Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, June 10, 2010

USTAZ MAZLAN : Orang Yang Berjaya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الم
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
TAFSIR ALBAQARAH 1-5

1. Alif laam miin.

2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa ,

3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki] yang Kami anugerahkan kepada mereka.

4. dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

5. mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Orang-orang yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 1-5 di sisi Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bertaqwa. Mereka beriman kepada perkara ghaib seperti alam kubur, dosa, pahala, syurga juga neraka. Mereka adalah orang yang mendirikan sembahyang, kemudian rezeki yang Allah anugerahkan dan di salurkan kepada mereka, mereka membelanjakan di jalan Allah s.w.t.

Mereka juga adalah orang-orang yang beriman dengan kitab al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu seperti Taurat, zabur dan injil. Orang yang beriman, bila di sebut sahaja hari akhirat mereka sangat yakin. Inilah orang-orang yang mendapat hidayah dari Allah dan mereka adalah orang-orang yang berjaya di sisi Allah.

Perlu disedari bahawa setiap kerja buat kita di dunia akan diperhitungkan oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti. Setiap perbuatan kita ada balasan di sisi Allah. Dalam ayat 2 tersebut, menekankan betapa kita perlu memegang al-Quran sebagai perlembagaan kita. Quran adalah petunjuk kita dalam kehidupan. Ia menunjukkan kepada kita bagaimana untuk mengikut jalan Allah. Sekiranya sebiji kereta manualnya ada diberi apa yang patut dilakukan untuk menjaga kereta dengan baik, apalagi al-Quran menunjuki bagaimana untuk menjaga manusia sepatutnya.

Quran perlu dibudayakan dalam diri anak-anak se awalnya. al-fadhil Hassan al Banna meminta kita membaca al-Quran tiap-tiap hari. ia.. cubalah kita bayangkan bahawa membaca al-Quran satu muka dengan teratur dan bertajwid pun hanya memakan masa 4 minit. alangkah malunya kita dengan Allah yang memberi kita masa 24 jam sehari semalam, hanya 4 minit pun tidak dapat kita peruntukkan untuk baca al-Quran, tak boleh kita nak bagi masa untuk Allah. Walaupun Allah tidak rugi pun kalau kita tidak membaca dan mengabdi diri padaNya.

Budayakanlah al-Quran dalam hidup dan keluarga kita. seboleh-boleh lihat tafsir ayat-ayatnya supaya mudah kita fahami dan memberi kesan di hati kita. Sedarlah dunia ini sementara sahaja. Kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti...

CEGAH KEMUNGKARAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kemungkaran yang bersepah di sana sini sangat menakutkan dan mengerunkan hati. Bahkan ianya menghilangkan rasa ketenteraman di jiwa. Bayangkan, bila terdapatnya remaja-remaja yang terlalu ramai mengandung dan melahirkan anak tanpa bapa yang sah, berleluasanya perlacuran dan kelab-kelab malam, meratanya anak-anak teruna dara yang bepeleseran di jalanan serta meminum yang memabukkan. Baik yang belajar di IPT .. sangat mendukacitakan.


Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Maksudnya: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "

Hadis ini menjadikan mengubah kemungkaran adalah kewajiban setiap orang yang melihat kemungkaran. Mengubah hendaklah dilakukan sama ada dengan tangan ataupun dengan lidah jika dia tidak mampu ataupun dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman. Setiap kita dituntut untuk mengaplikasikan keimanan yang tinggi lebih-lebih yang mengaku diri seorang mukmin. Mana mungkin kita memilih untuk perkara yang di anggap selemah-lemah sedangkan dalam banyak perkara lain kita biasanya inginkan sebaik-baik dan terhebat.

Berdiam diri terhadap kemungkaran tidak harus berlaku. Kemungkaran pastinya mengegarkan hati manusia. Sekurang-kurangnya kita menyimpan perasaan benci terhadap sebarang kemungkaran. para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan. Kemungkaran satu perkara yang dapat mengegarkan hati manusia. Hati seorang manusia yang bersih pasti membenci kemungkaran. Perasaan benci yang dipendam pastinya akan keluar juga dari hati suatu ketika.
Pastinya kita akhirnya akan berkata juga kemungkaran tetap salah di sisi agama.

Firman Allah SWT. di dalam surah Al-Isra’ ayat 81 ;
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah terhapus”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan terhapus”.

Hadis yang meletakkan mertabat kepada membenci kemungkaran dengan hati merupakan jihad yang terakhir sebagai disebutkan :-

Dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua para nabi yg dibangkitkan akan disertai oleh hawari(pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yg bercakap apa yg mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dgn tangannya, dia adalah org yg beriman, siapa yg berjihad dgn lidahnya dia adalah org yg beriman, dan siapa yg berjihad dgn hatinya dia juga adalah org yg beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”[HR Muslim]

Sangat dibimbangkan hasil kemungkaran yang berleluasa yang tidak di cegah, akan mendatangkan murka Allah. Banyak sudah Allah memberi peringatan, namun masih manusia lupa daratan. Sekejap jua keinsafan telah mula kembali melakukan.
Dalam sejarah telah tercatat, pernah seorang sahabat, Ibnu Abbas r.a. bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun di dalamnya terdapat orang-orang soleh? Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya”.


Begitulah pentingnya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, di mana apabila umat islam gagal melaksanakannya tugas amar ma'ruf nahi mungkar maka seluruh umat Islam akan ditimpa bala bencana oleh Allah SWT. Nauzubillah.
Besama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang diperintahkan.
Allahu a'lam.

Monday, June 07, 2010

BAGAIMANA SOLAT ANDA?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Setiap amalan orang mukmin itu adalah ibadah sekiranya ia melakukan semata- mata kerana Allah. Namun tidak banyak yang mengambil endah perkara ini. Kuliah Dhuha semalam, ada ustaz menyentuh mengenai 'syahid hasanah atas dasar amalan yang istiqamah'. Kata Ustaz, umpama belajar fardu ain yang dihadiri secara tetap seperti kuliah ini, tiba-tiba seorang itu berehat di hospital (sakit) makanya ia tetap mendapat pahala mengaji tersebut. Tiba-tiba jika di taqdirkan ia mati, maka ia juga dikira syahid hasanah. Apa lagi jika mati dalam belajar ilmu fardu ain.

Dalam pada itu, ustaz menyentuh tidur mukmin itu adalah ibadah, jika sekiranya dia memasang niat untuk bangun tahajud atau solat subuh di paginya. Beruntung menjadi umat islam, seluruh nilai dirinya di kira ibadah jika melakukan ia sesuatu kerana Allah. Jika matilah ia di dalam tidur tersebut, maka dibilangkan mati dalam ibadah kata ustaz.

Menyebut soal mati hasanah.. jika berniat sahaja untuk bangun menunaikan solat di bilangkan ibadah, fikiran ana melayang memikirkan bagaimana keadaannya orang yang tidak langsung memasang niat untuk bangun beribadah bila hendak tidur. Bahkan sebelum tidur melakukan pelbagai maksiat. Bagaimana pula perangai umat manusia hari ini yang rata-ratanya memasang niat sengaja tak mahu bangun solat subuh lebih-lebih pagi cuti sabtu ahad. Selalu ana dengar yang berkata, 'yes' esok cuti... tak kerja... nak tidur sampai siang.. tidak dapat disangkal, memang benar pun. Tidak payah memandang jauh, lihat di persekitaran adik beradik dan sanak saudara kita yang memang tidak mengambil berat soal solat.

Hari biasa pun semasa dalam menjalankan aktiviti kehidupan mereka tidak merasa kepentingan solat itu sangat berat. Tambahan, dalam melaksanakan tugas harian, mereka lewat-lewatkan solat. Dalam mencari harta hingga ke larut malam, ada yang tak sempat solat. Bila dalam perjalanan, tidak ada agenda solat dalam program yang dibuat. Ikut sesuka hati mereka sahaja. Bagaimana mungkin bila tiba hari cuti dan rehat, adakah mereka serius untuk mengerjakan solat?.

Berbalik kepada niat yang sengaja tidak mahu bangun subuh di pagi cuti tadi... bayangkan tiba-tiba Allah mencabut nyawa-nyawa mereka ini... Nauzubillah... Di mana anda ingin meletakkan diri di sisi Allah yang tidak pernah memungkiri janji. Allah telah banyak memberi nikmat yang sedang anda semua kecapi.. namun ini lah sebuah nilai diri.... yang sengaja tidak mahu mengerti.

Hayati dalil-dalil bagi mereka yang tidak memandang berat perkara ini.. dan sama-sama untuk kita teliti dan memikiri.

Sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:"Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang

"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,Ibnu Majah dan Ahmad

"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)

Kita diciptakan di dunia ini semata-mata untuk mematuhi titah perintah Allah. Dunia ini tempat kita mencari bekal untuk sampai ke kehidupan sebenar bertemu Allah. Permulaan sebenar hidup kita bila kematian tiba. Saat itu baru kita sedar betapa kosongnya kantung amalan yang kita bawa. Bahkan hidup tersia-sia jika kita lansung tidak mendapat tempat di sisi Allah taala. Syurga yang ingin di beri oleh Allah, bukan murah nilainya. Jika perangai sambil lewa dan acuh tak acuh, bahkan mengingkari perintah Allah secara sengaja... Ketahui lah anda sendiri yang memilihnya.....

Meraung, meratap, merayu dan merintih kepada Allah ketika maut sudah tiba untuk dikembali dan di balikkan semula ke dunia, kononnya untuk melakukan amal soleh selepas kematian tiba, adalah satu penyesalan yang akan membawa malapetaka. Kehidupan selepas mati adalah tempat menerima balasan dan habuan amalan apa yang anda lakukan. Tempat untuk anda berusaha dan beramal sudah TAMAT.... INGAT..!!! bila-bila masa ajal akan menjemput anda.... pastikan anda sentiasa BERSEDIA.

Allahu a'lam.

Friday, June 04, 2010

USTAZ YUNUS : Zuhud

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah hukum bersifat zuhud?


Al Imam Ghazali membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :-


1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat


2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat


3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala.


Untuk mengetahui jawapan hukum membenci dunia ini, kita kena belajar.. kata Ustaz. Kadang-kadang orang yang dah belajar pun boleh lupa. Ini kerana ilmu yang dipelajari tidak bermanafaat pada dirinya, Apa niat dia berlajar? Hasil yang di dapat dari ilmu bergantung kepada niat. Niat perlu untuk mencari redha Allah dan untuk keluar dari kejahilan, dan berusaha menyampaikan kepada orang lain. Ramai yang sudah berilmu tetapi jahat, kerana tidak membawa ilmu tersebut kepada islam. Macam mana nak lari dari masalah ini jika mempunyai ilmu dengan ijtihad mengarut-garut dan pemahaman yang menyeleweng.Jadi kita berdoa dengan Allah supaya tidak terkena penyakit ini. Juga kita berdoa agar dijauhi dari ulama' suk.


Dari kitab Imam Ghazali r.a. hukum zuhud ada 2.
Ada zuhud yang halal mengenai dunia dan ada pula yang haram. Zuhud yang dikatakan haram tentang perkara fardu dan yang halal adalah sunnah. Umpama langgar pada yang fardu ada dosa, syaratnya telah baligh. Maka wajiblah berzuhud. meninggalkan benda-benda yang haram itu wajib dengan segera. Tidak boleh bertangguh. Dan pada yang halal itu sunat. Yang boleh beramal meninggalkan benda yang halal, seperti Abu Bakr, Umar, Abd Rahman bin Auf, itu di sebut mutaqiin(duduk pada jalan-jalan Allah - wali Allah). Sebab nak pergi pada Allah mereka tidak terpedaya dengan dunia, mengambil sekadarnya sahaja.

Orang-orang mutaqiin memandang dunia bagai bangkai dan tidak mengambilnya kecuali dalam keadaan darurat. Jika diambil pun sekadar menolak darurat itu. Mereka lebih bimbangkan pertanyaan-pertanyaan yang perlu di jawab kepada Allah nanti dan tidak mahu disusahkan dengan perkara demikian. Wali itu kalau hendak mengambilnya boleh, sebab halal, tapi dia tidak mahu mempunyai banyak harta, kerana banyak soalnya. Semua akan ditanyai di akhirat nanti, Masa ke mana di habiskan, harta kemana dibelanjakan akan ditanya oleh Allah.

Orang mutaqiin kata dunia ini bangkai. Mereka hanya mengambil yang asas sahaja. Kita diajar oleh agama, Bila kita nak duduk, baca basmallah.. dan selawat. senang je. Faedahnya, Allah pelihara kita dari dosa ghibah. zina itu dan tentu haram. Bagi yang dah kahwin, hukumannya rejam sampai mati. Bagi yang belum sebat 100 kali. liwat sama hukumannya. Diberitahukan bahawa ghibah itu, 30 kali ganda dosanya dari dosa zina. mudah-mudah amalan membaca
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
,dan selawat اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، Moga-moga Allah ampun kan dosa jika termasuk bersekongkol dalam benda haram seperti ghibah itu.


Orang-orang Mutaqiin, mereka berpegang dengan firman Allah ini,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Surah Al-Maidah :105


Demikian juga kita, Wajib zuhud pada benda haram. Janji Allah bagi yang beriman, Kamu tidak boleh di sesatkan oleh orang-orang yang sesat bila Allah telah bagi hidayah. Hidayah itu ilmu. Tapi soalannya, kenapa sesat juga? Sebabnya tak zuhud. Ramai yang dah tahu perkara haram, buat juga. Umpama majlis nikah kahwin, macam-macam alasan nak benarkan bersanding. Walau sekali seumur hidup, namun perkara haram, ada azabnya di akhirat. Maka jatuh kewajiban hadir bila ada perkara haram di dalamnya.


Nabi bagi tahu akhir zaman ni nak buat baik macam genggam bara api. Bersanding tu haram, tapi nak tinggal tu.. MasyaAllah susahnya walaupun dah dengar berkali-kali kuliah. Majlis yang ada bersanding dan tepung tawar dilaknat Allah, bahkan membazir. Soalnya kenapa Jatuh juga pada yang haram?, kerana kamu tidak tetap atas jalan agama Allah. Bercampur-campur halal haram. Banyak simpang yang nak ikut.

Waspadalah....Takut mati tiba atas simpang yang salah. Tengah masuk simpang tu, mati. Tengah-tengah bersanding tu, mati. Nauzubillah. Semua keadaan ini sebabnya tidak zuhud.

Menurut Ustaz, Tinggal 1 benda haram, pahalanya macam 50 orang tinggal benda haram. sebab susahnya nak melawan perkara dosa itu. Bila kita nak tinggalkan perkara dosa, macam-macam kena kata, kena sindir, kena kecam. Bila sahabat bertanya Nabi s.a.w. adakah kebajikan yang disebut pada zaman ini, dijawab baginda, 1 kebajikan, sama dengan 50 kebajikan zaman sahabat. Nabi kata pahala para sahabat. bukan orang biasa. Dengan rahmat Allah, mereka akan dapat. Nabi tafsirkan ayat Allah tersebut untuk mengata betapa besarnya ganjaran dari Allah tak terbanding dengan pangkat sahabat di sisi Allah s.w.t.

Sayangnya nak membenarkan yang haram tersebut, seperti bersanding, banyak sangat alasan. cuba dalam kubur nanti beri alasan, cabar ustaz. Pokok pangkalnya kita kena usaha dan berkerja keras, bertekad, berjanji , tak nak langsung perkara-perkara haram ini ada. ilmu dah dapat, amalkanlah, dan banyak-banyak kita berserah pada Allah. Lebihnya nak Jaga hati orang, sampai sanggup mengadai agama. Alasannya, kena perlahan-lahan tak bolehlah tinggal terus... dah puluh tahun dah hidup, jelas ustaz, itulah perangai manusia... masih ada alasan cari jalan keluar tak nak ikut agama Allah.

Orang mutaqiin taatnya kepada Allah sampai yang halal pun dia tinggalkan melainkan mengambil sekadar keperluan saja dan menolak terus yang haram. Adalah disebutkan oleh ustaz menurut apa yang diketahui, Siapa yang lebih 40 tahun umurnya, masih banyak mengerjakan perkara haram layaklah ia menempah neraka. Bahkan ada yang "bersin" nak sebut nama Allah pun segan, sanggup tu.. sebut 'excuse me'. Walhal Allah bagi bersin untuk keluarkan penyakit pun rasa segan. Pelik... tempat yang tak patut taubat nak taubat. Yang disuruh taubat tak mahu pula taubat.

Syarak mengatakan perihal halal, ada 7 peringkat wali menyebutnya. Wali Afdal, dunia dikatakan bangkai. menyusahkan perhitungan di sisi Allah. Ini tidak lain, Menyerapnya Keasyikan wali afdal menyebut nama Allah dan disibukkan dengan urusan Allah. Iman Abu Bakr kalau ditimbang dengan iman seluruh manusia berat lagi imannya. Beliau Yakin penuh dengan segala urusan atas kehendak Allah, begitulah wali afdal. Ijmalnya Majlis haram tak wajib kita hadiri. Melainkan ada membawa tanggung jawab untuk menegur, menurut ustaz.

Dengan demikian, bagi mereka yang yakin dan mendapat taufik dari Allah s.w.t. mereka tidak terpedaya dengan dunia dan bagi mereka dunia ini bagai api dan bangkai. Moga kita termasuk di dalam orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Ameen.

Wednesday, June 02, 2010

USTAZ BAZRI HARUN : Nikmat Kelapangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dua bulan lepas, ustaz menyebut tentang nikmat sihat, tiada wang dapat membeli sihat. Kita boleh membeli ubat tetapi bukan membeli sihat. Perkara pertama untuk kita hargai nikmat ini, bila kita menziarahi orang sakit. kita akan dapat melihat tatkala sakit makan tak lalu, badan menjadi lesu. Bila kita ziarah orang sakit, kita sedar suatu hari akan sakit. Firaun di istidraj oleh Allah tidak sakit.

Nikmat kedua yang disentuh oleh Ustaz ialah tentang kelapangan. Bila ada masa kita selalu melengahkan solat. bila lambat kita selalu kata tak sempat. Kita selalu kejar makan dulu. tetapi tidak pula kita mengejar sembahyang. Kepentingan masa dalam kehidupan orang muslim tidak boleh diabaikan. keistemewaan masa yang Allah beri, perlulah digunakan sebaiknya. Hari ini masa itu di rasa cepat berjalan. setahun di rasa sebulan. sebulan di rasa seminggu. seminggu di rasa sehari, sehari di rasa sejam. sejam di rasa seminit. itu juga Maknanya tanda-tanda hampirnya kiamat. zaman dulu kita rasa lamanya masa tu bergerak.

Memperkata tentang masa Ulama' Yusuf Qardawi, menyebutkan

1 .cepatnya masa berlalu
.
Masa terlalu pantas sekali berlalu dan tidak dapat dikejari oleh kita. Bahkan berlalunya ia, kadang-kadang tanpa kita sedari. Mungkin bagi orang yang makan gaji, rasa nak tunggu sebulan tu mungkin rasa panjang, sebab menunggu.

2. dia pergi tak akan kembali dan tak boleh di gantikan lagi.
Masa yang pergi tidak akan berulang dan tidak dapat dikutip kembali dan tiada gantian baginya. kalau nak hadir kenduri boleh wakil pada anak atau isteri, jika dalam satu masa. tapi bagi masa, nak wakil macam mana. Bila ia berlalu, dia tetap berlalu, begitulah yang dimaksudkannya.

Bila kita baca surah sajadah. Apabila di baca..
رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."


manusia di akhirat minta balik ke dunia, bermohon dan berkata, kembalikanlah kami. Mana boleh lagi..Dunia dengan akhirat satu perbandingan yang jauh bezanya. Panggil tak dengar kalau di luar rumah besar, apa lagi dunia dan akhirat. tiba-tiba nak minta balik. Di alam lain, nak minta alam lain. Kat dunia pun tak dengar dah. Dah tua, boleh minta muda? soal ustaz. Sedangkan masih duduk atas dunia pun tak di izin Allah. Alam akhirat, alam balasan, dunia alam bercucuk tanam, gaji di akhirat.


Allah sebut setiap diri akan merasa mati. Dalam bahasa arab, di katakan 'كُلُّ نَفْسٍ' maknanya siapa-siapa sahaja mesti rasa mati. manusia cara manusia, haiwan cara haiwan, jin cara jin.tapi lebih tumpu pada manusia sebab kerja buat dan apa dilakukan akan diperhitungkan. Kalau masuk syurga atau neraka itu keadilan Allah. Satu kisah yang boleh dijadikan iktibar yang diceritakan oleh ustaz, seorang jahat masuk syurga dengan rahmat Allah, dan seorang yang buat baik masuk neraka. Semua ini terjadi di kisahkan orang jahat itu ada juga ketakutan pada Allah bila bilamana melalui seorang cacat separuh badan, yang mencari Allah untuk minta sempurna kejadian tubuhnya kerana sudah tidak tahan di hina manusia. Orang jahat ini, minta beliau tanyakan kepada Tuhan yang dia jumpa neraka mana dia akan masuk sebab kejahatannya. Ketika bertemu dia yang dikatakan Jibril, beliau memohon permintaannya dan bertanya tentang orang jahat dan orang baik yang mengirim pertanyaan tersebut. Disebabkan dia masih ada ketakutan dengan Allah, dengan rahmat Allah dia masuk syurga. Maka dia berfikir dan insaf kalau jahat pun Allah masih sayang, maka dia pun mula beribadat sesungguhnya.

Berlainan yang melakukan kerja buat baik yang bertanya syurga mana dia masuk. Namun di beritahu dia ke neraka. Disebabkan dia buat bukan kerana Allah, tetapi mengharapkan sesuatu yang lain. Boleh lah di petik pengajaran tersebut yang masuk syurga, dia masuk syurga kerana dia ada juga perasaan takut pada tuhan. Ada satu kisah seorang nak mati dia minta di bakar dan selerakkan abunya kerana dia takut dengan dosa-dosanya jika di azab Allah, akhirnya dia di masukkan kesyurga atas dasar ketakutan kepada Allah tersebut. Begitulah fitrah diri manusia. Dalam dirinya satu lawan tiga. nafsu, hawa dan syaitan nak berlawan hati seorang. tiga musuh , lazimnya tiga yang menang. manusia suka buat dosa disebabkan yang demikian.

Kita renung dan fikirkan Allah pelihara kita, dari dalam perut ibu hingga sekarang. Nikmat yang banyak tak cukup untuk kita balas. kereta tu besi tahan berapa tahun. mata kita dari kecik sampai sekarang dah berapa tahun. kuat mata kita dari besi. Lihatlah betapa besar rahmat Allah macam cerita tadi, orang jahat pelik, sejahat dia boleh masuk syurga. Kalaulah aku jahat, Allah rahmat juga, kasih juga, desus hatinya, maka dia bertambah amalan baiknya. Maka dia makin bersungguh beribadat pada Allah.

Ya..Sembahyang jumaat 3 kali berturut tak pergi baru terkeluar namun berdosa jika tiada uzur syarie. Itu rahmat Allah. berlainan dengan solat fardu. sayangnya masa cari rezeki yang halal ada yang tinggal solat. orang mencuri selagi dia tak kata curi tu halal, tak jatuh kufur. makan benda haram,tak kufur tapi berdosa. tapi cari wang halal sampai tak solat, tak solat dengan sengaja... apa hukumnya. beri makan pada anak-anak, macam mana. duit yang tidak baik bagi makanan pada anak isteri, akan membuah yang tidak baik. benih baik, tumbuh baik. lalang akan keluar lalang, betik akan keluar betik. Walau macam-macam benih di tabur di satu kawasan tanah. masing-masing akan tumbuhkan mengikut benihnya. Tak tersilap tumbuh itu kehendak Allah. Begitu juga manusia, kalau benih sudah tidak baik, maka yang tumbuh juga tidak baik. Maknanya dalam 1 tempat, tanam benih macam2. Keluar mengikut benihnya. Kelebihan yang Allah tunjuk pada kita sebagai makhluknya. Bukan maknanya boleh buat dosa, tetapi bandingan betapa besarnya dosa melalaikan solat.

3. masa suatu yang beerti , terlebih mahal .
Kaya macam mana pun tak boleh beli masa. tak boleh berhentikan masa. Paling mahal. Emas tak mahal, sebab hilang beli balik. Tapi masa kalau hilang tak boleh datang balik. jagalah masa kita, syair arab : sekiranya masa itu di ibaratkan pedang. sekiranya engkau tak pandai memotongnya, dia akan memotong engkau"

Tidur yang berlebihan, banyak membuang masa, kalau tak tidur boleh bekerja, dapat cari wang infakkan harta. Atau berzikir kepada Allah. Betapa rugi mereka yang tidak menghargai nikmat masa yang ada. Carilah keredhaan Allah dalam masa yang masih Allah kurniakan buat kita. Moga sentiasa kita dirahmati Allah hendaknya. Allahu a'lam.

Tuesday, June 01, 2010

USTAZ NAJHAN : Jalan Yang Lurus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apalagi petunjuk yang benar melainkan mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Setiap solat , setiap rakaat kita sering mengulang-gulang kalimah, agar ditetapkan di atas hidayah. Doa ini cukup penting...

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Tujuan hidup kita adalah bermatlamatkan untuk beribadah pada Allah. Sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah, Surah Az-zdariyat :56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Hanya Allah yang layak di sembah dan tugas kita menyembah Allah. Allah mencipta kita bermatlamat. Mati itu adalah titik permulaan kehidupan sebenar kita. Apa yang ada didunia ini akan musnah. Hanya Allah yang kekal abadi.
Jalan yang benar adalah jalan Islam. Lain dari islam tidak diterima oleh Allah. Baik dalam bidang sosial, ekonomi, muamalat, kepimpinan semua perlu dilandaskan dengan islam. Dalam sebuah hadith disebutkan,

Tatkala Rasulullah S.A.W pada suatu hari sedang duduk-duduk bersama-sama beberapa sahabat , maka beliau membuat garis di atas tanah dengan tongkatnya . Mula-mula baginda buat satu garis panjang dan lurus , kemudian di kanan-kiri garis lurus itu baginda buat pula beberapa garis melintang . Sambil menunjuk kepada garis panjang-lurus itu , baginda berkata : “ Inilah jalan Allah (Sabilullah) ”Kemudian baginda tunjuk pula garis melintang di kanan-kiri garis lurus itu dan berkata : “ Inilah jalan bersimpang-siur . Pada tiap-tiap jalan itu ada syaitan yang selalu merayu ”. Demikian diterangkan dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari Ibn Mas`ud.

Jalan yang lurus itu dimaksudkan dengan SIRATHAL MUSTAQIM

Kita memohon kepada Allah agar hidup dan mati kita di dalam Islam. Jangan kita mengambil jalan yang lain dari islam. Jalan yang bersimpang siur, yang bercabang-cabang.

Apa itu jalan Islam..?

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka

Jadi yang di beri nikmat tersebut..? yang mana telah diberi jaminan oleh Allah untuk ke syurganya. Siapa orang-orangnya...

itu selaras dengan cara kita untuk memahami “Jalan yang Lurus” tadi. Dalam surat An-Nisaa` ayat 69, Allah SWT berfirman,

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya

Bagaimana dengan kita, adakah kita ini mendapat jaminan dari nabi? Paling tidak bagai Sayidina Abu Bakr as -Siddiq yang mengorbankan seluruh hartanya untuk islam. Yang tinggal padanya hanya Allah dan Rasul. Mungkin jika menanam sepenuh keikhlasan di jalan Allah, menuntut ilmu boleh memperolehi pahala syahid, barang siapa mati kerana mempertahan agama Allah, mempertahankan harta dan maruah dirinya juga mendapat pahala syahid. Namun seramai mana yang ingin duduk di majlis ilmu.

Atau mungkin kita menjadi orang-orang soleh, yang dapat melihat Allah di dalam dirinya. yakni dengan mata hatinya sebagaimana yang di sebutkan dalam sebuah hadith :-

.........Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” ........(Riwayat Muslim)

sekiranya kesemua jalan itu tidak dapat diikut, maka ikutlah jejak langkah mereka itu. Maknanya untuk mengikuti jejak langkah nabi, samalah dengan mencintai sunnahnya. Ada satu kisah yang diringkaskan oleh ustaz tentang sebuah hadis, kisah seorang hamba Allah yang di tarik ke neraka, lalu malaikat di suruh bertanya padanya, 'ada tidak amalan lain yang boleh melepaskan kamu dari api neraka, "ada tak kamu pernah hadir majlis ilmu...?" menunjukkan betapa pentingnya kita selalu berada dalam majlis ilmu. kemudian bila tiada di tanya lagi "ada tidak dari keluarga kamu adanya orang alim" jika tiada di tanyai lagi " ada tidak kamu pernah hadir atau duduk dengan majlis yang ada ulama'... " jika tiada ditanyai lagi, " ada tidak kamu sayang dengan orang yang sayang pada ulama' atau orang alim.."?

Begitulah kasih sayang Allah, nak bagi tahunya kepada kita betapa seboleh2 Allah nak jauhkan kita dari api neraka. Sayang sekali, kita tidak mengambil serius dalam hal-hal ini. Kalau inipun kita tak boleh buat untuk bersama dengan orang yang diberi nikmat, kata ustaz, jangan mengambil jalan lain dari islam yang Allah murka. Jalan yang tak ikut jalan, perangai, akhlak dan peribadi orang-orang yang di sebutkan tadi. Jalan yang Allah murka.. sebagaimana yang disebutkan
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Mengharamkan apa yang di halalkan Allah. Jangan sampai Allah laknat seperti umat-umat terdahulu yang melampaui batas. Allah tak larang untuk minum, minumlah apa sahaja, cuma jangan ambil arak. Allah tak larang bertanding, bertandinglah dam, bola jangan berjudi sahaja. Allah tak larang berniaga, berniagalah... jangan ambil riba..

Inilah maksud kandungan al-Fatihah yang kita baca dalam solat. Bukan maksud konsep islam dalam solat sahaja. Ia mengandungi maksud tersirat. Bani Israel di laknat kerana tidak mencegah yang mungkar. sedangkan kita telah memahami nasihat agama..

Hadis Rasulullah "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

Demikianlah bila kita semua telah memahami maksud bacaan kita di dalam solat tersebut, maka dengan sendirinya kita perlu meletakkan diri kita di jalan islam secara keseluruhannya. mana mungkin kita telah diberi jalan yang lurus, jalan yang bengkang bengkok yang dipilih.
Allahu a'lam.

Monday, May 31, 2010

LUAHAN HATI UMMI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai anak-anakku.. sememangnya ummi sangat memahami keadaan kamu semua. Kamu dibesarkan dengan penuh ujian dan dugaan. Kamu sering ummi tinggalkan. Saat itu ummi sendiri dalam kekeliruan. Antara hati seorang ibu, seorang pekerja, seorang pejuang islam, seorang penuntut ilmu. Kamu semua ummi tinggalkan, di didik oleh suasana keliling yang bermacam. Kamu membawa diri masing-masing ada yang terdidik oleh kawan yang langsung tidak mengenal halal haram. Ada waktu ummi pulang lewat malam, semata-mata menyudahkan satu tugas perjuangan. Mujur kamu tidak terjebak perkara yang dimurkai Tuhan. Kerana asas agama yang ummi pahatkan, masih kalian pegang.

Ummi merenung sejenak perjalanan kehidupan, betulkah apa yang ummi lakukan. Apakah ummi akan di tanyai yang diluar penginapan. Oh Tuhan.... saat itu ummi terhantuk oleh kesedaran, anak-anak, ummi biarkan mencari sendiri nilai kehidupan. Ummi tidak pernah menyalahkan dirimu. Ummi tebus segala kesilapan, ummi letak semua jawatan, semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan. Ummi teringat pesan Rasul Junjungan,

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Alhamdulillah, satu persatu ummi melihat perubahan kamu semua. Seorang kamu sentiasa tidak putus mengikuti majlis-majlis ilmu, seorang lagi berada di bawah naungan pembelajaran al-Quran dan kemudian anak ummi yang seorang lagi sedang mula tercari-cari arah kehidupan. Mula-mula dia bermohon membeli Quran terjemahan, ummi hanya senyum sendirian melihat perubahan kamu. Kemudian kamu melangkah membawa kaki ke rumah Allah untuk solat berjemaah, dan mendengar kuliah. Ummi tahu kehampaamu, bila pertama kali ingin berbuat demikian, kuliah pula dibatalkan. Aduh... memang ujian. Namun, ummi dapat rasakan nikmat yang indah dan ketenangan yang kamu rasa saat pertama kali kamu di bawa duduk didalam kuliah ketauhidan. Kamu nampak termenung ke arah permulaan perubahan. Ummi nampak semua riak wajah kamu semua.

Ummi juga sangat bersyukur, ramai lagi anak-anak ummi di luar sana yang mana kawan-kawan kamu semua, yang kini menjadi anak-anak ummi semuanya sangat baik akhlaknya bila bersama-sama kamu alangkah bahagia hati ummi melihat persekitaran kamu dengan kawan-kawan yang sangat berakhlak. Meskipun ada yang masih malu-maluan untuk memulakan sebuah kehidupan beriman. Apa lagi yang lebih indah selain dikelilingi oleh anak-anak yang demikian.

Pesan ummi.... jika ummi tiada pun suatu hari nanti... segala perubahan hadapi dengan penuh kesabaran. Jangan cepat merasa putus asaan di dalam perasaan. Bila bermohon sesuatu pada Allah yang maha penyanyang, Fikir-fikirkan lah Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Anak-anak yang ummi sayangi, bersangka baiklah kalian pada Allah yang sangat penyanyang...
Allah melapangkan bagimu,supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan , dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya,supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته
بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل

Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kewafatannya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا

Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terhadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.

InsyaAllah, bila kalian semua memahami hakikat kehidupan, kalian akan memegang islam bagai digigit dengan geraham. Peganglah islam sekuatnya. Jangan dilepaskan. Kelak kalian akan mendapat keredhaan dan rahmat dari Tuhan sekelian alam. Ameen...