Siapa
kawan anda?... cukup 40 hari anda duduk
di Kelantan, insyaAllah anda bisa bercakap Kelantan. Begitu juga jika anda berada di negeri lain, anda akan mengikut loghat orang tersebut. 40 hari anda bersama seseorang, anda akan
mengikut "style" orang tersebut..
Jadi siapa
kawan anda… jika 40 hari anda berada bersama orang-orang ke masjid, insyaAllah
anda menjadi orang masjid.
Berturut-turut anda melakukan satu perkara selama 40 hari, anda akan
dikuasai apa yang anda lakukan…
Pentingnya
40 hari tersebut.. jika demikian, lakukan apa sahaja yang baik-baik dalam
tempoh 40 hari berturut-turut. InsyaAllah, anda akan mahir dalam perkara
tersebut.
Jadi elakkan
meninggalkan sesuatu yang baik dan bermenafaat
dalam tempoh 40 hari. Seperti, mendengar majlis ilmu, membaca al-Quran,
melakukan amalan sunat, berkata yang baik-baik…. Bimbang anda akan kehilangan
sesuatu yang sangat berharga.
Begitu
juga, elakkan berbuat sesuatu yang tidak baik berturut-turut selama 40 hari.
Bimbang anda akan menyesal nanti…
No comments:
Post a Comment