Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, December 27, 2012

99 NAMA ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم







AR-RAHMAN
MAHA PEMURAH
AR-RAHIM
MAHA PENGASIH
AL-MALIK
MAHA AGUNG
AL-QUDDUS
MAHA SUCI
AS-SALAM
MAHA SELAMAT SEJAHTERA
AL-MUKMIN
MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN
AL-MUHAIMIN
MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
AL-AZIZ
MAHA BERKUASA
AL-JABBAR
MAHA KUAT
AL-MUTAKABBIR
MAHA MEMILIKI KEBESARAN
AL-KHALIQ
MAHA PENCIPTA
AL-BARI
MAHA MENJADIKAN
AL-MUSAWWIR
MAHA PEMBENTUK
AL-GHAFFAR
MAHA PENGAMPUN
AL-QAHHAR
MAHA MENENTUKAN
AL-WAHHAB
MAHA PEMBERI
AR-RAZZAQ
MAHA PEMBERI REZEKI
AL-FATTAH
MAHA PEMBUKA
AL-ALIM
MAHA MENGETAHUI
AL-QABIDH
MAHA PENGEKANG
AL-BASIT
MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT
AL-HAFIDD
MAHA MERENDAHKAN
AR-RAFI’
MAHA MENINGGIKAN
AL-MU’IZ
MAHA MEMULIAKAN
AL-MUZIL
MAHA MENGHINAKAN
AS-SAMI’
MAHA MENDENGAR
AL-BASIR
MAHA MELIHAT
AL-HAKAM
MAHA PENGHUKUM
AL-‘ADL
MAHA ADIL
AL-LATIF
MAHA LEMBUT
AL-KHABIR
MAHA MENGETAHUI
AL-HALIM
MAHA PENYANTUN/SABAR
AL-‘AZIM
MAHA AGUNG
AL-GHAFUR
MAHA PENGAMPUN
ASY-SYAKUR
MAHA BERSYUKUR
AL-‘ALIY
MAHA TINGGI
AL-KABIR
MAHA BESAR
AL-HAFIZ
MAHA PEMELIHARA
AL-MUQIT
MAHA PENJAGA
AL-HASIB
MAHA PENGHITUNG
AL-JALIL
MAHA SEMPURNA
AL-KARIM
MAHA PEMURAH
AR-RAQIB
MAHA MENGAWASI
AL-MUJIB
MAHA MENGABULKAN
AL-WASI’
MAHA LUAS
AL-HAKIM
MAHA BIJAKSANA
AL-WADUD
MAHA MENGASIHANI
AL-MAJID
MAHA MULIA
AL-BA’ITS
MAHA MEMBANGKITKAN
ASY-SYAHID
MAHA MENYAKSIKAN
AL-HAQ
MAHA BENAR
AL-WAKIL
MAHA PENTADBIR
AL-QAWIY
MAHA KUAT
AL-WALIY
MAHA PELINDUNG
AL-MATIN
MAHA TEGUH
AL-HAMID
MAHA TERPUJI
AL-MUHSI
MAHA PENGHITUNG
AL-MUBDI
MAHA MEMULAI
AL-MU’ID
MAHA MENGEMBALIKAN
AL-MUHYI
MAHA MENGHIDUPKAN
AL-MUMIT
MAHA MEMATIKAN
AL-HAYY
MAHA HIDUP
AL-QAYYUM
MAHA BERDIRI SENDIRI
AL-WAJID
MAHA PENEMU
AL-MAJID
MAHA MULIA
AL-WAHID
MAHA ESA
AL-AHAD
MAHA ESA (SATU)
AS-SAMAD
TEMPAT BERGANTUNG
AL-QADIR
MAHA BERUPAYA
AL-MUKTADIR
MAHA BERKUASA
AL-MUKADDIM
MAHA MENYEGERAKAN
AL-MUAKHIR
MAHA MENGAKHIRKAN
AL-AWWAL
YANG PERTAMA
AL-AKHIR
YANG AKHIR
AZ-ZAHIR
YANG ZAHIR
AL-BATIN
YANG BATIN
AL-WALI
YANG MEMERINTAH
AL-MUTA’ALI
MAHA TINGGI & MULIA
AL-BARR
MAHA BAIK
AT-TAWWAB
MAHA PENERIMA TAUBAT
AL-MUNTAQIM
MAHA PENGHUKUM
AL-‘AFUW
MAHA PEMAAF
AR-RAUF
MAHA BELAS KASIHAN
MALIKUL-MULK
MAHA PEMILIK KERAJAAN
DZUL-JALALI
MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
AL-MUQSIT
PEMILIK KEADILAN
AL-JAMI’
MAHA MENGUMPULKAN
AL-GHANIY
MAHA KAYA
AL-MUGHNI
YANG MAHA MEMAKMURKAN
AL-MANI’
MAHA PENCEGAH
AD-DARR
MAHA MENDATANGKAN
AN-NAFI’
YANG MEMBERI MANFAAT
AN-NUR
MAHA PEMBERI CAHAYA
AL-HADI
MAHA PEMBERI PETUNJUK
AL-BADI’
MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
AL-BAQI
MAHA KEKAL
AR-WARITS
MAHA MEWARISI
AR-RASYID
MAHA PEMBERI PETUNJUK
AS-SABUR
MAHA PENYABAR

Tuesday, December 25, 2012

40 HARI BERSAMA KAWAN ANDA

بسم الله الرحمن الرحيم 



Siapa kawan anda?... cukup  40 hari anda duduk di Kelantan, insyaAllah anda bisa bercakap Kelantan.  Begitu juga jika anda berada di negeri lain, anda akan mengikut loghat orang tersebut.   40 hari anda bersama seseorang, anda akan mengikut "style" orang tersebut..

Jadi siapa kawan anda… jika 40 hari anda berada bersama orang-orang ke masjid, insyaAllah anda menjadi orang masjid.  Berturut-turut anda melakukan satu perkara selama 40 hari, anda akan dikuasai apa  yang anda lakukan…

Pentingnya 40 hari tersebut.. jika demikian, lakukan apa sahaja yang baik-baik dalam tempoh 40 hari berturut-turut. InsyaAllah, anda akan mahir dalam perkara tersebut.

Jadi elakkan meninggalkan sesuatu yang baik dan bermenafaat  dalam tempoh 40 hari. Seperti, mendengar majlis ilmu, membaca al-Quran, melakukan amalan sunat, berkata yang baik-baik…. Bimbang anda akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga.

Begitu juga, elakkan berbuat sesuatu yang tidak baik berturut-turut selama 40 hari. Bimbang anda akan menyesal nanti…

Sunday, December 23, 2012

TERJAMINKAH KITA

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam tadi sewaktu hendak tidur, fikiran ku melayang… andainya esok aku tiada lagi di dunia ini, mampukah aku bergembira meninggalkan anak-anak yang masih belum ada jaminan berada terus menerus di jalan taqwa… apa lagi diri ini.  Kita tidak mendapat jaminan, sebagaimana Rasulullah s.a.w. , keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda… mereka di jamin dengan syurga Allah.

Siapa kita untuk mangakui banyak dan baiknya amalan kita. Siapa kita untuk merasakan amalan yang dibuat pasti diterima… namun bersangka baik dengan Allah.. tugas kita, menurut apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang…

Gelodak jiwa memikirkan hari ini berbagai kekhuwatiran,  bimbang apabila mati datang tiba-tiba, kiamat terjadi sebagaimana yang dijanjikan Allah. Bagaimana persediaan….   Mereka masih ketawa, seolah hilang terus dari ingatan mereka, bahawa hari pengadilan akan tiba, hari penyesalan akan menjelma, hari  penentuan akan dirasa…

Ya Allah… lindungi lah seluruh keluargaku, umat islam keseluruhannya dari kemunafikan dan kesyirikkan. Kembalikan kami dengan hati yang tenang tenteram dalam keadaan istiqmah di jalanMu ya Allah…

Bimbang…bimbang….  Melihat kiri dan kanan, depan dan belakang. Masih lalai manusia membicarakan hal keduniaan, umpatan yang berpanjangan terhadap insan-insan yang dibencikan. Pangkat dan gelaran menjadi kejaran, hingga sanggup bermusuhan dan berpijak-pijakan…

Ngeri melihat demikian… manusia memang suka melakukan kerosakan.. kembalilah kepada Tuhan, aduhai insan….