Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, September 12, 2010

LELAKI DAYUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ... (Surah An-Nisa', ayat 34)

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu di pikul agar memastikan anak dan isteri nya sentiasa mengikut akan titah perintah Allah. Sayangnya hari ini, fenomena lelaki 'sporting' terlalu ramai hinggakan ada isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untu memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي


Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari. Bahkan ada juga suami yang rela isteri menumpang kereta jiran ke pejabat dalam keadaan berdua sahaja.

Paling menyedihkan kadang-kadang seorang bapa baru selesai solat atau kuliah di masjid, menghantar anak dengan moto yang berpakaian sangat seksi atau mungkin, sebahagian pinggang terkeluar dari baju dan seluar bila menunggang motor si ayah tadi. Tidakkan ianya sangat mencacat dan mencederakan kesucian islam itu sendiri, seorang ayah yang berkupiah, tergamak membawa anak yang menentang hukum Allah. Di mana kepimpinan seorang ayah yang bergelar lelaki..

Sedikit sebanyak, mari bersama kita fahami apa yang di maksudkan dengan dayus...

1) Sabda Nabi : -


وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Syawal yang menjelma benar-benar memberi erti nilai puasa kita tempoh hari. Jika kita tergamak mengadaikan keimanan yang dibentuk dalam bulan ramadhan, cuba-cubalah renungkan nilai puasa kita di sisi Allah s.w.t. Betapa sedih, nabi kita rasul junjungan yang mulia melihat tingkah laku kita semua.
Allahu a'lam.

KESEDIHAN DI HARI RAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menitis air mata bila berakhirnya ramadhan. Menitis juga air mata kecewa bila syawal yang menjelma, saat orang-orang beriman kembali kepada fitrah semula bagai bayi yang di lahirkan, di depan mata kita saudara-saudara kita, anak-anak saudara-saudara kita masih mengekalkan jahiliah mereka. Mereka tidak lagi menjaga aurat, malahan berani berinteraksi dengan ipar duai dengan tidak menutup aurat. Bahkan masing-masing mempamerkan baju glamour mereka bagai artis lagaknya. Mempamirkan susuk tubuh yang kononnya telah turun beberapa kilo dari sebelumnya. Mempamirkan muka yang telah dibedak dan cantikkan dengan berbagai peralatan dan ubatan yang mencantikan kulit. Sayang sekali, yang mempamirkan juga adalah mereka-mereka begitu aktif di FB mem'postingkan' kata-kata seorang yang bertaqwa. Memanjangkan kata-kata al-Quran, hadis dan orang-orang yang alim.

Pelik juga mereka-mereka yang istiqamah di jalan agama, meraikan mereka-mereka dengan senyum manis, layanan mesra seolah tiada salahnya apa terlaku sedemikian rupa, tanpa mencari helah tidak menyetujui perbuatan yang melawan fitrah suci dan keampunan yang dijanjikan Allah bila berakhir puasa.

Terasa hambar bila hari raya di selaputi dengan percampuran bebas, salam-salaman tanpa batas, pamir mempamir apa di hias, baik di rumah, di badan atau di paras. Sungguh benar apa yang di katakan oleh ustaz-ustaz di kuliah mereka sebelum ini, menyebut tentang maksud hadis ramai yang berpuasa mendapat hanya lapar dan dahaga. Begitu juga bila berakhirnya puasa, alangkah ruginya jika tidak mendapat keampunan dari Allah s.w.t. Apa yang mereka seronokkan memohon keampunan dengan manusia dalam keadaan berbuat dosa kerana beraninya mereka bersalaman tanpa batas walaupun mereka sudah sangat faham tentang hukum hakam tersebut. Disebabkan bergembira bagi mereka di hari raya, adalah bergembira bila dapat bersalaman dengan mereka-mereka tanpa mengira batas dan usia, sejenis atau sebaliknya. Yang penting bagi mereka, raya adalah hari bersuka ria.

Biar di nasihatkan tersengih sahaja lagaknya... inilah hakikatnya manusia-manusia yang selalu lupa dengan peringatan-peringatan dari Allah s.w.t. Cuma ingatlah rakan sekalian, janganlah kita termasuk dalam kaum-kaum yang menyesal, yang telah Allah ingatkan pada kita berulang kali, seperti dalam ayatnya:-(sajdah:12)

وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

Allahu a'lam.


Thursday, September 09, 2010

BULAN MULIA YANG TIDAK DIMULIAKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sempat ana berbicara dengan seorang Non Muslim sehari sebelum bercuti sempena hampir hari raya, tatkala berurusan tentang pinjaman yang dijaminnya. Apa yang membuat ana rasa teruja apabila ana menceritakan indahnya sebagai seorang islam kepadanya membuatkan dia mengesatkan air matanya. Indahnya akhlak seorang yang benar-benar berpegang kepada Islamnya pasti siapa juga akan terharu. Contoh dekat yang beliau sendiri mengakui ialan Tuan Guru dan sempat juga beliau menceritakan kawan dia tatkala bertemu tuan Guru di Kelantan, Tuan Guru sendiri yang menghidangkan air untuknya.

Itulah yang ana katakan, sekiranya kamu ingin melihat kecantikan islam, jangan lihat pada orang melayu yang melanggar hukum tuhan. Kamu boleh lihat, mereka yang berpegang teguh dengan islam. Ana juga katakan
" لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ "
maksudnya " Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); [Surah al-Baqarah : 256].

Menghargai dia yang berkorban membayar hutang seorang melayu islam yang tidak mampu, ana memahamkan beliau, kadang-kadang apa yang berlaku itu taqdir Allah s.w.t. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kamu berbuat baik, berkemungkinan suatu hari, hati kamu akan dibukakan Allah s.w.t untuk menerima hidayah dan petunjukNya. Apa lagi yang lebih baik dari kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Jika sesuatu yang kita rupakan, kemudian kita angkat, lalu dia jatuh berkecai, tidak mampu menolong dirinya sendiri, bagaimana mungkin dia dapat menolong kita. Allah yang maha hebat, tak terjangkau panca indera kita melihatNya. Selagi boleh lihat itu bukan Tuhan. Allah sahaja yang boleh membantu kita.

Kamu susah hati ker, tanya ana dengan nada yang agak simpati dan tenang. Ana bermaksud, beliau susah hati ker dalam berbuat kebaikan membayar hutang orang lain. Ana katakan dia sudah membuat satu kebaikan. Orang islam sendiri pun belum tentu boleh membayar hutang orang islam yang lain, jika sekiranya mereka bukan orang yang benar-benar yakin dengan janji Allah. Ana mengatakan, 'saya mengharapkan suatu hari kamu akan mendapat hidayah dari Allah..".

Menitis airmatanya dan dia mengelap dengan tangannya tanpa tisu atau sapu tangan. Ana terasa satu keheningan dan ketenangan, dalam suasana berurusan dengan orang, namun diberi ruang oleh Allah, melakukan tugas-tugas sebegini yang boleh mengetuk pintu hati seseorang dengan indahnya islam.

Sebaliknya bila pulang, ana ke mesin ATM Bank Islam untuk mengeluarkan derma kawan-kawan yang di sumbangkan ke fakir miskin melalui akaun bank ana yang lain. Sangat mendukacitakan seorang remaja perempuan melayu dengan 2 lelaki remaja melayu juga ke tempat yang sama. Perempuan dengan seluar pendek menyerong di atas peha, alangkah sedihnya ana melihat gurauan mereka. Kemudian, kad nya jatuh menonggeng pula depan remaja lelaki tersebut. Kali ini masa tidak mengizinkan ana ingin berbicara juga rasanya dengan mereka. Namun hati ana tidak merasa senang, kerana sekurang-kurang ana boleh mengeluar sepatah dua kata. Biasanya remaja boleh menerima, bahkan selama inipun mereka boleh mengucap terima kasih kerana mengingatkan mereka.

Jikalah semua ibubapa boleh menganggap anak orang lain seperti anak sendiri, sayangkan mereka dengan erti kata sayang agar mereka tidak melalui jalan-jalan ke neraka, alangkah indahnya konsep amal islami ini di perhebatkan. Sayang sekali hari ini masyarakat lebih berpegang dengan pepatah, ' jangan jaga tepi kain orang'.

Justeru ramadhan sudah menuju ke penghujungnya, yang merungkai seluruh perasaan sedih, pilu kita suasana bulan mulia walaupun tidak dimuliakan oleh segelintir mereka yang tidak segan silu meneruskan program dosa, moga bagi kita-kita yang masih mendapat taufik dari Allah lakukan bersama tugas amar ma'ruf nahi mungkar. Moga sama-sama berhari raya dengan erti kata yang sebenarnya hasil dari tarbiyah ramadhan yang melahirkan insan-insan yang telah dibersihkan dengan semulia-mulia akhlak di sisi Allah s.w.t. InsyaAllah. Allahu a'lam.

Friday, September 03, 2010

JALAN YANG LURUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Seawalnya kita perlu bertanya kenapa kita perlu mengikut jalan yang lurus?. Minta ditunjuki pada jalan yang lurus?


Tidak lain, Jalan lurus adalah jalan agama. Jalan agama adalah jalan yang menyelamatkan kita semua baik di dunia maupun di akhirat. Agama perlu dijadikan pegangan hidup bukan setakat bila bermasalah baru mencari ustaz. Bila bermasalah baru ingin merujuk kepada agama. Bila susah baru ingat kepada agama, begitu kah..?


Silapnya kita hari ini, bila dah bermasalah baru mencari hukum. Ramai yang buat terlebih dahulu sesuatu perkara baru nak tanya hukum. Macam botox, susuk dan sebagainya. Cubalah kita berihsan dengan Allah, berhati-hati terhadap hukum sebelum melakukan satu-satu perkara. Bukanlah bila kita susah baru nak ikut jalan agama. Bila-bila sekalipun kita perlu ikut jalan agama. Allah yang buat kita, kita kena ikut plan dan rancanganNya. Bukan plan kita sendiri. Jika masa kuat dan muda sasa kita tidak ikut agama, amat kuranglah bila sudah tidak berdaya dan tua kita baru berpegang sekuat pada agama. Terjadi di satu tempat rumah pengasuhan orang tua, berbagai pengalaman yang dapat kita kongsi. Ada di antaranya tua yang susah hendak mati walau nazak sekian lama. Ada yang kain kapan tidak cukup membalut si mayat walau sudah 3 , ke 4 kali beli. Ada yang memang tidak mahu lansung sembahyang. Inilah hakikat kebenaran yang patut kita jadikan sempadan.


Kita tidak mahu, islam hanya tinggal nama. Tetapi ramai yang menjadikan pegangan hawa nafsu untuk melakukan sesuatu. Perlulah kita sentiasa melakukan sesuatu dengan niat ibadah pastinya kita tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan maksiat.


Keduanya, jalan lurus adalah "Jalan para nabi dan rasul". Jalan apa lagi yang terbaik dari jalan para anbiya'.


Ketiganya, Syariat yang di bawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. sudah cukup sempurna. Hatta akhlak memasuki tandas pun ada. Bahkan tidak sekali-kali melanggar fitrah manusia. Peliknya dalam bulan Ramadhan, rancangan jejak rasul sudah baik, namun kalau terbuka lah TV lebih awal, maka sebelum rancangan baik itu, Muzik-muzik. Maka inilah sifat buruk yang tidak boleh mengadakan satu keseragaman untuk membawa kepada kebaikan. Sekiranya maksiat berleluasa, di taja dan tidak di benteras.


Bulan Ramadhan pun kita di hidangkan dengan berita, khalwat, sembelih anak, rumah meletup hingga tercampak anak atas pokok, macam-macam kemungkaran lagi. Bahkan zina pun berleluasa hingga ada yang terjun bila di serbu pihak berkuasa.


Keempatnya, jalan lurus adalah jalan tetap dalam iman dan Islam. Alangkah bersyukurnya kita di lahirkan islam. Namun ramai yang tak sudah-sudah hendak mengeluh sahaja, bukannya ingin bersyukur. Maka perbanyakkan lah doa agar di teguhkan hati di dalam iman yang sebenar.


Asy Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad bin Husain Ash ShumalyIbnu Abi Ashim mengeluarkan dalam kitabnya As Sunnah dari Aisyah bahwasanya Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam sering membaca doa

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ


“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alaa diinik


{Wahai Dzat yg meneguhkan hati teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu}


Sebagai seorang mukmin kita harus memohon petunjuk Allah agar tidak sesat dan disesatkan oleh pelbagai anasir jahat dan syaitan juga hawa nafsu. Memandangkan banyaknya maksiat hari ini, lebih-lebih zina, mata, telinga, mulut dan sebagainya, Maka marilah bersama kita amalkan satu Doa yang wirid dari nabi, doa pohon selamat daripada melakukan zina :

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي


Maksud doa : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pendengaranku, dan dari kejahatan penglihatanku, dan dari kejahatan lidahku, dan dari kejahatan hatiku dan dari kejahatan air maniku"


Jauhilah segala maksiat dan fasik, kerana Allah membenci golongan yang demikian. Firman Allah,

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq. Surah as-Saff : 5


Demikianlah serba sedikit tafsir al-Quran yang sempat ana dengar dalam kuliah Muslimat pada hari Jumaat yang mulia tengahari tadi. Lebih-lebih bulan ramadhan yang sangat memberi keinsafan pada kita sebagai yang ingin istiqamah di jalan Allah. InsyaAllah.

Thursday, September 02, 2010

ANAK DERHAKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Mengalir air mata bila seorang bapa menangis menalipon, merayu agar janganlah di kenakan tindakan ke atas penjamin-penjamin atas dasar kegagalan anaknya membayar hutang yang ratusan ribu ringgit. Merayu dalam sebak seorang bapa yang sudah berumur hujung 70 an, memberitahukan, tolonglah pak cik nak, penjamin marah dengan pak cik. Apakan daya pak cik nak, anak pak cik tu tak lagi warganegara sini, dia dah duduk menetap luar negeri. Manalah pak cik nak mampu bayar hutang dia. Begitulah keluhan seorang pak cik tua dalam telefon dalam kadar nafas yang tersekat-sekat dengan penyakit lelahnya. Sebak rasanya melihat kepiluan hati seorang ayah yang tua.

Dari segi undang-undang, pastinya penjamin-penjamin yang perlu memikul bebanan hutang tersebut atas apa-apa kegagalan dalam penyelesaian dari peminjam. Namun, tidak semua penjamin yang sanggup bertanggungjawab atas aku janji dan penurunan tandatangan secara sukarela sewaktu pinjaman di pohon. Tidak kiralah atas dasar kasihan pada bapa peminjam tersebut, atau ingin melihat kejayaan anak bangsanya. Pastinya janji tetap janji.

Begitulah, bayangkan pula penjamin tadinya sudah juga tua, tiada berwang, ibu tunggal, pesara atau siapa sahaja yang punyai masalah masing-masing. Pastinya semakin merumitkan keadaan. Atas dasar seorang anak yang tidak mengenang jasa orang tuanya, tidak mengenang budi bicara yang diberi padanya untuk melihat mereka berjaya menjadi orang berguna, maka kemudahan pinjaman diberi padanya dibiarkan tidak berbayar begitu sahaja. Tidak sekali mereka memikirkan generasi kemudian memerlukan kemudahan yang sama pula. Sayang sekali, mereka ini bukan sahaja lupa daratan, bahkan menjadi anak yang derhaka kepada orang tuanya.

Bayangkan betapa terlukanya hati seorang ayah atau ibu, bila anak sewenang-wenang menetap di negara luar dengan menukar kewarganegaraan, menukar jantina, menukar agama, dan berbagai kemungkaran lagi yang di lakukan. Sedih, menghadapi orang-orang tua yang terluka samada sebagai ibubapa atau penjamin, pada peminjam dan anak yang tidak mengenang budi dan asal usulnya. Tidak kurang ibu yang terlantar bertahun lamanya hingga di uruskan oleh jiran makan minum dan sebagainya. Selama mana jiran boleh memberi bantuan sedangkan anak lelaki tunggal yang di harapkan bekerja dengan baiknya, mendapat tajaan untuk belajar setingginya, menukar jantina menjadi perempuan yang di laknat tuhan. Ada yang menagih dadah dan macam-macam lagi kemungkaran.

Inilah yang di hadapkan di hadapan kita, bila perginya seseorang mencari ilmu tanpa bekalan agama, hingga sanggup melukai banyak pihak lebih-lebih ibubapa. Tidak cukup dengan penyeksaan demikian, meninggalkan bebanan hutang yang menjadi kesakitan tanggungan badan dan perasaan orang tua juga penjamin-penjaminnya. Bukan sedikit yang melarikan diri ke luar negara meninggalkan hutang yang tidak berbayar merisaukan hati orang tua. Hati orang tua mereka menderita dengan perangai yang derhaka demikian. Adik beradik terseksa dengan biadapnya perangai yang mementingkan diri tersebut, lebih-lebih mereka jadi sasaran untuk membayar hutang yang di tinggalkan.

Zalimnya perangai mereka yang demikian. Meski pun tidak semua, tetapi bagi yang demikian sedarlah... Kalian tetap akan menemui Allah untuk pengadilan. Kalian hidup tidak akan aman baik di dunia maupun di akhirat bila kalian menyakiti kedua orang tua kalian. Sehebat mana, sekaya mana pun kalian, pastinya jiwa kalian tidak akan tenang. Sampai hati mereka yang berkenaan membuat kelukaan yang mendalam pada ibubapa yang mendidik sepenuh kasih sayang dari kalian di lahirkan. Mereka sanggup menjaja muka mencari jaminan agar kalian dapat menyambung pelajaran. Ini balasan kalian. Kerana ego dan angkuh... jika berjaya kalian lupa daratan. Bila gagal, kalian tiada keredhaan, maka kononnya berada di luar negara dapat menenangkan hati kalian.

Zalimlah yang berkenaan, jika tindakan tersebut melukakan hati kedua orang tua kalian. Bayangkan jika menjadi anak yang tidak pula mendapat keredhaan kedua orang tua. Renungi pesanan demikian.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

Amatilah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:
وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu berhubungan dengan ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Bayangkan betapa murkanya ibubapa tadi dengan tindakan anak-anaknya yang mengikut perasaan dan mementingkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa hubungan dengan ibubapa ada kaitan dengan kesudahan kehidupan mereka tatkala bertemu dengan Allah s.w.t

Maka, berhati-hatilah jangan sampai menjadi anak yang derhaka. Walaupun mungkin anda merasa biasa sahaja, tapi ingatlah akan dosa yang kalian tanggung dan ibadah kalian bagaimana apabila telah merosakkan hati keduanya. Allahu a'lam.

USTAZ YUNUS : Tinggalkan Pendapat Jahil

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dari Abu Umayyah Asy Sya'baniy berkata: Aku bertanya kepada Abu Tsa'labah: "Ya Aba Tsa'labah apa yang engkau katakan tentang ayat Allah yang bermaksud :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) (QS. Al Maidah: 105)

sebuah riwayat yang dibawakan oleh Abu Dawud dari Umayyah Asy-Syaibani, ia berkata :

سألت أبا ثعلبة الخشني فقلت يا أبا ثعلبة كيف تقول في هذه الآية عليكم أنفسكم قال أما والله لقد سألت عنها خبيرا سألت عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال بل ائتمروا بالمعروف وتناهوا عن المنكر حتى إذا رأيت شحا مطاعا وهوى متبعا ودنيا مؤثرة وإعجاب كل ذي رأي برأيه فعليك يعني بنفسك ودع عنك العوام فإن من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم


Aku pernah bertanya kepada Abu Tsa’labah Al-Khasysyaniy : “Bagaimana pendapatmu tentang ayat ‘Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu’ (QS. Al-Maaidah : 105) ?”. Abu Tsa’labah berkata : “Demi Allah, aku pernah menanyakan hal itu pada orang yang memang mengetahuinya, yaitu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Beliau menjawab : ‘Bahkan hendaklah kalian saling beramar ma’ruf nahi munkar. Hingga kamu melihat sifat kikir yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang diutamakan, dan setiap orang yang bangga/takjub dengan pendapatnya sendiri; maka jagalah dirimu sendiri dan tinggalkanlah masyarakat awam. Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran. Sabar pada hari itu seperti halnya memegang bara api. Orang yang beramal pada waktu itu akan diberi pahala seperti pahala lima puluh orang lain yang beramal seperti amalnya”. Para shahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, pahala lima puluh orang dari kalangan mereka ?”. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan limapuluh orang di antara kalian”.


Menurut ustaz Yunus, dalam kuliahnya.., orang beriman adalah mereka yang tetap di atas jalan kebaikan dan tidak dapat dimudaratkan oleh orang-orang yang sesat di sekitarnya. Meskipun ramai yang memakai pendapat orang sesat lagi jahil, sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang memahami al-Quran. Ada ilmu terselamat dari di seleweng oleh orang yang sesat. Lazimnya kamu berbuat baik dan membangunkan amar ma’ruf nahi mungkar. Kita perlu libatkan diri secara lansung dalam tugas ini sehinggalah satu ketika berlaku 4 perkara. Jadi apa faedah kita menyeru berbuat baik, mudah-mudahan dengan kita kita jadi baik. Apa pula faedah kita mencegah kemungkaran, moga dengan kita kita tidak melakukan mungkar. Perlu libatkan diri secara langsung dengan menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Yang di maksudkan kamu perlu tetap di jalan yang betul amar maruf nahi mungkar. Sehingga si lokek mengikut kehendaknya. Maksudnya ramai yang tak mahu bayar zakat. Sebab itu lah papan tanda zakat banyak kita temui. Ramai tak bayar. Banyak juga kita jumpa papan tanda “Jangan minum kalau memandu” tambah ustaz. Silap tu, sepatutnya perlu di sebut “jangan minum sebab haram”. Salah pemikiran yang demikian . Ye lah.. macam mana nak nampak haram sedangkan kilang arak besar di batu 10 dan di batu 3. Nak ingat ni kena pergi batu 2. lawak ustaz. (maksudnya kubur lah tu).

Contoh yang boleh kita lihat apabila melihat hawa nafsu di turut. Pelajar IPTS kena tangkap di hotel murahan . Bulan puasa pula tu. Syaitan sudah tidak ada, ikut pula dengan hawa nafsu. Disebabkan ramai orang buat jadi sudah di anggap biasa, itu yang tidak ikut syarak baik dari segi pakaian, kenduri kahwin , hiburan. Alasan sebab ramai orang pakai.

Dunia yang diutamakan sampai sanggup mengadai agama. Cari duit pun untuk dunia. Umpama kerja jaga parking sewaktu konsert berjalan. Inilah kerja yang sia- sia, dosanya sama saja. Ini yang dikatakan telah melakukan maksiat. Berani tolak hukum dan mebelakangkan hukum. Di sebabkan utamakan dunia. Hukum haram macam tidak ada pada dia. Jangan buat gitu… nasihat Ustaz. Kematian boleh sampai bila bila masa.

Ustaz menyelitkan sedikit berita pelajarnya di tahfiz al-Kholidi cawangan Paya Mak Inson, yang baru meninggal 31 Ogos baru ni. Pelajar tersebut baru lepas khatam tadarus, solat subuh jemaah pagi tersebut, bersama kawan naik motosikal dekat satu selekoh jatuh, meninggal dunia. Itulah dikatakan ajal. Syukurlah dia meninggal dalam bulan yang sangat mulia. Sayangnya ramai yang buat hukum tersebut di letak belakang. Walau begitu Allah tetap mengetahui. Walaupun Zakat di abai, hawa nafsu di ikut, dunia di ikut namun Allah tetap tahu.

Jadi Cegahlah kemungkaran sampai berlaku 4 perkara yang di sebut tadi pun, terus berpegang dengan kebaikan. Tanggungjawab terhadap anak-anak, orang gaji atau staf, pastikan sepanjang waktu kerja bila tiba waktu solat, kena solat. Perintahkan tutup aurat. Patuhi jalan syarak. Tanggungan tersebut terletak dekat bawah kita, sehinggalah sekalipun zaman fasik telah berlaku, ramai golongan yang mengikut hawa nafsu . Umpama di hari puasa pertama dah ada lagu raya. “Selamat hari raya, hari untuk bersuka ria”. Melompat suka. Apa yang perlu di buat, suka tu wujud jika ibadat bertambah. Suka sehingga mengalir air mata tinggal ramadhan. Kalaulah ramadhan tidak boleh buat seseorang jadi baik. Itulah dia golongan yang ikut hawa nafsu. Jadi Kamu…. tetap dengan diri kamu dalam kebaikan. Inilah yang diserukan dalam hadis tersebut.

Apabila maksiat di anggap biasa itu yang kadang-kadang ibu boleh besekongkol dnegan anak. Kita di arah tinggalkan orang ramai yang jahil -jahil. Bagaimana mungkin untuk menjawab dalam kubur nanti bila kita rela melihat anak ber’sms’ lelaki perempuan sedang handphone kita beri. Dah nampak pun kita tingkah laku anak-anak demikian, pun tak nak bertaubat. Tak de rasa takut. Sedangkan hendak menjawab tingkah laku kita dulu yang belum tentu di ampunkan dosa dulu ker tidak, tiadalah satu pun statement kata dosa tersebut telah di ampun. Ini nak tambah lagi dosa gagal mentarbiyah anak-anak.

Kalau kita tak nampak anak tersebut buat demikian, kita juga akan di Tanya Allah. sebab kita yang gagal didik sampai dia takut dengan Allah. Zaman fasik tinggalkan pendapat ramai. Pandangan ramai tidak semesti baik. Jika anak perempuan di angkut oleh tunang, cium pula tangan si ibu perempuan. Ibu pula memanggilkan anak bila tunangnya datang dengan motosikal. Jiran yang nampak si lelaki mencium tangan si ibu perempuan boleh berkata, ‘baik betul budak lelaki tu’ Ini lah padangan sesat yang jahil. Begitukah baik pada pandangan syarak?. Sedangkan Baru bertunang. Salam si ibu perempuan itu haram. Cium tangan pun haram. Bawa anak dara orang, haram. Sijahil ni kata baik.. kesal Ustaz..., Orang-orang beginilah yang kita di suruh agar tinggalkan mereka .

Kata Ustaz, Bulan ramadhan baru ni beliau ternampak pasangan balik sekolah, lelaki perempuan berlaga bahu berjalan rapat. Inilah kerosakan yang berlaku pada zaman yang ini. Jadi, tinggalkan pendapat ramai yang merosakkan ini. Tidak lama lagi hari raya tiba, masih amal lagi konsep bersalaman pada hari raya tidak mengira siapa, merupakan adat yang di terima pakai ianya suatu benda baik. Perkara haram, tinggal kan terus. Yahudi raya pertama dah suruh main lagu. Dia faham apa… soal suka ria. Malam raya pula kata ustaz, bulan puasa dah elok dah baca quran, malam raya pula tidak baca, maka putuslah istiqamah tersebut... beritahu Ustaz. Sebab di sibukkan dengan pasang langsir. Bukankah sebaiknya Amalkan Tasbih 300 x. subahanallahi wabihamdih. Niatkan Allah panjangkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia . Orang yang membaca nanti dia mati terang pula kuburnya.

Namun ramai yang di sibukkan dengan urusan dunia. Kebanyakkan menyambut raya lebih kepada sikap menunjuk- nunjuk, kata Ustaz. Sepatutnya malam raya kita lebih tawaduk dan ada malakukan tahajud, solat malam, membaca quran , ziarah menziarah. Sayangnya ziarah yang suka ria ini, suka-suka dan sudah tidak ada buat sunat witir lagi. Itulah seseorang yang lalai akan nilai puasanya. Jika nak tahu nilai puasa kita, cuba tengok malam raya, bagaimana laku kita. Apakah mengadap tv, berhibur. Itulah sebabnya berapa ramai yang puasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Beriktiqadlah supaya pada Hari raya boleh kita mengekalkan ibadat. Gantikan pula dengan solat sunat yang lain, seperti dhuha. Solat rawatib qabliah dan badiah dan sebagainya seru ustaz. Kenapa masa puasa boleh buat dah tak puasa tidak boleh?

Apa yang kita lazim nampak, bila dah tidak puasa, maka banyak makan. Sedangkan banyak makan itu melemahkan diri untuk ibadat. Apabila sedikit makan maka kuatlah ibadat. Walaupun ini bertentangan dengan hukum doktor. Tapi Rasulullah s.a.w. yang memberitahu kepada kita sebagai umatnya.

Ulama dulu ada yang makan pisang 4 tahun. Akhirnya jadi wali, kita ni makan pisang tiap tiap minggu tak ada seorang yang jadi wali pun. Seloka Ustaz.. Di akhirat nanti jika dapat masuk syurga bawahan, pun kita akan rasa menyesal, kenapalah kita tidak sehebatnya beribadat untuk dapat syurga teratas seperti yang lain. Itulah kita, asyik memikirkan seronok dunia bila sudah tiba alam lain, pasti menyesal jadinya. Jika ingin rasa lazat ibadat tambah ibadat.

Maka tetap kamu atas diri kamu, tinggalkan pendapat orang awam. Itulah yang diserukan oleh Hadis di atas. Namun perlu Ingat…!, bila kamu nak pegang hukum .. , bagai gengam bara api, pastinya kena kutuk, kena sindir, maka hendaklah bersabar. Pahala orang bersabar atas keadaan demikian sama macam pahala para sahabat. Siapa yang sabar tegak kebenaran pada zaman fasik, dengan meninggalkan maksiat pada contohnya sudah tidak bersalaman dengan sepupu, dan orang-orang yang bukan mahram, apabila dia di hina, di sindir maka dia pun sabar dan tahan hatinya menghadapi keadaan tersebut, maka kata ustaz sebagaimana hadis tadi pahalanya dilipatkan bagai pahala para sahabat sebanyak 50 kali ganda.

Beruntunglah barangsiapa yang di pelihara oleh Allah dengan hidayah, maka tidaklah ia goyang dengan pendapat awam. Demikan syarah ustaz yang dapat ana ulas moga-moga usaha ini menjadi ilmu yang bermenafaat untuk di kongsikan agar kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun di sekitar kita tidak mahu kembali kepada hukum Tuhan. Moga-moga apa yang kita pertahankan atas didikan pada bulan ramadhan, menjadi satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita di masa depan. Allahu a’lam.

Tuesday, August 31, 2010

LEMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lesu, layu dan tidak bermaya umat islam hari ini. Sekuat mana pun mereka tiadalah ramai yang berdaya untuk mengangkat sehelai kain selimut. Betapa amalan bangun malam di abaikan. Sayang sekali ramai yang tidak nampak janji-janji Allah yang tersangat besar bagi mereka yang dijemput oleh Allah di sepertiga malam.

Sepuluh malam terakhir ini, kita masih lagi di beri nafas oleh Allah, di beri kesempatan yang banyak untuk menempuh ramadhan yang di dalamnya dijanji dan dilipat gandakan oleh Allah dengan gandaan 1000 bulan. Pemurahnya Allah pada umat Nabi Muhammad s.a.w. , umur tidak panjang, tetapi amalannya sangat panjang. Barang siapa yang bercita-cita dan bersungguh untuk mendapatkannya, InsyaAllah tiadalah Allah persiakan. Pastinya bagi yang telah memperolehinya akan terus menerus bangun malam. Teringat kata-kata ustaz, barang siapa yang masih tidak mampu untuk bangun malam, kemungkinan masih ada dosa-dosanya yang tidak di ampun oleh Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang. Maka bangkitlah, kerana seribu kehebatan malam yang tiada tandingan di sisi Allah s.w.t.


Daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda:

“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam,Allah turun ke langit dunia dan berseru:”Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu,Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya.
(Bukhari,Muslim,Tarmizi.)

Allah melukiskan orang-orang yang berjaga malam dalam firman-Nya:

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ . فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo'a dengan penuh cemas dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki mereka yang kami berikan. tak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan bagi balasan terhadap apa yang mereka kerjakan".
(as-Sajdah : 16 - 17)

Bila kita kaitkan ada yang berkawan dengan syaitan, pasti ramai yang akan marah. Namun Orang yang sukar bangun malam bersahabat dengan syaitan, berdasarkan sebuah hadis,

Daripada Ibn Mas”ud ia berkata:”Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tidur,tidak pernah bangun sedikit pun untuk solat.Rasulullah menjawab:”Telinga orang itu telah dikencing oleh syaitan.” (Bukhari,Muslim dan Nasai)

Allahu a'lam.