Tersenyum ku mendengar seorang kawan yang agak cemas menalipon ku pada awal Muharram baru ni.. oh… masuk je tahun baru islam… maka 5 hari lagi usia ku akan bertambah mengikut kelender masihi. Pada 15 November 2012 ( 1 Muharam) 1434H) barulah ku ketahui, bahawa kebanyakan kawan2 sekolah ku mengira aku sudah tiada lagi di dunia ini…
Patut pun kakak ku mengatakan ada seorang kawan yang mencari ku di kampung. Namun macam pelik aje caranya… apapun Alhamdulillah… mengikut kelendar masihi, pada 20 November 2012 usia ku berganjak lagi. Maknanya hari ini, aku masih diberi nafas oleh Allah s.w.t untuk terus mencari keredhaannya… Alhamdulillah…
Memang apabila kebenaran bahawa aku masih hidup diketahui pada 15 November 2012 itu , kawan2 nampaknya sedang membicarakan seorang rakan yang dua hari sebelum itu meninggal dunia.. ya… aku ingat rakan tersebut. Malah Ku mendoakan di dalam hati kesejahteraan roh Allahyarham… namun aku tidak menonjol sangat untuk memberi sebarang komen….
Dan sehari dua ini, seorang lagi rakan sekolah ku meninggal dunia… ia… KEMATIAN… bicara kematian, adalah suatu PERINGATAN.. Apabila kita mendapat tahu berita kematian, itu tandanya amaran buat kita , bahawa Kematian KITA… semakin hampir…
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
surah آل عمران AYAT 185
No comments:
Post a Comment