Malam tadi sewaktu hendak tidur, fikiran ku melayang…
andainya esok aku tiada lagi di dunia ini, mampukah aku bergembira meninggalkan
anak-anak yang masih belum ada jaminan berada terus menerus di jalan taqwa… apa
lagi diri ini. Kita tidak mendapat
jaminan, sebagaimana Rasulullah s.a.w. , keluarga baginda, sahabat-sahabat
baginda… mereka di jamin dengan syurga Allah.
Siapa kita untuk mangakui banyak dan baiknya amalan kita. Siapa
kita untuk merasakan amalan yang dibuat pasti diterima… namun bersangka baik
dengan Allah.. tugas kita, menurut apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan
apa yang dilarang…
Gelodak jiwa memikirkan hari ini berbagai kekhuwatiran, bimbang apabila mati datang tiba-tiba, kiamat
terjadi sebagaimana yang dijanjikan Allah. Bagaimana persediaan…. Mereka masih ketawa, seolah hilang terus
dari ingatan mereka, bahawa hari pengadilan akan tiba, hari penyesalan akan
menjelma, hari penentuan akan dirasa…
Ya Allah… lindungi lah seluruh keluargaku, umat islam
keseluruhannya dari kemunafikan dan kesyirikkan. Kembalikan kami dengan hati
yang tenang tenteram dalam keadaan istiqmah di jalanMu ya Allah…
Bimbang…bimbang…. Melihat
kiri dan kanan, depan dan belakang. Masih lalai manusia membicarakan hal
keduniaan, umpatan yang berpanjangan terhadap insan-insan yang dibencikan. Pangkat
dan gelaran menjadi kejaran, hingga sanggup bermusuhan dan berpijak-pijakan…
Ngeri melihat demikian… manusia memang suka melakukan
kerosakan.. kembalilah kepada Tuhan, aduhai insan….
No comments:
Post a Comment