Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia.
Semakin hari makin nampak kepujian orang kepada seseorang itu. Tidak dinafikan ia seorang yang memang hebat. Hebat dalam mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan. Cepat bertindak dengan sebarang yang diarahkan. Hebat manusia begini, itulah dia di mata manusia yang membuat penilaian sebegini.
Di sudut lain, eh.. ada pula yang mengutuk dia, rimas..keluhan sebahagian. dia aje yang betul, orang lain semua salah. Cakap dia aje nak dengar. Macam kuku besi. Dah balik haji pun, perangai begitu juga.. tak berubah..! itulah komen dari mereka yang bergelar manusia.
Inilah hakikat dunia hari ini. Sememangnya dalam setiap tindakan kita, ada yang menyokong dan ada yang menentang. Begitulah kebenaran dari apa yang diberitahukan oleh Rasul S.A.W. junjungan yang mulia. Memang benar... Hidup kita, perlulah mengikut garis syarak. Barulah kita selamat dunia dan akhirat. Jika kita melakukan kerana inginkan di sebut di mata manusia, dimata manusia juga kita akan dihina. Nauzubillah.
Begitulah.. carilah keredhaan Allah dalam setiap ketika dan setiap tindakan, walaupun manusia marah. Tidaklah perlu kita beriya-iya mematuhi sesuatu kerana manusia, kerana pangkat kita, lebih-lebih lagi jelas bertentangan dengan arahan syarak yang digaris pandukan.
Perlulah kita ingat, bila kita memelihara Allah, maka Allah pasti akan memelihara kita di mana sahaja kita berada. Pokok pangkalnya, bagaimana kita berhadapan dengan situasi demikian, adakah tetap kita pertahankan nilai kesucian yang dipandu oleh al-Quran dan Sunnah.
Moga, selamat kita semua dalam lindungan Allah s.w.t dengan limpahan rahmatnya yang sentiasa. Ameen.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment