Indahnya kalimat ini...
“Kami begitu menyayangi ayah…sangat menyayanginya. Kami mentaati keinginannya kerana kami sayang kepadanya, bukan kerana kami takut kepadanya. Sehinggakan setiap ayah pergi, kami akan merasa kehilangannya.”
Kalimat ini adalah petikan dari buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna (2008), yang dikatakan oleh anaknya (Ir Roja).
Ya... Inilah nilai diri seorang ayah yang mulia dengan akhlaknya. Dengan akhlak yang demikian, ayah itu berjaya membentuk anak-anaknya.
Hari ini kita biasa melihat, ibu-ibu menurunkan anak di Sekolah agama, dengan pakaian yang begitu seksi sekali, menghantar anak-anak ke Pengajian Quran, walaupun diri seorang yang di puja peminat di sana-sini.
Sememangnya perbuatan demikian itu baik dan wajib di teruskan mendidik anak-anak dengan didikan agama, moga-moga usaha demikian mendapat keberkahan dari Allah yang akan mencairkan hati yang tidak mahu berubah kepada akhlak Islam yang sebenar.
Seorang ayah yang merokok juga tidak mahu anaknya merokok. Bahkan sanggup merotan anak kalau merokok. Ayah yang biasa merempit di waktu mudanya, juga tidak mahu anaknya merempit. Syukurlah ayah tadi panjang umurnya, ada kesempatan untuk melakukan taubat nasuha. Namun, apakah boleh menjamin si anak tadi juga sempat melakukan taubat nasuha..?
Begitulah sebenarnya, setiap orang inginkan kebaikan. Seorang lelaki jahat juga berhasrat beristerikan perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya. Mereka tahu apa baik dan apa yang jahat. Sememangnya itu lumrah dan fitrah diri seorang manusia itu sendiri. Cuma keangkuhan yang menebal. Alasan-alasan di cari untuk membenarkan tindakan demikian, sedang hati di dalam , kebenarannya... tidak tenang setiap kesalahan yang dilakukan...
Untuk mendatangkan hormat anak pada ibubapa hari ini sukar sekali. Mendatangkan sifat memuliakan guru juga, jauh sekali. Bahkan anak-anak hari ini, sanggup mengherdik orang tua, memekak telinga bila disuruh dan ketika berbicara, merosakan kenderaan guru bila ditegur dan didenda. Inilah sifat yang ada pada hari ini. Anak tidak lagi hormat pada orang tua, hanya mungkin takut sekali sekala, takut juga bukan kerana apa, takut tidak dapat wang belanja. Itu sahaja..
Begitu lah hakikat yang sebenar yang perlu kita faham. Tidak ada perkara salah yang akan mendatangkan ketenangan..
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment