Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, December 07, 2012

HILANGLAH LAZAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari-hari mendengar rakan-rakan sakit. Rakan-rakan meninggal dunia..  masa ini lah kita  semakin dapat merenung betapa lemahnya kita sebagai manusia. Sifat fana yang ada, akhirnya sampai ke kemuncak kemusnahannya.
                Masa seperti inilah,  kita merasakan betapa ruginya masa sihat yang berlalu dengan sia-sia, yang diperguna mencari harta dunia, yang semakin melemahkan jasad kita, memamah usia kita, memakan kesihatan kita. Segalanya kini sudah tidak nikmat lagi… semuanya telah hilang keinginan. Bila sakit datang tiada lain difikirkan, hanya fikirkan perlukan SIHAT semata.
                Masa seperti ini lah kita merasa apa sahaja yang lazat sebelum ini semua sudah tidak lazat.  Makanan sudah tidak lazat, duit yang banyak bukan boleh membeli sihat walau bertimbun dibeli ubat. Tidur yang nyenyak sudah tidak didapat menanggung sakit meskipun tilam tebal bertingkat.
                Apalagi pangkat, bila sakit orang pandang pun mula meluat.  Yang selalu mengangkat kini semakin tidak mahu dekat. Bagi mereka pasti ada orang lain yang akan mengisi tempat.         
                Begitulah adat. Hilang sihat hilanglah lazat. Maka kepada Allah lah kembali segala tumpuan dan ibadat. Itu pun kalau masih sempat. Sayangnya ramai yang telah terlewat….
                Justeru itu, ayuh teman, jangan berlengah lagi, kembali menghitung diri, kembali mencari Illahi, agar hidupmu sentiasa diberkati…..

No comments:

Post a Comment