Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, January 28, 2013

TUMPANG MAHRAM

بسم الله الرحمن الرحيم 



Macam-macam  pendapat  dan kemungkinan-kemungkinan yang  di agak-agak, kenapa Arab Saudi tidak membenarkan kaum wanita tumpang mahram.

Memang terlalu menyedihkan sebenarnya, lebih-lebih  ada keluarga yang dijangka pergi bersama terpaksa mengundur diri atas keadaan ini.

Percayalah semua perkara tidak akan berlaku tanpa  keizinan Allah. Dan berlakunya satu-satu perkara itu tersembunyi hikmah yang sangat besar.

Mungkin ada yang tidak dapat menerima keadaan tersebut, lebih-lebih mereka fikir, tidak terjadi pada diri, senanglah cakap.

Apapun keadaannya, berbalik kepada perkara dasar, semua itu ketentuan Allah. Penyebab-penyebab tersebut sahaja yang jadi melalui manusia dan masalah-masalah terknikal. Ye lah… tiada satu perkara pun terjadi secara kebetulan. Tidak juga terjadi satu perkara, hatta sehelai daun kering jatuh ke bumi melainkan dalam ketentuan Allah s.w.t.

Cukup berat dan sedih jua perasaan ini, bila mana adik ipar sendiri terpaksa berendam air mata, mengundur diri. Namun hikmah di sebaliknya… in sya Allah, dia akan pergi bersama-sama suaminya yang tercinta selepas ini. Moga kali ini, ketentuan yang jauh lebih baik untuk dirinya.

Tumpang mahram ini, tidak dibenarnya  sememangnya secara peribadi, ana menyokongnya.  Ini kerana,  lebih-lebih lagi mengikut nasihat agama... juga  diri ini pernah mengalami kesukaran yang teramat untuk melepasi imigresen Jeddah,  7 tahun lepas bila mahram tumpang,   balik ke Malaysia meninggalkan ana dan emak kerana  menghadapi satu masalah  yang tidak dapat untuk di elakkan.

Bayangkan, bila ana ditakdirkan bersalin belum masanya, ditambahi anak meninggal dunia di sana, maka  ditinggalkan mahram tumpang terlalu perit melepasi  imigresen Jeddah dalam keadaan baru lepas bersalin..  Atas dasar masalah ana itulah,   Tahun itu, ada juga dengar desas desus arab Saudi  mengenakan  arahan yang  sama seperti sekarang di mana tumpang mahram tidak dibenarkan.

Bukan setakat melepasi imigresen, tetapi untuk urusan mengebumikan  bayi yang meninggal dunia, agar dituntut di hospital Arab Saudi pun satu masalah juga. Namun semuanya mendapat pertolongan Allah yang sangat menakjubkan. Masalah yang diberi jalan keluar yang sangat  besar kurnianya dari Allah s.w.t. itulah hikmah nya sekarang, bila selepas dari itu, setiap tahun Allah s.w.t mengizinkan ana kesana untuk  ditemani dgn mahram anak lelaki sulong ana.  Berkali-kali anak sulong ana menziarahi  kubur adiknya di  al ma’la. Dimana tempat isteri RAsulullah s.a.w. di semadikan… MasyaAllah… hebatnya ketentuan Allah….

Atas dasar inilah, maka secara peribadi, bagi ana,  apa yang dikenakan syarat bermahram yang sah,   untuk  ke Makkah dan Madinah adalah wajar..   jika tidak, terjadinya masalah wanita sakit, mampukah  dijaga, ditemani, dan tukar pakaian luar dan dalam oleh orang lain… maka tiadalah syarak membenarkan perkara demikian…


Sunday, January 20, 2013

ADUHAI... BERUNTUNGNYA KAMI

بسم الله الرحمن الرحيم 

Qasidah yang membuat kian rindu dengan Nabi Muhammad s.a.w...







Friday, January 11, 2013




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِن تُبْدُوا شَيْئاً أَوْ تُخْفُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً




Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu.   (Al-Ahzab : 54)



Ada waktu kita merasa sedih dan seolah-olah kita rasa betapa seksanya hati.. apatah lagi jiwa terumbang- ambing  memikir kemungkinan demi kemungkinan.

Namun percayalah, Allah sentiasa mengetahui keadaan hamba-hambanya. Dialah penolong kita, Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang dilahir dan di sembunyikan.

Terus –terusan lah bermohon kepada Allah. Allah amat pemurah dan menyanyangi hamba-hambaNya. Lebih-lebih mereka yang beriman dan bertaqwa….