Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, February 09, 2010

TERIMA KASIH KAKAK DAN ABANG IPAR SERTA ANAK-ANAK SAUDARAKU..













ALONG....... CANTIKNYA BUNGA ROSSELE DI KEBUN BELAKANG RUMAHMU....

Ana merasa sangat bersyukur kepada Allah s.w.t yang selalu memudahkan hamba-hambanya dan menentukan satu ketentuan yang diluar jangkaan. Betapa Allah telah memberi peluang kepada kakak dan abang ipar ana untuk meraikan pelajar-pelajar Tahfiz Al-Kholidi di rumah mereka.

Tak sangka, persiapan mereka sangat memeranjatkan. Sumbangan mereka tersangat besar. Yang paling membuat kami rasa gembira... bagi pelajar-pelajar ini, kami semua adalah Ummi dan Mama mereka....

Alhamdulillah.....

USTAZ TAHFIZ AL-KHOLIDI SANGAT MENGAMBIL BERAT PELAJAR-PELAJARNYA










Terharu melihat Ustaz Azman salah seorang Ustaz Tahfiz al-Kholidi, sanggup tidur dengan pelajar-pelajar, untuk menjiwai dan mendengar keluh kesah dan rintihan pelajar-pelajar.

Masa ana ke Tahfiz di Ukay Bistari untuk mengirim sesuatu, malam sebelum Ustaz Yunus melawat Tahfiz di Kuantan, juga, ana melihat Ustaz Azman sedang memberi ubat dan melayan dengan baik seorang pelajar yang demam.

Begitulah Ustaz-Ustaz yang lain, Ustaz Sobri, berkorban melayan makan minum pelajar-pelajar di samping mengajar mereka. Ustaz Zul, walaupun ana tidak berjumpa sewaktu datang tempoh hari, namun keperihatinan beliau memberi panduan jalan ke Tahfiz dalam telefon, sangat dihargai.

Moga, semua Ustaz-Ustaz dan pelajar-pelajar di Tahfiz al-Kholidi sentiasa dalam berkat dan rahmat Allah. Amin.

Monday, February 08, 2010

SEBAK RASA DI HATI TATKALA MULA MELANGKAH PERGI..

















GAMBAR-GAMBAR INI DIRAKAM TATKALA PELAJAR-PELAJAR MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT SUNAT MAGHRIB. Dalam sebak dan terharu untuk pulang, ana sempat merakam gambar ini ketika mereka khusyuk menunaikan solat.

Sebelum itu, alunan azan dari seorang pelajar sangat merdu dan nyaring sekali. Walaupun tidak memakai pembesar suara. Rupanya anak-anak ini telah dilatih melaungkan azan... MasyaAllah... sungguh indah suasana di Tahfiz ini...


Saat-saat untuk pulang ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak-anak di Tahfiz al-Kholidi Cawangan Kuantan, Pahang .. terasa sebak di dada. Tergenang air mata, bercampur baur antara terharu dan pilu juga gembira dan bersyukur.. kerana Allah memilih anak-anak ini dijalan yang sangat diredhai.

Ya... masih ramai anak-anak remaja seperti ini, di bandar yang hidup mereka hilang arah tujuan. Mereka kekosongan lantas tak jumpa jalan pulang. Mereka hidup penuh nafsi-nafsi.

Moga suatu hari nanti mereka juga akan menjadi pilihan Allah untuk bersama mereka-mereka yang berada di jalan yang diredhai....

MAKAN TENGAHARI DI RUMAH MAMA KUANTAN PADA 7HB. FEB. 2010

















Gambar-gambar ini diambil sewaktu pelajar dan Ustaz Azman serta Ustaz Sobri dari Tahfiz al-Kholidi menikmati makan tengahari di rumah MAMA (kakak ana).

Semua yang ana rakamkan ini, untuk menghilang rasa rindu kita semua terhadap anak-anak yang rela hati meninggalkan kita dalam sebak rindu didada-dada kita semua semata-mata mencari keredhaan Allah.

Bayangkan jika anak-anak ini dapat makan bersama-sama kita....

RINTIHAN SEORANG ANAK



ABAH.... SYAZWAN RINDUKAN ABAH...

Khas buat Encik Lanz Hamid

LAPARNYA MEREKA DALAM KEBASAHAN















Walaupun mandi waktu matahari tegak di kepala, namun nampak anak-anak ini, sangat riang. Dalam kebasahan pasti mereka sangat kelaparan. Syukurlah ada beberapa gerai di tepi pantai dapat mereka mengalas perut sebelum bertolak ke rumah MAMA... untuk makan tengahari...

RIANGNYA ANAK-ANAK TAHFIZ INI KALI PERTAMA PERGI REHLAH DI PANTAI SEJAK MULA BELAJAR










Ana rasa sangat terharu, melihat betapa ternanti-nantinya anak-anak ini kedatangan ana pada pagi-pagi lagi pada hari Ahad 7hb. Feb, 2010 kerana ana janji untuk membawa mereka semua ke pantai dengan 2 buah kereta bersama Ustaz Azman. Namun, ana terlewat sampai kerana, tak terancang pagi itu, masa banyak terpakai membeli barang untuk dibawa ke Tahfiz dan mencari pantai yang agak sesuai sedikit untuk anak-anak ini.

Walaubagaimana pun, mereka sangat gembira, walaupun mereka bersiap sejak pagi lepas subuh. Sedih gak hati ini....

Namun melihat mereka berlari bermain bola dan gembira mandi di laut.. hilang rasa ralat di hati ...

Menitis air mata, melihat keseronokan anak-anak ini, berkorban menginfakkan diri mencari ilmu Allah yang maha suci... Alhamdulillah...

MASYALLAH...RIANGNYA MEREKA DI PANTAI.