Masih terasa suasana berada di Haramain sejak mula bertolak 9 Feb hingga lah kembali 23 Febuari 2013 yang baru sahaja pergi...
Teringat ana, rentetan berbagai perkara yang memberi keinsafan, betapa kita ini hamba Allah yang tidak dapat lari dari ujian yang telah ditentukan Illahi... Terkenang...... suatu ketika...
Ramai yang mengeluh, apabila berhadapan dengan kehilangan
wang, hand phone dan beg tangan. Sedih juga melihat 3 hari berturut-turut 3
orang wanita tidak tentu arah mundar mandir ada yang menangis,.. ana fikirkan
apa… rupanya mereka tengah sujud kehilangan tas tangan mereka.
Apa yang ana boleh lakukan hanya istiqfar sahaja pada Allah… sungguh, semua ini bagi ana penyucian hati,
jiwa dan harta. Baik pada yang melihat atau yang menghadapinya.
Teringat ana, 4 tahun lepas ana kehilangan wang belanja ana
dan anak-anak berempat. RM2,000.00 yang dikumpul hilang di hari sampai di
Makkah. Namun sedikit tidak membuat ana rasa gelisah, melainkan ana Cuma terfikir
ini adalah ujian Allah. Ana tidak
bimbang, kerana bagi ana, hotel dan makan minum telah termasuk kesemua dalam
harga pakej. Cuma berpesan pada anak-anak, kali ini kita tidak perlu membeli ye... Makan aje apa yang ada…. Mereka akur… Cuma
si adik rasa terkilan kerana telah berjanji dengan kawan-kawan sekolah…
Cuma ana memberitahu rakan petugas travel yang wanita, wang
tersebut hilang. Sekelip mata tiba-tiba
tidak disangka ustaz yang menguruskan ana sewaktu bersalin di makkah 4 tahun
sebelumnya pula datang memberi wang RM1,000.00.
kutipan derma dari jemaah pun di
beri oleh petugas tersebut. Dan terjumpa jiran yang membawa travel lain juga memberi
RM1,000.00.
Oh Tuhan, sekelip mata, ana mendapat lebih dari yang hilang….
Itulah janji pertolongan Allah… ada rasa
pelik dan terharu juga dengan datangnya pertolongan Allah segera dan tidak
disangka-sangka.
Setelah melihat 3 kejadian kehilangan tas tangan sewaktu
bersujud, ana dikhabarkan beberapa orang pak cik dan mak cik hilang wang dan
hand phone dalam perjalanan ke masjid.. ada lagi berita, sehari sampai di
Madinah seorang jemaah kehilangan wang RM3,000.00 berserta IC, kad kredit,
kad-kad ATM, lessen memandu dan apa sahaja dalam dompet. Menurut cerita, seorang lelaki berbangsa
negro telepas plastik berisi barang,
minta di tolong kutip. Pak cik ni tolong
lah… kemudian, bila orang itu berlalu,
dirasa dompet dalam poket hilang … apa lagi… bayangkan perasaannya tika itu..
Ana mendengar terus mendengar, betapa semua ini, satu ujian
dari Allah, professional sungguh mereka yang melakukan. Namun ini semua satu bentuk pengajaran yang memberi
satu peringatan untuk mereka yang datang ke sana…
Tidak di sangka dalam berhati-hati, ketika ana menunjuki
rakan rakan sebilik kedai kurma, sebaik
ana meletak telefon di dalam poket, hati ana rasa berdebar tak sampai seminit. Membuat
ana merasa poket, sah…….. telefon ana
hilang. Sekelip mata sahaja…
Ana terus menoleh belakang, ana tenung satu-satu muka
orang-orang disitu… ana terlihat seorang wanita india mendukung bayi menghulur hulur tangan meminta sedekah tidak jauh dari situ, ana
terus pergi kepada nya… tiba-tiba ana bersuara,
“ anti la tahaf Allah…. Ana
mengulangi berkali-kali sambil menunjuk ke Masjidil Haram…. Tidak terduga oleh ana, dia mengeluarkan
telefon ana dari bajunya dan menyerahkan kepada ana, terus melarikan diri
bersama bayinya di celah-celah kereta yang banyak di kiri dan kanan jalan….
Subhanallah….. 2x ana
diuji oleh Allah… dan mendapat kembali
apa yang hilang…
Ana bersyukur kepada Allah.. namun ana belajar dari
peristiwa-peristiwa demikian, bahawa, Allah ingin melakukan pembersihan dan
menguji kebergantungan kita kepada Allah….
Mereka semua itu hanya Allah kirimkan pada insan seperti ana.
Ya Allah… ampuni kami semua… kami datang menyahut panggilanMu
ya Allah…..