Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, December 20, 2012

BAGAIMANA PERSEDIAAN ANDA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita tidak boleh menafikan Kiamat pasti berlaku kerana ianya adalah rukun Iman.  Cuma tarikhnya yang kita tidak tahu. Menolak sama sekali kejadian kiamat adalah tidak betul.

Apa yang membuat kita terpanggil  yang menuntut kita membuat persediaan  kebaikan agar kematian kita yang menjemput yakni kiamat kecil pasti berlaku bila-bila masa jua yang juga tidak kita ketahui tarikhnya.

Justeru itulah, bila mendengar keadaan yang mengingatkan kita bahawa dunia pasti berakhir, apakah kita terus menerus dalam keadaan maksiat, bergelumang dosa, membuka aurat, meninggal solat dan segala macam perkara yang mengundang murka Allah..??

Memang ada yang panas hati mendengar peringatan agama, dengan alasan menakutkan mereka, mengencangkan denyutan jantung mereka yang sedia sakit dan berbagai lagi alasan kemarahan mereka. Apakah cukup itu sahaja, tanpa kembali bersedia menghadapi saat-saat mati dan kiamat itu dengan penuh persediaan keimanan dan ketaqwaan.  Sebagai umat islam, kita percaya adanya hari pembalasan, adanya syurga dan Neraka… Lantas… apa  persiapan kita..!!

Monday, December 17, 2012

DOA APABILA BARANG KITA HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalu juga kita kehilangan barang-barang hingga sangat menyedihkan kita. Namun kita ada Allah untuk membantu kita mendapatkan semula barang kita. Mari sama-sama kita baca doa ini.....






“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Saturday, December 08, 2012

CERITA MU TIDAK PERNAH HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم


Berkaca-kaca mata  bila seseorang bercerita tentang MAKKAH dan MADINAH.  Ia  tiada tempat lain sehebat tempat ini. Cerita mengenainya tidak akan hilang walau ditelan masa.  Pasti ianya tetap segar dan bugar dalam ingatan. Seolah-olah baru semalam ke sana.

                Apalagi pada yang pernah menjejaki kaki ke sana, pastinya  serasa hendak terbang aje ke sana. Ya Allah, terima kasih sangat-sangat atas jemputan menjadi tetamu Mu ya Allah. Kali ini, bertambah lagi jemputan mu buat keluargaku. Terima kasih ya Allah… mudahkan kami Ya Allah.

                Berilah kekuatan aku membimbing mereka-mereka yang ku bawa ini ya Allah. Mudahkan kami, terimalah kami untuk mendapat Umrah yang Maqbulah dan Mabrurah di sisi mu Ya Allah..

                Ya Allah, dalam pada sebahagian mengejar keduniaan, berlumba-lumba membeli rumah besar, berlumba-lumba membeli kereta dan peralatan canggih, ku korbankan keinginan duniawi tersebut, semata-mata untuk selalu berada di Tanah suci ya Allah. Jika ditaqdirkan mati pun, aku rela mati di sana tempat dan taman syurga.. 

                Ya Allah, semakin hari semakin meronta jiwa untuk terus berada di sana. Namun aku tetap menyeru insan lain, agar mereka juga beralih keinginan untuk ke sana ya Allah. Meskipun aku tidak mampu untuk menjadikan keinginan pada mereka satu keperluan mereka. Namun aku yakin ya Allah, masih ramai yang ingin ke sana, namun terhalang oleh pelbagai perkara. Permudahkan lah insan-insan yang beriman dan beramal soleh untuk ke sana ya Allah. Engkau menyeru kami kepada keimanan, kami telah beriman ya Allah. Maka perkenankan hajat-hajat kami untuk ke sana Ya Allah.

                Setiap insan yang kembali dari sana, terus menerus mengisahkan indahnya pengalaman dan kenangan mereka di sana. Membuatkan hati ini, semakin terpanggil ya Allah. Ya Allah permudahkan perjalanan kami  nanti..  2 bulan menanti hari perjalanan ke sana, serasa terlalu lama ya Allah… mudahkan kami ,  perkenankan doa-doa kami…   Amin ya RAbbal alamin.

Friday, December 07, 2012

HILANGLAH LAZAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari-hari mendengar rakan-rakan sakit. Rakan-rakan meninggal dunia..  masa ini lah kita  semakin dapat merenung betapa lemahnya kita sebagai manusia. Sifat fana yang ada, akhirnya sampai ke kemuncak kemusnahannya.
                Masa seperti inilah,  kita merasakan betapa ruginya masa sihat yang berlalu dengan sia-sia, yang diperguna mencari harta dunia, yang semakin melemahkan jasad kita, memamah usia kita, memakan kesihatan kita. Segalanya kini sudah tidak nikmat lagi… semuanya telah hilang keinginan. Bila sakit datang tiada lain difikirkan, hanya fikirkan perlukan SIHAT semata.
                Masa seperti ini lah kita merasa apa sahaja yang lazat sebelum ini semua sudah tidak lazat.  Makanan sudah tidak lazat, duit yang banyak bukan boleh membeli sihat walau bertimbun dibeli ubat. Tidur yang nyenyak sudah tidak didapat menanggung sakit meskipun tilam tebal bertingkat.
                Apalagi pangkat, bila sakit orang pandang pun mula meluat.  Yang selalu mengangkat kini semakin tidak mahu dekat. Bagi mereka pasti ada orang lain yang akan mengisi tempat.         
                Begitulah adat. Hilang sihat hilanglah lazat. Maka kepada Allah lah kembali segala tumpuan dan ibadat. Itu pun kalau masih sempat. Sayangnya ramai yang telah terlewat….
                Justeru itu, ayuh teman, jangan berlengah lagi, kembali menghitung diri, kembali mencari Illahi, agar hidupmu sentiasa diberkati…..

Wednesday, December 05, 2012

PERLUKAH STRESS... KITA KAN ADA ALLAH..

بسم الله الرحمن الرحيم

STRESS….!!
Hari-hari ku mendengar rungutan dari rakan sekerja tentang stress… agak rimas juga jika hari-hari dengar jeritan demikian. Namun ku renung kepada ketentuan Allah, ku masih mampu tersenyum… terima kasih ya Allah… kerana aku tidak begitu.
            Ye lah…  bila ku kaitkan dengan diriku, aku yang memilih kerja, aku yang memilih untuk memikul amanah, maka aku perlu tempuh semua ini. Maka apa perlunya stress, aku ada Allah.  Apapun masalah ku, aku akan mengadu pada yang sangat ku sayang...   Allah memang jadikan kita untuk di uji.

            Ada pula yang mengeluh pasal anak-anak. Masa tiada anak mahukan anak. Bila sudah ada anak, maka kita perlulah dengan redha menempuh semua ujian yang bakal datang dari anak-anak. Itu juga janji Allah s.w.t. sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya :

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ


Renung dalam-dalam, tiada apa yang perlu di ‘stress’ kan… kiranya perkara yang menjadikan demikian soal dunia yang akan ditinggalkan.  Berlalunya masa, berlalunya umur kita. Sebanyak mana umur yang tinggal untuk mencari keredhaan Allah..

            Yang perlu dirisaukan jika pegangan agama semakin longgar, hidup semakin jauh dari agama. Maka ini yang perlu ditangani secara serius. Jika ini yang membuatkan stress, tempuhi dengan penuh kekuatan, kerana memperjuangkan haq Allah, secara begini mendatangkan pahala yang sangat besar… apa jua perkara yang mempertahankan perkara yang mempereratkan hubungan dengan Allah, menjaga agama Allah… ia adalah suatu tuntutan yang mesti dilaksanakan…  moga Allah memberi kekuatan pada semua umat islam..

            Ayuh gembirakan hidup dengan menghampirkan diri kepada  Allah , Tuhan sekelian alam….



Tuesday, November 27, 2012

KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersenyum  ku  mendengar seorang kawan yang agak cemas menalipon ku pada awal Muharram baru ni.. oh…  masuk je tahun baru islam… maka 5 hari lagi usia ku akan bertambah mengikut kelender masihi.  Pada 15 November 2012 ( 1 Muharam) 1434H)  barulah  ku ketahui, bahawa kebanyakan kawan2 sekolah ku  mengira aku sudah tiada lagi di dunia ini…

                Patut pun kakak ku mengatakan ada seorang kawan yang mencari ku di kampung. Namun macam pelik aje caranya… apapun Alhamdulillah… mengikut kelendar masihi, pada 20 November 2012 usia ku berganjak lagi. Maknanya hari ini, aku masih diberi nafas oleh Allah s.w.t  untuk terus mencari keredhaannya…  Alhamdulillah…

                Memang apabila kebenaran bahawa aku  masih hidup diketahui pada  15 November 2012  itu , kawan2 nampaknya sedang membicarakan  seorang rakan yang dua hari sebelum itu meninggal dunia.. ya… aku  ingat rakan tersebut. Malah Ku  mendoakan di dalam hati kesejahteraan roh Allahyarham… namun aku tidak menonjol sangat untuk memberi sebarang komen…. 

                Dan sehari dua ini, seorang lagi rakan sekolah ku meninggal dunia… ia… KEMATIAN…  bicara kematian, adalah suatu PERINGATAN..  Apabila kita mendapat tahu berita kematian, itu tandanya amaran buat kita , bahawa   Kematian KITA… semakin hampir…

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan

surah   آل عمران   AYAT 185


Tuesday, November 13, 2012

JANJIMU BENAR YA ALLAH...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah….
Hari berganti hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun…. Aku pun sudah berpindah ke Shah Alam diam tak diam November 2012 dua tahun rupanya….

Cantiknya pemberian Allah, terus melimpahkan rahmat dan kurnia yang tidak terhingga kepadaku dan anak-anakku… benar janji Allah… Allah akan menganti segala yang dibelanjakan di jalanNya.. lebih-lebih bila kita ke Makkah…

Ramai mungkin tidak menyedari, bentuk gantian Allah dalam berbagai segi..  Paling di syukuri Allah masih menjemput aku dan anak ku lagi ke sana… Terima kasih ya Allah…

InsyaAllah aku akan terus menerus ke sana sehinggalah nafas ku berakhir.  Moga Allah mengizinkan aku untuk menjadi penghuni Baqi’ suatu hari nanti.  Anak ku menjadi penghuni al-Ma’la maka setidak-tidak tanah suci pernah berada dalam rahimku.  Ini kerana sering mendengar ustaz berkata, kita akan mati di mana tanah kejadian kita diambil… Ya Allah, terima kasih ya Allah… bila bayi ku mati di Tanah suci Makkah… itulah tanah yang Engkau ambil untuk menjadikan dia…

Kini sudah 7 tahun dia besemadi di sana…. Sejak itulah engkau sentiasa memanggil ku dan anak sulungkan sentiasa ke sana…. Bahagianya Ya Allah, atas pemberian ini…

TERIMA KASIH YA ALLAH….. Atas segala kurniaanMu ini…