بسم الله الر حمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan: "Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat; lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.
Berbicara mengenai sedekah, terbayang pada ana saat kecil dulu, tanpa keperluan kehidupan sangat perit dirasakan. saat itu belajar bersuluhkan pelita minyak tanah. kadang-kadang pelita jatuh, terbakar buku sekolah. Tidur lambat menolong ibu membuat kuih muih. pagi bangun mengoreng kuih. Abah ke ladang menoreh getah. tengaharinya balik sekolah ke sawah. Petangnya mengejar kambing di hutan. kerbau di Solok Bansan. Oh... peritnya kehidupan waktu itu. saat itu, hidup orang lain hampir sudah mewah. Hidup keluargaku masih demikian. Namun manisnya bila hidup dalam keredhaan Tuhan. Sangat manis....
Namun, semua itu mengajar erti kesabaran.Semua itu melahir ketabahan. semua itu membuat kita berfikir banyak orang.Kini, hati kita akan terharu, pilu bila memandang jika ada lagi yang menghadapi beberapa kekurangan. Lantas, tatkala ana merenung, betapa sukarnya ustaz-ustaz di Pengajian al-Quran menghidupkan Pusat-pusat al-Quran, mengajar ilmu Tuhan, maka terdetik di hati ana betapa kekurangan-kekurangan tersebut memerlukan beberapa orang turun tangan.
Gaji ustaz-Ustaz, tidak sehebat gaji yang berMajikan. Namun keikhlasan dan kesungguhan mereka, terlalu besar di sisi Tuhan. Mereka mendidik anak-anak generasi al-Quran. Menelan berbagai kepahitan. Sebagai saudara Islam, mari bersama kita turun tangan. Agar meringankan bebanan. Kita menyahut kalam Tuhan. InsyaAllah segala yang dilaku penuh keiklasan ada perhitungan di sisi Tuhan. Ayuh kita bersama turun tangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan baangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."
Rasulullah s.a.w. pula bersabda :
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".