Perancangan Allah s.w.t. sangat baik bagi hamba-hambaNya. Cuma kita yang tidak dapat mengandaikan kebaikan di sebalik ketentuan tersebut. Lama rasanya tidak dapat menumpukan pada blog. Ye.. apabila di arahkan bertukar tempat kerja, saat awalnya sangat mencabar perasaan. Mula-mula di arahkan ke Johor. Termenung sejenak, samada nak terima atau tidak, lantas selepas istikarah, terasa indah mimpi-mimpi yang datang.
Diam tak diam, terima juga. Namun perancangan Allah sangat cantik, bila mana ada yang menolak ke Shah Alam, lantas taqdir Allah ana bertukar ke Shah Alam. Alhamdulillah, dekat sikit, walaupun agak jauh jua dari rumah. Mula-mula terpaksa berkorban duduk bujang. Al maklum petang rabu dapat berita, hari isnin sudah kena melapor ke tempat baru. Kelam kabut ana mencari tempat tinggal di Shah Alam. Nak menyewa rumah, masyaAllah, mahalnya atas seribu jika rumah teres lama sekalipun. Flat yang dalam enam tujuh ratus, ada, agak jauh dari pejabat ana. Maka ana mula-mula tinggal bersama adik-adik yang menyewa tak jauh dari pejabat ana. Alhamdulillah, naik motosikal tak sampai 3 minit. Syukurlah.
Dari satu rumah sewa ke rumah sewa ana booking, semua adalah flat dan apartment. sebaik telah booking lori sewa untuk ke Shah Alam, ke sebuah apartment yang agak lama, entah kenapa pagi itu ana dapat cari rumah teres. Subhanallah, benarnya janji Allah. Rumah ini pula saling tak tumpah seperti apa yang ana mimpikan. Sesampai di depan rumah tersebut, secara spontan, mulut ana berkata, Ya Allah... inilah rumah yang ana mimpikan waktu buat istikarah untuk menerima pertukaran ini dulu.... sungguh roh ana telah sampai dulu di sini. Ana yakin, pasti ada sesuatu kebaikan di sisi Allah untuk ana, InsyaAllah.
Atas kesibukan pertukaran ini, kemudian angkat barang, tinggal barang untuk pergi kursus 4 hari, kemas pula, membatasi masa untuk membuka komputer... rindu untuk menulis blog. Rindu lagi pada madinah, kerana teringat-ingat bumi suci itu, bila kekadang suasana hening di sini mendatangkan ketenangan dan ingatan ke sana.
Sungguh, jika Allah berkehendak, pasti terjadi. Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... terima kasih ya Allah...
No comments:
Post a Comment