Kita tidak boleh menafikan Kiamat pasti berlaku kerana ianya adalah rukun Iman. Cuma tarikhnya yang kita tidak tahu. Menolak sama sekali kejadian kiamat adalah tidak betul.
Apa yang membuat kita terpanggil yang menuntut kita membuat persediaan kebaikan agar kematian kita yang menjemput yakni kiamat kecil pasti berlaku bila-bila masa jua yang juga tidak kita ketahui tarikhnya.
Justeru itulah, bila mendengar keadaan yang mengingatkan kita bahawa dunia pasti berakhir, apakah kita terus menerus dalam keadaan maksiat, bergelumang dosa, membuka aurat, meninggal solat dan segala macam perkara yang mengundang murka Allah..??
Memang ada yang panas hati mendengar peringatan agama, dengan alasan menakutkan mereka, mengencangkan denyutan jantung mereka yang sedia sakit dan berbagai lagi alasan kemarahan mereka. Apakah cukup itu sahaja, tanpa kembali bersedia menghadapi saat-saat mati dan kiamat itu dengan penuh persediaan keimanan dan ketaqwaan. Sebagai umat islam, kita percaya adanya hari pembalasan, adanya syurga dan Neraka… Lantas… apa persiapan kita..!!
No comments:
Post a Comment