Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, December 07, 2012

HILANGLAH LAZAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari-hari mendengar rakan-rakan sakit. Rakan-rakan meninggal dunia..  masa ini lah kita  semakin dapat merenung betapa lemahnya kita sebagai manusia. Sifat fana yang ada, akhirnya sampai ke kemuncak kemusnahannya.
                Masa seperti inilah,  kita merasakan betapa ruginya masa sihat yang berlalu dengan sia-sia, yang diperguna mencari harta dunia, yang semakin melemahkan jasad kita, memamah usia kita, memakan kesihatan kita. Segalanya kini sudah tidak nikmat lagi… semuanya telah hilang keinginan. Bila sakit datang tiada lain difikirkan, hanya fikirkan perlukan SIHAT semata.
                Masa seperti ini lah kita merasa apa sahaja yang lazat sebelum ini semua sudah tidak lazat.  Makanan sudah tidak lazat, duit yang banyak bukan boleh membeli sihat walau bertimbun dibeli ubat. Tidur yang nyenyak sudah tidak didapat menanggung sakit meskipun tilam tebal bertingkat.
                Apalagi pangkat, bila sakit orang pandang pun mula meluat.  Yang selalu mengangkat kini semakin tidak mahu dekat. Bagi mereka pasti ada orang lain yang akan mengisi tempat.         
                Begitulah adat. Hilang sihat hilanglah lazat. Maka kepada Allah lah kembali segala tumpuan dan ibadat. Itu pun kalau masih sempat. Sayangnya ramai yang telah terlewat….
                Justeru itu, ayuh teman, jangan berlengah lagi, kembali menghitung diri, kembali mencari Illahi, agar hidupmu sentiasa diberkati…..

Wednesday, December 05, 2012

PERLUKAH STRESS... KITA KAN ADA ALLAH..

بسم الله الرحمن الرحيم

STRESS….!!
Hari-hari ku mendengar rungutan dari rakan sekerja tentang stress… agak rimas juga jika hari-hari dengar jeritan demikian. Namun ku renung kepada ketentuan Allah, ku masih mampu tersenyum… terima kasih ya Allah… kerana aku tidak begitu.
            Ye lah…  bila ku kaitkan dengan diriku, aku yang memilih kerja, aku yang memilih untuk memikul amanah, maka aku perlu tempuh semua ini. Maka apa perlunya stress, aku ada Allah.  Apapun masalah ku, aku akan mengadu pada yang sangat ku sayang...   Allah memang jadikan kita untuk di uji.

            Ada pula yang mengeluh pasal anak-anak. Masa tiada anak mahukan anak. Bila sudah ada anak, maka kita perlulah dengan redha menempuh semua ujian yang bakal datang dari anak-anak. Itu juga janji Allah s.w.t. sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya :

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ


Renung dalam-dalam, tiada apa yang perlu di ‘stress’ kan… kiranya perkara yang menjadikan demikian soal dunia yang akan ditinggalkan.  Berlalunya masa, berlalunya umur kita. Sebanyak mana umur yang tinggal untuk mencari keredhaan Allah..

            Yang perlu dirisaukan jika pegangan agama semakin longgar, hidup semakin jauh dari agama. Maka ini yang perlu ditangani secara serius. Jika ini yang membuatkan stress, tempuhi dengan penuh kekuatan, kerana memperjuangkan haq Allah, secara begini mendatangkan pahala yang sangat besar… apa jua perkara yang mempertahankan perkara yang mempereratkan hubungan dengan Allah, menjaga agama Allah… ia adalah suatu tuntutan yang mesti dilaksanakan…  moga Allah memberi kekuatan pada semua umat islam..

            Ayuh gembirakan hidup dengan menghampirkan diri kepada  Allah , Tuhan sekelian alam….



Tuesday, November 27, 2012

KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersenyum  ku  mendengar seorang kawan yang agak cemas menalipon ku pada awal Muharram baru ni.. oh…  masuk je tahun baru islam… maka 5 hari lagi usia ku akan bertambah mengikut kelender masihi.  Pada 15 November 2012 ( 1 Muharam) 1434H)  barulah  ku ketahui, bahawa kebanyakan kawan2 sekolah ku  mengira aku sudah tiada lagi di dunia ini…

                Patut pun kakak ku mengatakan ada seorang kawan yang mencari ku di kampung. Namun macam pelik aje caranya… apapun Alhamdulillah… mengikut kelendar masihi, pada 20 November 2012 usia ku berganjak lagi. Maknanya hari ini, aku masih diberi nafas oleh Allah s.w.t  untuk terus mencari keredhaannya…  Alhamdulillah…

                Memang apabila kebenaran bahawa aku  masih hidup diketahui pada  15 November 2012  itu , kawan2 nampaknya sedang membicarakan  seorang rakan yang dua hari sebelum itu meninggal dunia.. ya… aku  ingat rakan tersebut. Malah Ku  mendoakan di dalam hati kesejahteraan roh Allahyarham… namun aku tidak menonjol sangat untuk memberi sebarang komen…. 

                Dan sehari dua ini, seorang lagi rakan sekolah ku meninggal dunia… ia… KEMATIAN…  bicara kematian, adalah suatu PERINGATAN..  Apabila kita mendapat tahu berita kematian, itu tandanya amaran buat kita , bahawa   Kematian KITA… semakin hampir…

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan

surah   آل عمران   AYAT 185


Tuesday, November 13, 2012

JANJIMU BENAR YA ALLAH...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah….
Hari berganti hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun…. Aku pun sudah berpindah ke Shah Alam diam tak diam November 2012 dua tahun rupanya….

Cantiknya pemberian Allah, terus melimpahkan rahmat dan kurnia yang tidak terhingga kepadaku dan anak-anakku… benar janji Allah… Allah akan menganti segala yang dibelanjakan di jalanNya.. lebih-lebih bila kita ke Makkah…

Ramai mungkin tidak menyedari, bentuk gantian Allah dalam berbagai segi..  Paling di syukuri Allah masih menjemput aku dan anak ku lagi ke sana… Terima kasih ya Allah…

InsyaAllah aku akan terus menerus ke sana sehinggalah nafas ku berakhir.  Moga Allah mengizinkan aku untuk menjadi penghuni Baqi’ suatu hari nanti.  Anak ku menjadi penghuni al-Ma’la maka setidak-tidak tanah suci pernah berada dalam rahimku.  Ini kerana sering mendengar ustaz berkata, kita akan mati di mana tanah kejadian kita diambil… Ya Allah, terima kasih ya Allah… bila bayi ku mati di Tanah suci Makkah… itulah tanah yang Engkau ambil untuk menjadikan dia…

Kini sudah 7 tahun dia besemadi di sana…. Sejak itulah engkau sentiasa memanggil ku dan anak sulungkan sentiasa ke sana…. Bahagianya Ya Allah, atas pemberian ini…

TERIMA KASIH YA ALLAH….. Atas segala kurniaanMu ini…  

Sunday, April 08, 2012

AYUH TEMAN... PERGILAH KE HARAMAIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima kasih Ya Allah… Bahagia terasa dalam hidup ini kerana Engkau masih memberi peluang kepadaku menjejak kaki lagi ke Haramain. Meskipun pembangunan tidak henti-henti, debu beterbangan, ramai yang batuk dan demam, namun tidak menghalang jiwa yang meronta ingin ke sana menjadi tetamu Allah lagi.

Allah yang sangat pemurah sekelip mata mengabulkan setiap yang ku doakan disana. Aduhai pemurahnya Engkau hai Tuhanku.

Sungguh, wahai teman-teman, pergilah ke Haramain, Dua Tanah Suci yang dijanjikan Allah dengan banyaknya kerahmatan. Doa yang tiada halangan. InsyaAllah……….

Ayuh teman-teman, janganlah berhabis wang untuk perkara yang melalaikan lagi, kumpulkan wang untuk ke sana, tempat yang tiada lebih baik dari nya di dunia ini, Makkah Mukarramah dan Madinatul Munawarrah…

Monday, January 02, 2012

BILA ALLAH BERKEHENDAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tidak terjadinya sesuatu hatta sehelai daun kering jatuh ke bumi tanpa pengetahuan Allah. Allah yang mentaqdirkan sesuatu, dan berbagai hikmah di sebalik itu.

Hati adalah pengerak dan raja dalam diri. Hati akan menemui jalan-jalan yang dicari, jika baik di cari maka, baiklah natijahnya, jika sebaliknya.. itu adalah pilihan empunya. Luas mana pun dunia di rasa, sebenarnya ia amat kecil sekali. Hidup ini bagai roda yang berputar. Hari ini, kita menemui seseorang, mungkin esok kita pula ditemui oleh orang yang sama.

MasyaAllah... hebatnya ketetapan Allah...

Friday, December 02, 2011

لو كان بيننا

law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين


Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين