perlu besar, kereta besar, hutang juga besar. Saat sihat bolehlah kita bertahan. Dalam pada itu, dalam masa yang kita katakan sihat, solat di lalaikan, rumah Allah jarang jadi tempat tujuan. Dalam perjalanan, solat.., mudah-mudah untuk di tinggalkan. Inikah di katakan mereka yang mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Masa habis mengumpul kewangan, baik siang juga malam. Bahkan ada yang berani membuat perkara salah. Al-maklum, hutang sudah membelit sekeliling pinggang. Kewangan yang besar perlu di dapatkan. Jika boleh dalam masa yang pintas, yang penting lepas.

Justeru itulah hakikatnya, hari ini keadaan sangat menakutkan. Mereka yang hilang kewarasan hasil keadaan demikian semakin hari semakin bertambah -tambahan. Sihat walafiat, hanya yang keluar dari mulut, tatkala hutang di tuntut, hanya mengatakan "saya dah tak kerja, macam mana nak bayar hutang.."

Jangan sampai anda menghadapi situasi demikian. Atur-aturlah perbelanjaan. Jika anda terus terusan mengejar persaingan, hidup anda pasti tidak akan tenang, sekiranya anda semakin jauh dari Allah s.w.t. Semakin jauh dari pengibadatan, semakin jauh..jauh sejauh-jauhnya dari hidup berkumpulan dengan mereka-mereka yang merasa nikmat dan keindahan mempasrahkan diri dengan ketawadukan yang tinggi pada Allah yang menjanjikan rezeki yang berterusan pada mereka-mereka yang bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan. Maka fikir-fikirkan mulai sekarang..

Allahu a'lam.

MENZALIMI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Samada sedar atau tidak, paling tidak rasa marah akan wujud di dalam hati meski pun seseorang itu tidak melenting bila haknya di zalimi. Sememangnya, tidak terasa bila terkena kepada orang lain. Namun bila terkena kepada diri sendiri sangat sukar kita menerimanya. Begitu juga, saat menzalimi orang kita tidak terasa, sebaliknya bila diri terzalim, baru kita dapat merasai azabnya.

Perjalanan kehidupan, kezaliman biasa berlaku. Baik di pejabat, antara orang berpolitik, antara keluarga dan sebagainya. Manusia mudah dan melulu dalam melakukan sesuatu, tetapi tidak sanggup untuk menghadapi kesilapan sendiri. Tanpa di sedari, ada diantara kita menyebut sesuatu perkara berat pada seseorang juga, tidak pula mendatangkan 4 orang saksi. Maka kita telah menzalimi orang tersebut. Sedangkan kita memandang ringan sahaja persoalan demikian. Begitu juga menfitnah seseorang apa yang tidak dilakukannya. Saat demikian kita telah menjatuhkan maruah orang tersebut dan menzaliminya.

Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Memang seronok melihat keaiban dan menjatuhkan seseorang, lebih-lebih lagi kedengkian bersarang di hati. Namun, apakah keseronokan ini akan kekal, sedangkan azab menanti atas perbuatan tersebut. Meskipun seorang itu di kira jahat di mata manusia, belum tentu kejahatan mereka itu berkait dengan manusia. Itu antara mereka dengan Allah s.w.t. Sekiranya mereka bertaubat, terhapus dosa mereka, jika Allah mengkehendaki. Namun, kezaliman manusia ke atas manusia yang lain, tidak hilang begitu sahaja. Sehinggalah diminta ampun kepada orang tersebut, di samping mengembalikan hak mereka jika telah di ambil dan digunakan. Tidak selesai memandang mudah dan memaksa seseorang mengampunkan dengan ayat "sedangkan nabi ampunkan umat". Ramai yang suka bermain dengan kalimah ini, sedangkan mudah sahaja melakukan sesuatu fitnah dan kezaliman pada seseorang. Bila hati tidak tenteram, maka seolah-olah mengelak dari kesalahan yang sering di lakukan, maka ayat ini yang selalu di gunakan. Semudah itu kah..?

Dalam riwayat Ahmad “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767)

Dalam riwayat Ahmad yang lain: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya) . (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767).

Bukan semudah itu Allah membiarkan kita berbuat sesuka hati dibumi Allah ini. Buat ikut rasa selesa dan kehendak kita, tanpa di sandarkan sebenar-benar dengan garis syarak. Selesa kepada kita, belum tentu selesa pada orang lain.

Apakah orang-orang yang suka melakukan kezaliman bebas dan lepas begitu sahaja. Orang-orang yang mengambil dan menguna hak orang boleh selesa dan berlapang dada begitu sahaja. Di mana keadilan Allah, jika membiarkan orang yang di zalimi menderita, sedangkan orang-orang yang melaku bebas begitu sahaja. Pastinya dengan sifat keadilan Allah, maka semua kita akan di kembalikan kepada Allah dan akan menerima akibat dari laku kita di dunia.

Firman Allah:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ # فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

(maksudnya) maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (Surah al-Mukminun ayat: 115-116).


PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulama' tentang adil:

1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:

1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.

Keadilan sangat penting ditegakkan. Bila berlaku ketidakadilan, pastinya akan berlaku perselisihan, kedengkian dan sebagainya. Pada yang benar, menuntut hak, pasti akan juga menerima akibat kemarahan, ke salah sangkaan, seolah mereka juga berdengki. Namun untuk mengelak keadaan lebih buruk, mereka selalu mengalah. Mereka sedar, Allah tetap ada dan pasti Allah tidak menyia-yiakan pahala orang-orang yang bersabar. Tidak selamanya mereka terluka. Mereka yakin dengan petunjuk dan janji-janji Allah. Firman Allah -

وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Ertinya:
Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya). (Surah Al-Baqarah ayat 213)

Mereka yang di zalimi tidak perlu khuatir. Meskipun menuntut hak tiada dosa dan salah. Namun bersabar lebih baik. Manusia yang suka mendapat sesuatu di dunia, tidak sebanding dahsyatnya apa yang mereka dapat di akhirat jika mereka mengambil hak orang lain serta menzalimi mereka. Begitu juga, apa yang tidak di dapatkan oleh orang yang di zalimi, mereka juga akan mendapat ganjaran jauh lebih baik atas keredhaan dan kesabaran mereka atas kezaliman yang berlaku pada diri mereka. Mereka yang menzalimi lengah dan lalai sedang tidak bagi Allah s.w.t.

Firman Allah:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ # مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لاَ يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاء

(maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).

Bersamalah kita bermahasabah diri, andaikata kita pernah menzalimi orang lain, kembalikan hak mereka semula, sebelum nafas kita semua terhenti. Semoga kesedaran demikian menyelamatkan kita semua kembali kepada Allah dalam keadaan yang sejahtera.

Allahu a’lam.