Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, May 19, 2010

PEMUDA SYAHID : سبحان الله

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الر حمن الرحيم

Ya... Allah, sesungguhnya janjimu sangat benar ya Allah. Apa lagi yang lebih baik dari rahmatmu pada siapa yang terpilih masuk ke syurga. Tak dapat untuk ana bayangkan betapa berbaur perasaan pilu, terharu, gembira entah nak dikatakan apa, apabila Huzaifah, anak sahabat ana satu ketika dulu, di pilih oleh Allah kembali dalam keadaan yang sangat mulia... Tatkala mendengar berita kepergiannya menyahut panggilanMu ya Allah, ana terus coretkan di dalam blog ana sebelum ini, dalam tajuk "KEPADA ALLAH KITA KEMBALI" sebaik mendapat petikan tulisan di bawah ini sangat mengembirakan ana, bila ditulis sendiri oleh bapa saudaranya. ikutilah bersama tulisan ini,..


......................................................................................................................................................
TULISAN ZUL HILMEI BIN MOHD ROHANI (BAPA SAUDARA ALLAHYARHAM MUHAMMAD HUZAIFAH)
<> Subject: Janji Syahid Allah itu memang benar! - BUKTI DISERTAKAN...
KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..



Assalamualaikum Semua Warga BP,Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya.

Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.


Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.


Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.wassalam

rujukan Hadis 1:Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.1. Pemimpin yand adil;2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;7. dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

Hadis Riwayat MuslimRujukan Hadis 2:

MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar!

Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis Rujukan Hadis 3:

Tuesday, May 18, 2010

TANPA SINARAN AL-QURAN

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ada hari ana merasakan sangat sepi, baru ana perasan saat-saat itu adalah hari yang ana tidak dapat menyentuh al-Quran. Benarlah apa yang ana pernah belajar di UM dulu, teringat kata-kata ustaz, dalam menyampaikan pesanan Quran maupun hadis.

1. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran bagaikan tanah kubur yang sunyi sepi dan akan terhindar dari rahmat Allah s.w.t.

2. Membaca al-Quran bukan sahaja merupakan suatu ibadah, bahkan dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi penawar kepada segala penyakit, seperti penyakit jiwa, emosi, kecelaruan fikiran, penyakit sosial termasuklah penyakit hati.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً

Maksudnya : " Dan kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit ( hati ) dan menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim ( disebabkan keingkaran mereka ) melainkan kerugian jua " .
( Surah al-Isra' ayat : 82 )

Mendengar bacaan Quran Surah al-Mulk, dari salah seorang Imam Makkah Syeikh Mishari Rashid, mengalir air mata dengan kegerunan makna dan kesyahduan bacaan tersebut. Lantas fikiran ana menjangkau teringat kembali kuliah subuh di Masjid suatu ketika yang lepas.

Ustaz membicarakan bila ada timbul rasa tidak minat membaca al-Quran, maknanya seseorang itu akan ditimpa penyakit yang sangat berbahaya, penyakit-penyakit yang dimaksudkan ialah :-

i) LUPA: Hati akan jadi lupa. Dia lupa yang dia adalah hamba Allah. Bagi yang ingat kepada Allah, hatinya akan tenang. Hidupnya tidak bermasalah.

ii) LALAI: Di sebabkan lalai, manusia menjadi rosak. Hari-hari kita mendengar berita di media massa tentang zina, rasuah, pembunuhan kerana Allah sempitkan kehidupan atas kelalaian tersebut.

iii) KERAS HATI : Orang yang tidak minat dengan Quran hatinya keras. Hati manusia lebih keras dari batu. kalau Allah turunkan al-Quran atas batu dan bukit, maka hancurlh batu dan bukit kerana takutkan Allah. Orang yang beriman, bila mendengar ayat Allah, jadi takut, tetapi yang keras hati boleh membatu dan membuta tuli sahaja.

iv) KELIRU : Ramainya yang berpenyakit keliru hari ini. Hingga tidak dapat membezakan halal dan haram. Ini berpunca tidak suka menghampirkan diri dengan al-Quran. Tidak suka memahami al-Quran.

v) LEMAH IMAN : Orang yang tidak minat dengan al-Quran, imannya sangat lemah. Kerana itu, iman manusia turun naik. Yang iman statik ialah iman para malaikat. Iman Nabi dan Rasul sangat tinggi.

vi) HILANG YAKIN : Penyakit ini juga menyebabkan seseorang hilang keyakinan. Itu yang ramai menentang hukum Allah, hingga tak nampak hukum Allah itu penyelesaian untuk semua masalah.
Justeru itu, Untuk menambah keyakinan kembali dengar ayat-ayat Allah. Pergi ke majlis-majlis ilmu kerana di sana disebut ayat Allah. Duduk di Majlis ilmu Allah ampunkan dosa orang tersebut, Allah menukarkan akhlaknya kepada yang lebih baik, Ia mendapat rahmat kerana malaikat juga mendoakannya dengan meminta ampunan Allah ke atasnya. Bahkan duduk di majlis ilmu lebih baik dari ibadah solat sunat 1000 rakaat.

vii) HATI KOSONG : Orang yang tidak minat al-Quran, hatinya akan kosong. sedangkan hati itu Allah bahagi kepada 5 bahagian. Ditempatkan Islam, Iman, Mahabah (kasih sayang), Tauhid dan Makrifat.

Demikianlah sedikit sebanyak ilmu yang dapat ana kongsikan yang mana penyakit-penyakit di atas boleh menyerang seseorang yang tidak minat dengan al-Quran, kitab mulia yang Allah turunkan pada kita sebagai pedoman.

Allahu a'lam.

PERANGAI IBLIS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam membicara Surah Sad ayat 76-88 yang dibawakan oleh Ustaz Maulana dalam kuliah Zohor tadi, kesinambungan dari ayat sebelum, Allah bertanya atas dasar apa Iblis tidak patuh pada perintah Allah yakni Allah mempersoalkan 'apa yang menegahnya dari sujud kepada Adam sebagaimana yang diperintahkan. Inilah jawapan Iblis, sebagaimana firman Allah":
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".

Iblis asalnya Jin yang sangat kuat beribadah, 6000 tahun beribadat di bumi hingga Allah lantik dia menjadi guru malaikat di syurga dengan nama Azazil. Bila ia dah jahat jadi syaitan. Lagi jahat dia masuk dalam badan-badan setiap insan.

Tatkala Allah ingin menjadikan khalifah, Iblis mula merasa iri, hasad dan rasa khalifah tersebut akan lebih dekat dengan Allah berbanding dia. Bila dia tercetus rasa kedudukan dia tercabar maka timbul hasad dengkinya. Dia berusaha mencari sebab musabab, keluar masuk di sekitar syurga mencari kelemahan dan kesilapan yang boleh menentang penciptaan tersebut. Adam dicipta di ambil tanah yang bermacam-macam, ada yang hitam, merah, putih. Itu yang manusia bermacam-macam rupanya. makanya dia memberi tahu malaikat, khalifah itu bukan macam Tuhan. Perutnya kosong, Allah akan datangkan apa yang patut di isi. Manusia itu nanti tak tahu nak buat apa, untuk perut mereka boleh buat macam-macam.

Dia rasa sombong, takabbur. Allah berkata, "keluarlah dari sini"...Sesungguhnya kamu telah di laknat. Dia tewas sebagai ujian pertama bila Allah menguji sujud kepada Adam. Dia ingkar perintah Allah. Dia membantah apa yang ingin jadikan.

Allah bertanya apa yang melarang dia dari sujud kepada Adam. Iblis mengatakan sebab dia lebih baik dari Adam. Dia lupa malaikat lebih baik ciptaannya yakni dari cahaya. Iblis dicipta dari api, sedang Adam dari tanah. Allah bertanya apa baik dan buruknya. Iblis ini, memang cerdik, Dia mengatakan Maksud api itu baik, cerah yakni banyak ilmu. Panas sifat yang hidup dan cergas. Sedang tanah gelap yang melambangkan jahil, dan tidak bergerak, yakni mati. Sememangnya manusia itu bersifat malas dan jahil hakikatnya. sebab ada perut, memikirkan perut baru dia buat kerja. Iblis yaitu syaitan cerdik dan dia tahu apa nak isi di perut manusia.

Orang yang lupa dan tidak ingat pesanan al-Quran dan hadis boleh ditipu oleh syaitan. Iblis derhaka perintah Allah, menjawab mulutnya, dan takkabur. Degil atas kejahatan boleh membawa masuk ke neraka. Begitulah iblis, bila dia mula-mula menyesal Allah perintahkan semula dia sujud di kubur nabi Adam. Iblis tidak mahu katanya, masa hidup pun dia tidak sujud apalagi sudah mati untuk ke kuburnya. Nasihat... dia tak pakai, walaupun Allah beri peluang padanya. Dia tidak menerima.

Allah menyanyangi makhluk terutama manusia. Walau sekian lama kafir, bila kembali kepada Allah, Allah menerimanya. Namun Allah tidak suka orang yang takabbur, sombong seperti iblis. Dia dikutuk dan dilaknat Allah, dia menerimanya bahkan dia mohon supaya tidak dimatikan untuk menyesatkan manusia. Kerana itulah bagi yang tidak betul-betul berpegang kepada al-Quran dan Hadith, maka dia mudah disesatkan oleh syaitan.

Ular yang membantu Iblis mengoda Hawa di dalam syurga, asalnya berkaki. Allah buangkan kakinya. Ular yang menyiksa orang yang tidak solat di dalam kubur nanti adalah ular berbisa bernama Syuja`ul-Aqra` yang dimasukkan ke dalam kuburnya, yang kedua matanya memancarkan api, dan kukunya dari besi yang panjang, setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya dengan suara seperti halilintar yang menyambar, `Aku adalah Syuja`ul-Aqra. Tuhanku telah menyuruhku agar memukulmu karena kamu telah melalaikan shalat Shubuh hingga terbit matahari; karena kamu telah melalaikan shalat Zhuhur hingga Ashar; karena kamu telah melalaikan shalat Ashar hingga Maghrib; karena kamu telah melalaikan shalat Magrib hingga Isya; karena kamu telah melalaikan shalat Isya hingga Shubuh `Setiap pukulan akan membenamkannya ketanah sedalam tujuh puluh hasta, ia terus disiksa seperti ini dalam kuburnya sampai hari kiamat.

Iblis memang sangat pandai merayu, dia goda Hawa dulu. Adam tergoda dengan pujukan Hawa, Tafsir ulama sebahagian mengatakan khuldi itu pokok zaitun, ada pula yang mengatakan pokok gandum. Sememangnya semua ini penyebab sahaja, Allah berkehendak Adam ke dunia. Benih manusia dari Nabi Adam. Mana mungkin orang Ingkar macam Haman, Firaun boleh duduk di syurga.

Sejak azali benih-benih manusia ini berjanji kepada Allah, Allah suluh satu cahaya. Barang siapa yang terkena cahaya tersebut, maka dia beriman lah kepada Allah. Ada yang terkena sedikit, ada yang tidak kena lansung gelap seperti orang kafir. Yang mengenainya awal-awal dah dapat islam. Ini di antara perkara-perkara ghaib yang diceritakan Allah. Dalam rukun iman sendiri 4 termasuk dalam perkara yang ghaib. Mana-mana yang dapat cahaya, faham dia tentang Islam.


Pengajaran di sini, apa sahaja yang Allah larang janganlah kita mendekatinya. Bila Allah tanya Adam, siapa yang suruh dia dekat pada pohon terlarang. Dia kata Hawa yang suruh. Menyatakan orang lelaki dalam syurga dah kalah dengan perempuan. Ini adalah 'sebab' sahaja Allah hendak keluarkan Adam ke dunia. Iblis bersorak suka. Iblis cekak pinggang. kerana itu makruh kita bercekak pinggang. Iblis bersiul-siul dan bertepuk tangan. Maka kita jangan mengikut perbuatan-perbuatan iblis ini, yang dengki, sombong, takabbur, mencari-cari kesilapan dan kelemahan, suka melihat kemusnahan dan berbagai sifat mazmumah lagi.

Kebelakangan ini, dari hari ke hari kita semakin jelas melihat ekonomi, politik dan agama makin berat masalahnya. Bayangkanlah bagaimana generasi akan datang boleh teguh keimanan mereka dalam keadaan sedemikian.

Dalam mengingati diri sendiri dan juga saudara islam yang lain, janganlah kita ikutan perangai buruk syaitan. Firman Allah (al Baqarah : 208): :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."


Semoga kita perkuatkan pegangan kita kepada al-Quran dan Sunnah sebagai sumber kekuatan Ummah. itulah serba sedikit kuliah zohor yang dapat ana petik yang disampaikan oleh Ustaz Maulana di pejabat ana tadi.

Allahu a'lam.

Monday, May 17, 2010

JIWA YANG GELISAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah:
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضاً سُخْرِيّاً وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

"Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. "
Surah Az-Zukhruf :32

Setiap orang telah ditentukan rezeki dan kelebihan masing-masing. Dan Allah tahu kenapa Allah berbuat demikian. Kita sebagai insan perlu redha dan terima dengan penuh kesyukuran setiap ketentuan. Pastinya ketentuan Allah itu sangat baik untuk kita sebagai hambaNya. Hanya kita yang tidak bersangka baik dengan yang Maha Kuasa.

Natijahnya kita mula mencari-mencari kesilapan orang lain, agar kita tampakkan kekurangannya. Agar menampakkan kecacatan orang tersebut. Dalam masa yang sama cuba menaikkan diri, keluarga dan anak sendiri. Memberi gambaran bahawa kemuliaan itu terletak di tempatnya. Bahkan memandang hina orang lain dengan pandangan yang sangka-sangka. Benarlah apa yang kita perhatikan hari ini, bahawa orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri.

Namun haruslah diingat, Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan dan ruang legar kehidupan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: "Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk." Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati. Kejahatan ini akan membuat jiwa seseorang tidak akan tenang. Hatinya disibukkan untuk membuat perbandingan-perbandingan dan mencari-cari kesilapan orang lain yang dianggap persaingannya, agar ketinggian diri dapat ditonton dan ditonjolkan.

Hati yang tidak tenteram membuat pergerakannya juga tidak tenteram. Aura kejahatan itu menjadi unsur dan punca utama dia melakukan sesuatu tindakan yang berani yang penting hatinya puas mendapat apa yang diimpikan. Namun orang-orang beriman, sentiasa berhati-hati serta berwaspada terhadap setiap langkahnya kerana dia sedar setiap perkara tidak lepas dari pemerhatian Allah s.w.t. Orang beriman tetap berpegang dengan prinsip taqwa yang mengaris nilaikan sifat mahmudah dalam dirinya. Ianya juga jelas terungkap dalam pergerakan hariannya yang tidak ambil kisah dengan kegilaan manusia lain yang berlumba-lumba mencari nama.

Keikhlasan adalah satu perkara yang amat penting dijelmakan dalam setiap perkara agar fenomena jatuh menjatuh tidak terjadi dalam apa jua kegiatan yang membabitkan manusia lainnya. Percayalah setiap kebaikan ada balasannya, begitu juga kejahatan tidak telepas dari perhitunganNya.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Kejahatan tidak akan membuat seseorang itu tenang. Bahkan gelisah sentiasa menguasai dirinya. maka bagaimana merawat kesakitan demikian, untuk itu kita jadikan kisah ini sebagai panduan "-

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata:

“Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat,

pertama
, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua,
kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

"
Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Bersamalah kita mengambil menafaat dari ilmu di atas semoga ianya memberi satu sinar yang dapat menyuluh ketandusan dalaman yang tertinta di dada-dada kita tanpa di sedari. moga ianya dapat merawat keimanan kita yang semakin pudar dari hari ke hari dengan bantuan dari Allah yang tidak pernah mengurangi nikmat dan rahmat bagi hamba-hamba yang bersedia untuk membersih diri.

Apa yang baik itu adalah ilham dari Allah s.w.t dan yang kurang itu adalah dari kelemahan yang wujud dari diri ana sendiri.

Allahu a'lam.

USTAZ RAHIM NASIR :Kejadian Alam dan Manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam kesempatan mendengar kuliah maghrib, Alhamdulillah, sedikit sebanyak ana dapat memetik beberapa keterangan ustaz tentang apa yang disampaikan. Ana lewat sampai menyebabkan ana tidak tahu Ustaz membicarakan ayat apa di awalnya. Namun kepala ana dapat menangkap apa yang dibicarakan oleh Ustaz di dalam kuliahnya.

Apa yang dapat ana petik ustaz ada menekankan pertanyaan-pertanyaan Allah, "siapa yang mengatur segala urusan jadi sempurna. Langit dan isinya,bumi dan isinya, sebagaimana yang ditegaskan dalam Surah 29 Al ‘Ankabut Ayat: 19- Allah Ta’ala berfirman:
أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Dan tidakkah mereka fikirkan bagaimana Allah memulai (mengawali) pembuatan makhluk, kemudian Ia akan ulangi pembuatan itu? Sesungguhnya yang demikian itu mudah atas Allah.

Keberadaan kita di alam semesta yang begitu luas ini , dimana di dalamnya terdapat planet-planet yang beredar atas orbitnya kesemuanya itu yang paling kita kenal adalah bumi, matahari, bulan dan bintang . Untuk apa semua ini Tuhan ciptakan?. Sebuah pertanyaan yang demikian susah untuk dijawab dan sampai hari ini masih menjadi misteri. Yang pasti adalah segala apa yang di langit dan bumi dan juga konsep, program dan sistem yang ada pada alam semesta ini Allah SWT penciptanya.

Di dalam surah ini, banyak pertanyaan-pertanyaan Allah yang membuat kita berfikir. Samalah seperti persoalan-persoalan yang disentuh oleh Ustaz, diantaranya kita boleh berfikir pertanyaan Allah siapa yang membuat pendengaran dan penglihatan?. Bayangkan kalau tidak ada kedua-dua anggota penting tersebut. Siapa pula yang menghidupkan manusia yang asalnya mati?. Manusia diciptakan dari saripati air yang hina, bayangkan kesudahan manusia yang ingkar kepadaNya.

Tegas ustaz, bukankah berbuat baik dan membuka ruang orang berbuat baik itu ada pahalanya. Umpama memanjangkan jadual kuliah agama dengan apa cara memberi tahu orang lain, dengan sms atau e-mel atau sebagainya. Begitu pula dosa kalau membuka ruang kepada jalan untuk berbuat jahat dan maksiat jariahnya berpanjangan juga.

Rasulullah S.A.W. bersabda menurut riwayat:“Akan datang pada manusia satu masa, dimana AlQur’an akan lapuk dalam hati manusia, sebagaimana lapuknya kain pada tubuh manusia, urusan mereka semua adalah tamak tidak ada rasa takut padanya. Jika seseorang diantara mereka berbuat baik, ia berkata: Akan diterima akan padaku, dan jikalau ia berbuat jahat, ia berkata:’akan diampuni dosa dosaku”. (HR. Abu Manshur ad Dailami dari Ibnu Abbas)
Maka tunjukkan model kebaikan, jangan tunjuk model kejahatan tegas ustaz. Cetuskan idea yang baik dan bernas yang membawa kebaikan dan pahala yang berpanjangan dalam hidup kita.

Firman Allah dalam (Surah 29 Al ‘Ankabut Ayat: 20)
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah : berjalanlah kamu di bumi, lantas perhatikan bagaimana Ia telah memulai pembuatan (pembikinan), kemudian Allah akan adakan Kejadian yang lain, sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Pada ayat 19 Allah menjelaskan bahwa dimensi fikiran manusia yang dikurniai akal membuatkan dengan demikan luas fikiran daya jangkauannya mampu mengkaji akan asal usul alam semesta dan menjangkau ke masa depan akan sebab musabab sehinggalah hancurnya alam semesta ini pada suatu masa. Bila kita mengamati dan menghalusi dengan lebih dalam lagi bahwa setelah kehancuran alam semesta maka akan terjadi evolusi kembali terbentuknya alam semesta, dimana sebelum ini kita mati kemdian dihidupkan dan isyarat inilah yang bisa kita tangkap dari firman ini, Maha Besar Allah Ta’ala dengan segala kesempurnaaNya. Daya fikir manusia memiliki kemampuan untuk mengkaji dari hasil kajian tersebut dan memahami proses penelitian kejadian alam dan manusia.

Pembuktian demi pembuktian sains dan teknologi akan menjadi rentetan yang berlangsung terus sampai menemukan hasil yang sebenarnya dan meyakinkan tentang Allah dan ciptaannya. Bila melihat penciptaan buaya yang pandai mencari suhu untuk bertelur kemudian kembali ke air anak-anaknya juga bila lahir dapat mengenal ibu mereka. Begitu juga harimau yang mempunyai tanda putih di hujung ekornya, menjadi panduan sebagai lampu di malam hari anak-anak mengekorinya dari belakang. Semua ini menunjukkan kehebatan ciptaan Allah yang tak terjangkau fikiran kita memikirkan tanpa sebarang kajian yang dilakukan. SubhanaAllah.

Pada ayat 20 adalah proses penelitian kejadian binatang sampai fosil manusia, penemuan penemuan ilmiah ini yang dijadikan bukti akan proses evolusi makhluk, siapa dan bagaimana awal mulanya manusia. Bagaimana hebatnya Allah menempatkan kita di dalam rahim ibu yang hidup dalam air tu.. 9 bulan 10 hari. Sekarang ini, cuba kita berendam dalam air kalau tak lemas akhirnya. Hujah Ustaz dalam kuliahnya.

Berbalik kepada ayat tadi, permulaan ayat, menegaskan bahwa Allah Maha Esa, bahwa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; dan ayat -ayat yang lain menyatakan bahwa hari berbangkit benar-benar akan terjadi. Kalau ditanya kepada orang kafir pun siapa yang layak mentadbir alam dan membuat alam ini, nescaya mereka akan kata Allah. Baik yang Islam atau bukan Islam. Kalau dah tahu, kenapa tak mahu beriman, tempelak Allah. Bagi orang kafir, Naluri asal mereka tahu soal ketuhanan. Namun cara penyampaian mereka sesat-sesatnya.

Firman Allah Ta’ala : Surat 31 (Luqman) ayat 25.
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

“Dan jika engkau tanya kepada mereka : Siapakah yang jadikan langit dan bumi? Niscaya mereka menjawab: Allah!” tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahui”.

Bahwa sedikit sekali manusia yang mau mengkaji ayat-ayat AlQur’an, mereka mengerti bahwa yang menciptakan langit dan bumi ini adalah Allah, tetapi mereka tidak mengerti bagaimana proses penciptaannya.

Ambil iktibar dan jangan jadi sombong, bongkak, ego dan tidak terima kebenaran. Cari kebenaran baru hidup ada keberkatan. Cari kawan-kawan yang baik. Selama mana tidak membuat baik kita tidak akan dapat rasa kebaikan. Berbuat baik juga perlukan kesabaran yang tinggi kerana banyak ujiannya. Jadi sedari asal kejadian kita. seperti ayat Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang mukmin di dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahwa hal itu adalah mustahil.

Maka ustaz menyeru kita mensyukuri semua nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada kita semua. Bila kita terlibat membuat kerja-kerja agama, letakkan betul-betul keiklasan kepada Allah. Perkara-perkara remeh, pejamkan mata dan kita redha dan sabar atas ujian tersebut. Semoga apa yang diterangkan dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran serta menafaaat darinya.

Sunday, May 16, 2010

TANAMKAN AQIDAH PADA ANAK-ANAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah swt.

وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
yang maksudnya :" dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ". (QS al-Baqarah ayat 163)

Sememangnya kita sudah sedia maklum, bahawa landasan pokok daripada ideologi Islam itu yang pertama sekali ialah hendak menanamkan akidah Tauhid dalam kalbu dan jiwa setiap umat manusia. Apabila umat manusia di dunia ini telah mempercayai dan mengamalkan kepercayaan tauhid itu didalam jiwa dan pelaksanaan kehidupan pribadi dan kehidupan harian bersama umat yang lain, yakni konsep syahadah telah menjiwai dalam diri setiap orang, maka datanglah ujian apa jua, banjir, tsunami dan malaikat maut sekalipun, maka kalimah tersebut akan terkeluar darinya. Kalimah ini tetap walau hingga ke sakaratul maut.

Jadi, orang yang sebenar-benar faham kalimah syahadah, tidak akan Allah matikan dia melainkan dengan kalimah ini. Selama mana seseorang tidak faham dengan kalimah ini, selama itulah mereka tidak akan takut dengan Allah. Selama itulah mereka tidak kenal pada Allah. Maka berhaklah mereka ini diberi dengan akidah dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. menanamkan akidah terlebih dahulu pada umat islam.

Selagi mereka tidak memahami, maka selagi itulah mereka tidak akan faham kepatuhan sebenar kepada Allah s.w.t, tidak faham hakikat mati dan tidak tahu balasan selepas mati. Kepada para pendidik di tekankan betulkan kefahaman pelajar dalam masa mempelajari sains yang mengatakan bumi terjadi dengan sendirinya, betulkan aqidah mereka dengan mengatakan bahawa bumi dan langit adalah dicipta oleh Allah s.w.t. Tiada satu perkara pun terjadi melainkan ada penciptanya. Melainkan Allah s.w.t yang maha Esa. Jika kefahaman ini tidak dapat di serapkan, maka itulah yang hari ini kita melihat ramainya terlibat dengan zina, ramainya yang terikat dengan dadah. Mereka tidak mengenal pencipta yang sentiasa menjadi penghitung segala apa diperbuat mereka. Inilah yang amat ditekankan oleh Ustaz dalam Kuliah Dhuha bab Aqidah yang ana sempat hadiri hari ini.

Kalimah...
أول ألدين معرفة ألله
“ awal-awal agama itu mengenal Allah"

Sepatutnya ianya telah di tanam seawal-awal oleh kedua ibubapa terhadap anak-anaknya. Dengan kalimah ini lah kemana sahaja mereka berada, mereka akan berlaku benar terhadap Allah. Mereka akan takut melakukan dosa. Maka terselamat anak, terselamat keluarga, terselamatlah masyarakat keseluruhannya.

Bersamalah kita mengambil menafaat dan mengambil berat tarbiyah tersebut, kerana ia adalah amanah yang berat terpikul ke atas setiap ibubapa.

Allahu a'lam.

Saturday, May 15, 2010

USTAZAH NORHAFIZAH : Iktibar dari Ibadah Umrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam mencari keredhaan Allah, kita perlu membuktikan komitmen yang sungguh-sungguh bukan sambil lewa sahaja. Bila Allah mensyariatkan ibadat, ia adalah satu bentuk khusus atau latihan secara langsung yang diberi Allah kepada kita. Semua ini, boleh kita ambil dari pengajaran yang ada sewaktu seseorang menunaikan Umrah atau Haji. Inilah diantara yang dibawa dan disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam kuliah Jumaat di Surau MARA

Pengajaran Pertama : Komitmen terhadap Ibadah

Segala praktikal ibadat yang kita buat di sana sangat-sangat menguji ketahanan kita. Umpama ibadah saie, benar-benar menuntut kekuatan fizikal dan mental kita. Pendek kata urat betis paling kurang akan merasa ketegangan. Namun semua itu tidak menghalang kita untuk menghabiskan saie tersebut. Bahkan berebut-rebut dan berkejar-kejar masing-masing untuk bersembahyang di Masjidil Haram. Solat sunat dan Qiamulailnya juga hebat. Maka, dimana komitmen kita ini yang sepatutnya kita bawa terus dan istiqamah bila kita kembali di tanah air kita?

Di Malaysia kita terlalu memanjakan diri. Baru rasa nak mengantuk. Belum mengantuk dah nak tidur. Berkira-kira nak buat solat sunat. Punyalah kita dalam memberi sepenuh ketaatan dan ubudiyah pada Allah berkira-kira. Bila pergi Umrah, kita Nampak Allah nak tunjuk, bila sakit tubuh badan, letih, cekung biji mata boleh buat semua. Tak boleh berjalan, tolak dengan kerusi roda. Bukan kata tak payah. Tak mampu bayar Dam. Muaqabah (denda) sebagai mengantinya.

Maksudnya bagaimana kita membeza ibadah dan pergantungan kita kepada Allah, tahap komitmen ibadah kita perlu ditingkatkan 10 x ganda lagi. Kalau tak rasa kita duduk di zon selesa. Dah buat solat yang wajib, kita dah rasa selesa. Walhal latihan dari Allah, buka mata, buka hati, tambah ibadah pada Allah. Sebab itu Allah, firman Allah, siapa yang bersama nabi s.a.w. walaupun tak duduk sezaman. Tapi boleh berada dalam golongan para nabiyin ini. Siapa itu….

Mereka yang sentiasa rukuk dan sujud . Sampai kan bebekas wajah mereka akibat terlalu banyak sujud kepada Allah.
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada WAJAH mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). (Al-Fath:29)


Samada dalam bentuk cahaya,
Cahaya Allah akan muncul pada jiwa orang yang banyak mengingat Allah, dan jika iwanya bercahaya maka wajahnya pun terlihat bercahaya dengan cahaya yang indah.
(Habbibana Munzir Almusawa)

Atau tanda sujud atau aura yang ada pada dia, sebab banyak sujud pada Allah. Maknanya untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan bermalas-malas. Di makkah atau madinah kita dapat tidur 3 ke 4 jam sahaja, sanggup bangun awal berkejar-kejar ke masjid. Sampai sini, ada saja alasan kita.

Tawaf wida’ kita hanya tinggalkan Baitullah. Bukan bermakna kita tinggalkan ketaatan kita kepada Allah. Sepatutnya kita balik dengan membawa ketaatan kepada Allah sebagaimana yang boleh kita lakukan di sana. Kita boleh buat solat sunat di sana berakaat-rakaat. Tetapi kenapa tidak di sini..? Tidak lain, kita meletakkan limit ibadah kita kepada Allah sikit sangat. Kalau perkara lain, kita letakkan setinggi-tinggi sasaran . lebih-lebih macam kerja di pejabat. Ye.. Ada satu jabatan, kalau baca Yassin disuruh cepat-cepat habis, alasannya lama ambil masa. Kalau buat kerja, di arahkan buat elok-elok, kemas-kemas, dan buat yang paling baik. Sepatutnya dalam ibadah pun begitulah hendaknya, malahan lebih lagi, sebab kita berhadapan dengan Allah.

Hari ini apa yang perlu kita lakukan, kita kena tingkatkan ibadah. Berapa dan apa yang patut buat. Jika tidak maka temasuklah kita dalam golongan yang bemain-main dan bemalas-malas.

Pengajaran Kedua:- Kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail

Kisah Siti Hajar r.a.ha. seorang wanita seperti kita. Tiada beza dengan kita. Dapat bayi di bawa ke tengah-tengah padang pasir yang tiada tahu tempat mana yang perlu berhenti. Tidak di tahu bekalan yang perlu di bawa. Tak pasti berapa hari perlu dilalui. Tetapi Hajar, ikut sahaja langkah Nabi Ibrahim dalam keadaan sepenuh tawakal kepada Allah. Berlainan dengan kita, telah lengkap dan tahu tujuan dan cukup bekalan kita jika untuk berjalan jauh. Namun beliau di bawa Jauh ke tempat yang tiada manusia dan tumbuhan bahkan kering kontang, akhirnya di perintahkan oleh Allah dia di tinggalkan disitu. Soalan Hajar, isteri yang beriman, “ wahai Ibrahim, Allah kah yang perintah” Bahkan benar, jawab nabi Ibrahim. Maka Hajar berkata “ kalau begitu, "Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kita”.. ujian Hajar bukan 5 hari, bukan 5 tahun, kalau kita pun sakit gigi berapa hari kita boleh bertahan..? ujar Ustazah.

Kalimah Allah Siti Hajar pertahankan bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan Persia-siakan". Gagahnya iman Hajar. Persoalannya, Kita berapa lama tahan dengan ujian yang Allah timpakan kepada kita. Kadang-kadang keluar perkataan-perkataan yang bermacam. Allah buktikan iman Ibrahim, Ismail dan Hajar. Allah keluarkan air zam-zam yang tidak kering-kering hingga ke hari ini.

Untuk sampai ke tahap ini, bila diuji oleh Allah ketahap mana tahan kita tehadap ujian tersebut. Kita cepat protes dengan Allah. Macam mana kita kalau kita yang ditinggal kan begitu. Hebat iman mereka. Sai itu mengajar, orang lelaki pun kena ikut apa yang Hajar buat.

Iman yang kental, teguh , ketahanan dengan ujian maka kita akan dapat mendekatkan diri pada Allah. Walaupun ujian kecil yang Allah beri, ingat kata-kata Hajar, bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kita”. Ini janji Allah, bukan boleh diukur sehari dua, kita ada anak, ada cucu. InsyaAllah, mana tahu suatu hari kita menjadi ibu atau nenek kepada seorang ulama’.

Nabi Ayub berapa lama dia tahan dengan ujian Allah, walau orang lain dah lari meninggalkannya.
Maka, Gandakan iman, bajai ia dengan menuntut ilmu. Nampak sangat kita belum membajai iman kita kalau kita sambil lewa sahaja tehadap ibadah-ibadah kita.

Pengajaran Ketiga: Tumpuan kepada Allah

Di Masjidil Haram, kita diasak oleh terlalu ramai manusia. Kehadiran mereka boleh mengalih perhatian kita. Dengan kelakuan-kelakuan mereka. Apa pengajarannya. Jutaan manusia dengan karenah dan ragam mereka, tumpuan dan fokus kita tidak lari.
“ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ…”
Aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi,

Begitulah hendaknya kita, apa pun ujian, rintangan, halangan, mulut tak cakap apa, hati tak mendengus, kita tumpukan kepada Allah. Manusia sekeliling, adalah merupakan alat dan perkakas, baik anak, suami, rakan kerja, perkakas untuk uji kita, maka jangan kita keluar dari landasan. Sedang manusia keliling adalah orang yang dijadi bahan uji. Pastikan kita berada atas landasan walau datang ujian yang menghalang. Kadang-kadang kita terlalai dan terikut, maka amatlah ruginya kita terpedaya. Walhal kalau kita betul di landasan Allah, kita tidak terikut dengan rentak-rentak demikian. Semua itu tidak akan menganggu gugat tumpuan kita kepada Allah, landasan untuk mencari keredhaan Allah.

Cara menilai kita berada di landasan ini atau tidak. Cuba renung, Hati kita ni terletak di zon rehat atau penat. Kadang-kadang hati kita penat, macam-macam fikir. Macam-macam harapan, kehendak. Penat hati kita. Orang yang hati rehat, untuk mencari keredhaan Allah, dia tidak kisah, nak naik pangkat ker, naik gaji ker dan apa jua. Dia yakin, bila Allah berkehendak, itulah yang terbaik untuk dirinya. Soal lain, itu hak mutlak Allah. Nampak macam walau seluruh manusia tak bagi, kalau Allah bekehendak, Allah akan bagi. Kalau Allah tidak berkehendak ia tak kan jadi. Maknanya itulah penyerahan yang bulat kepada Allah.

Setiap hari kita kena muhasabah diri.
Talkinkan diri dengan kalimah “لا إله إلا الله”.
Kita buat sendiri , baharui iman, niat kita. Zikirlah. Hati kita akan rehat, tenang. Sebab kita serahkan segala-galanya kepada Allah. Bila sebut cari keredhaan Allah, ada tahap-tahap yang perlu kita lalui untuk sampai kepada redha Allah tersebut. Untuk sampai kepada kecintaan kepada Allah. Sekurang-kurang kita perlu ada sifat 'Khauf" yakni takut kepada Allah.

Takut yang sebenar-benar pada Allah, dengan kata lain, seluruh hati dan tubuh badan akan respon. Contoh takut ular, harimau, kita betul takut, lari sampai hilang akal. Takut ini mahal. Sampai orang hilang ingatan. Solafus soleh, takut… hebat ketakutan mereka. Kalau kita takut dengan manusia, umpama perompak datang dengan parang, kita boleh tinggal segala yang berharga untuk selamatkan diri. Tapi bagaimana takut kita dengan Allah. Kita tidak tinggalkan dunia yang sia-sia, walaupun kita kata takut kepada Allah.

Takut dengan makhluk kita akan lari. Tetapi takut dengan Allah kita akan lebih dekat dengan Allah. Kisah Umar bin Abd Aziz, ketika dia disuntik ketaqwaan kepada Allah, dia menangis di waktu malam, bila ditanya isterinya, dia mengatakan beliau takut memikirkan bagaimana keadaannya bila berhadapan dengan Allah nanti. Walhal dia tidak tinggal lagi ibadah diwaktu malam.

Marilah bersama-sama kita lahirkan kecintaan sebenar kepada Allah. Bagiamana kita akan mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah, sedangkan terlalu kurangnya kita beribadah dan mengabdi diri kepada Allah. Allah boleh muliakan siapa yang Allah hendak, Allah juga boleh hinakan siapa yang Allah berkehendak. Takutlah... bila kita tergolong dalam mereka yang tidak terpilih untuk dimuliakan. Nauzubillah. Kadang-kadang orang kampung yang miskin yang penuh ujian, sangat redha, lidahnya sentiasa mengatakan, itu kehendak Allah. Bayangkan, walaupun di ceruk kampung, kalau Allah muliakan dia, maka tersangat mulialah dia di sisi Allah.

Begitulah penutup bicara Ustazah pada tengahari tersebut, semoga kita terpilih menjadi insan yang sentiasa dimuliakan oleh Allah s.w.t. Allahu a'lam.