Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, December 18, 2010

KEMANA KITA HENDAK PERGI?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Kalimah di atas sangat menarik bila di renung dan difikirkan tentang kasih sayang Allah yang tidak pernah kunjung padam kepada hamba-hambanya. Hanya mereka yang mengenal erti keikhlasan yang dapat merasakan betapa hebatnya kasih sayang Allah terhadap kita sebagai hamba-hambaNya. Hamba yang ikhlas dan menyangka baik kepada Allah akan memberi keberuntungan kepada diri sendiri. Terasa bahagia apabila disayangi. Terasa nikmat apabila melepasi setiap yang Allah uji. Terasa bertuah apabila mendapat sesuatu yang jauh dari apa yang dihajati. Itulah satu pemberian yang sudah tidak ada tolok bandingnya lagi. Mendapat kasih sayang dari Illahi...

Indah serasa hidup ini, kemana sahaja pergi seolah-olah ditemani, biarpun seorang diri. Tidak semua dapat merasakan begini. Sedangkan Allah itu lebih dekat dengan kita dari urat leher sendiri. itulah yang disematkan oleh ustaz ke telinga kita, dalam kuliahnya di sana sini. Namun tak juga sedar-sedar kita ini.

Setiap kali di timpa ujian, kesusahan, kesakitan, kita gelabah mencari-cari yang boleh memberi pertolongan. Umpama isteri sakit untuk bersalin, cemas dan bergegas-gegas membawa ke hospital atau menalipon ambulan. Sedangkan saat demikian, kita lupa Allah di sisi, kita lupa meminta keselamatan dari Allah yang menjadikan kita ini. Lupa untuk menadah tangan yang diberi. Mohon pertolongan dari Illahi. Tidak mungkin kita selamat jika tidak diizinkan oleh Tuhan yang menciptakan. Lupa kita menadah tangan bermohon keselamatan pada Allah sedetik setelah diuji. Allah bukan dahulu yang dicari, begitu kan kita ini..?. Ini yang dimaksudkan yang sering terjadi dan ianya amat benar sekali.

Lantaran demikian, bagaimana kita ini... siapa sebenarnya yang kita cari. Barang apa yang dimatlamati. Perkara apa yang di kejari. Untuk apa kita berbuat begitu dan begini. Letih tidak terperi, membuat itu dan ini, namun untuk apa... ada yang sanggup tinggal solat, dengan alasan tak larat, tak sempat, tak bersemangat. Sedangkan kita gagal memberi masa untuk diri mengabdi padaNya. Sedangkan itulah matlamat manusia di cipta.

Oh... ramai yang kosongnya pengisian rohani. Hidup tidak memberi sedikit erti untuk persediaan kehidupan yang kekal abadi. Dan jangan pula kita lupai, bahawa kehidupan sebenar bermula sedetik sahaja lepas umur kita ditamati..... iaitu sedetik selepas kita MATI..!!!

Itulah sebenar-benar kehidupan yang perlu kita lalui yang tiada lagi henti......

Waspada mulai hari ini....


Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment