Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, July 14, 2010

USTAZ SHAH KIRIT : Bantulah Saudara Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apabila seseorang masuk Islam, maknanya dia bersetuju dan mengaku serta faham dengan persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah rasul yakni persuruh Allah. Sebaik seseorang itu masuk ke dalam islam dia adalah saudara segama kita. Maka mereka ini memerlukan bantuan, bimbingan dan sokongan dalam berbagai perkara. Menyentuh tentang pengislaman yang sangat kerap hari ini di Surau MARA, ustaz Shah Kirit, mengambil kesempatan menerangkan apa bentuk bantuan, bimbingan dan sokongan yang patut dilakukan oleh mereka yang sudah lama islam kepada mereka yang baru memeluk islam.

Pertama : Bantuan Material

Untuk meneruskan kehidupan bahkan seseorang tidak boleh hidup tanpa ada makan-minum, tempat tinggal dan pakaian. Semua ini merupakan satu perkara asas dan menjadi suatu yang berhak dimiliki oleh setiap manusia. Bagi orang islam, dia perlu melihat saudara baru ini samada cukup dalam perkara yang disebutkan. Hendaklah difahami bahawa apabila seseorang memeluk islam, mereka telah diboikot oleh keluarga asal mereka, keluarga membuang mereka, boss memberhentikan kerja mereka. Wajarlah kita memberi perihatin yang tinggi dalam perkara ini. Tidak semestinya kita membantu secara ‘directly’ kata ustaz. Apatah lagi kalau kita sendiri tidak mempunyai cukup wang. Kita Bantu dengan mencari rakan yang ada wang. Kita tidak mampu memberi kerja pada mereka, kita cari kawan yang ada kerja kosong untuk mereka, dengan menyatakan kebolehan dan kelulusan mereka. Kita boleh panjangkan maklumat saudara baru melalui e mel, sms, telefon dan sebagainya. Sekurang-kurang kita telah menjalankan amanah sebagai saudara seislam dalam membantu kerja-kerja agama tersebut.

Kedua : Bantuan dari Ilmu.

Bimbingan atau ilmu sangat penting bagi mereka yang tidak mengerti apa tentang satu-satu perkara. Kita sendiri waktu lahir-lahir tidak mengerti apa, sehinggalah diajar oleh ibubapa, ustaz dan sebagainya. Tahap mereka yang baru memeluk islam adalah bagai budak tadika. Walaupun sudah berumur 40 tahun, tegas ustaz. Mereka seperti bayi yang baru lahir. Samalah macam kita baru lahir dulu. Kita perlu mengajar mereka satu langkah ke satu langkah. Masuk islam, kalau dulu dia cina, bila masuk islam dia tetap cina. Kalau dulu India, bila masuk Islam, tetap India. Bangsa sama sekali tidak tukar, Cuma agama yang tukar, dan mengakui bahawa tuhan itu hanya satu sahaja iaitu Allah. Ustaz sendiri mula-mula masuk Islam, tidak kenal huruf ا، ب، ت pun kata ustaz. Lama-lama kenal ا، ب، ت، ث . lain-lain satu apa pun tak tahu, menurutnya.

Bukanlah tahap tadika ini akan kekal selamanya. Suatu hari, insyaAllah 5 atau 10 tahun akan datang mereka ini akan menjadi pendakwah pula, menerangkan kecantikan dan kebenaran Islam pada orang lain. Mereka dilatih, dibimbing jadi pendakwah. Pendakwah bukan tugas ustaz atau imam sahaja. Ianya tugas setiap orang Islam. Suatu hari, pasti orang-orang sebegini akan perjuangkan agama islam dan di sampaikan kepada orang lain pula. InsyaAllah.

Ketiga : Sokongan Emosi.

Bila seseorang memeluk islam, mengucap 2 kalimah syahadah pastinya akan merasa takut, bimbang dan berbagai perasaan lagi. Seumur hidup sebelum ini tidak tahu apa itu islam, dalam hati serasa terlalu takut. Itulah pegalaman ustaz sendiri ketika mula-mula masuk islam. Beliau dapat merasai betapa gelisah dan bimbangnya saat-saat demikian. Selepas itu mereka akan memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Bimbang menguasai diri. Perkara yang boleh dimakan dan dibuat sebelum ini, pasti tidak boleh lagi. Orang bangsa mereka dah buang mereka. Bangsa mereka tidak menerima mereka. Bertemu dengan bangsa lain, satu yang baru dalam hidup mereka. Namun, dalam Islam tidak ada perkauman. Atas nama kemanusiaan, semua manusia bersaudara. Nabi Adam adalah moyang semua manusia. Bila masuk Islam, kita semua jadi saudara seagama. Ibarat sakit satu anggota, seluruh badan akan terasa.

Jadi, Bantu dan berilah sokongan pada saudara baru ini, cuba tolong mereka, sokong mereka dari berbagai segi termasuk perasaan dan emosi mereka. Kenali masalah mereka, tiada siapa yang semudah untuk mencerita masalah, kerana masing-masing ada maruah diri. Ada harga diri. Jangan kita hanya menunggu saudara baru ini mencerita masalah, meminta di tolongi. Tolong mereka. Kebanyakkan dari kita, banyak soal, tapi tolongnya tiada. Kata orang ‘busy body’ lebih. Macam kemalangan kecil di jalan raya pun, jem teruk. Bukan ramai berhenti tolong. Tapi tolong tengok. Bahkan ada kesempatan mengambil nombor. Mungkin juga barang di bawa lari. Kata ustaz, kita ni, banyak kepoh jer lebih. Tolongnya kurang. Banyak yang jadi penyibuk saja.

Seperti bila saudara baru memeluk islam, rasa terharu, rasa nak peluk. Tapi semua itu hanya sebentar sahaja. Lepas beberapa ketika tiada pertolongan yang dapat diberi pada mereka. Mereka membawa diri mencari arah tuju sendiri. Terumbang ambing mencari erti diri. Tidak pernah kita ambil peduli lagi, makan ker mereka, berpakaian ke mereka, bertempat tinggal ke mereka. Bagaimana solat dan ibadat mereka. Tidak lagi mereka mendapat perhatian kita.

Sehubungan itu, ustaz menyeru semua kita, sama-sama turun tangan membantu saudara-saudara baru kita, secara sukarela. Sukarela bukan mananya hanya tolong, ikut bila ada masa, bila ada mood sahaja. Perlu komited dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh keikhlasan hati membantu. Ibarat apa yang telah dilakukan dizaman Rasulullah s.a.w. di mana mempersaudarakan muhajirin dan Ansar. Saudara baru ibarat muhajirin dan kita yang dah lama islam ibarat Ansar. Apa sahaja yang boleh kita Bantu, kita Bantu . tak mampu, kita cari sumber-sumber yang mampu. Moga, Allah memberkati usahasama kita semua.

Allahu a’lam.

USTAZ RAHIM NASIR : Punca Membuat Dosa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Akhir zaman orang yang melakukan dosa sudah tidak terasa berdosa. Mereka rasa biasa saja. Lihat di sana sini orang mendedahkan aurat, mereka buat selamba aje. Sekiranya tiada orang yang mengingatkan mereka ini akan terus hanyut dalam kegelapan.

Imam ibnu Qayim berkata, punca orang membuat dosa ada 3 perkara yang terbesar. Maknanya di sini apa sahaja kita perlu balik kepada punca. Baru masalah akan selesai. Selama mana tidak berbalik kepada punca, tidak akan kemana. Dalam kitab ‘al-Fawaih’- faedah-faedah yang banyak menyebut.

Punca Pertama : kesombongan.

Jika kamu menolak kebenaran kamu adalah orang yang sombong. Bila diberi tahu ini dari Quran, dari Hadis, mereka tetap menolak akan kebenaran tersebut, itu maknanya sombong. Sombong itu watak iblis. Bila Allah perintah sujud kepada Adam, Iblis ingkar perintah Tuhan. Persoalannya di sini, ‘Ingkar’ dan tidak mahu dengar arahan Allah. Berjaga-jagalah dari sifat demikian.

Punca kedua : Tamak

Orang yang tamak senang membuat dosa. Orang tamak tidak pernah cukup dan puas dengan satu-satu perkara. Hatinya teringin untuk menambah-nambah. Pepatah melayu juga ada menyebut ‘orang tamak selalu rugi’. Sifat tamak ini tidak patut ada melainkan tamak nak buat baik.. silakan….

Punca Ketiga : Hasad

Qabil membunuh adiknya Habil kerana hasad dan dengki. Perasaan ini datang dari Iblis. Perangai Iblis, iri hati, dengki, kecewa dengan orang lain dan berbagai sifat mazmumah. Maka elaklah dari sifat iblis ini. Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Bertahun-tahun berbuat baik, di sebabkan hasad dan dengki pada orang lain, maka sia-sia sahaja amalan hangus dan hapus sama sekali. Tiada guna sakit hati pada orang lain, kerana yang terbakar adalah diri sendiri. Hidup tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita

Renunglah punca kemusnahan-kemusnahan tersebut yang menyebabkan seseorang melakukan dosa kerananya. Fikirlah sedikit demi sedikit, apa untung melakukan demikian. Maka perlulah pergi menuntut ilmu, kerana ilmu itu akan menimbulkan dan mencetuskan satu perkara baik dalam hati kita. Giatkan, kembangkan, dan ajaklah seramai mana rakan dan teman yang ditemui untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Tarbiyah dalam ilmu pengetahuan akan mengurangkan sifat yang negatif, sifat mazmumah, seperti sifat keji, iri hati, sombong, takabbur, menghina orang dan sebagainya. Ilmu yang baik akan diserap ke dalam jiwa yang bimbang dan parah. Allah memberi menafaat dengan kebaikan tersebut berupa hidayah dan petunjuk.

Namun kita dibolehkan berhasad dengki dalam 2 perkara. Dengki yang dibolehkan ini berdasarkan hadith yg bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; yaitu iri hati terhadap orang yang dikaruniai harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari. (juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

Kedua-dua ‘dengki’ diatas dibolehkan kerana sifat dengki tersebut tidak diiringi dengan harapan supaya nikmat itu dihilangkan daripada orang tersebut malah ia akan melahirkan UMAT ISLAM yg sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan. Hendak menjadi kaya untuk berbuat kebajikan seperti nya. Hendak berilmu agar dapat memenafaatkan ilmu tersebut untuk diri dan orang lain. Itu adalah satu kedengkian yang dibolehkan.

Allahu a’lam.

USTAZ RAHIM NASIR : Adab berziarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Membicarakan sambungan kitab Riyadh al-Solihin Jilid 2 Bab 45 mengenai MENZIARAHI AHLI KEBAJIKAN , menurut ustaz maknanya menziarahi orang yang baik-baik, atau duduk di majlis-majlis mereka. Bersahabat dengan mereka dan kasihi mereka. Minta penziarahan mereka dan doa dari mereka. Termasuklah menziarahi tempat-tempat keutamaan.

Dalam satu hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut tentang ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang sangat besar dan sangat di galakkan oleh Islam. Disamping dapat mempereratkan silaturrahim ianya boleh memupuk kasih sayang sesama insan.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda Maksudnya:
“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga”
(Riwayat: at-Tirmizi)

Kelebihan orang-orang yang menziarahi dan Amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dalam masa sakit sahaja. Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan lain-lain. Siapa yang buat kerja ziarah ini, kata Nabi s.a.w. di sediakan ruang dalam syurga Allah. Akhlak seperti ini sangat tinggi nilainya. Bahkan ianya suatu yang sangat dituntut dalam agama kita.

Di antara adab menziarahi orang sakit ialah:

1. Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

Lainlah sekiranya atas permintaan pesakit tersebut. Sifat demikian boleh memberi ruang orang lain pula yang ingin berziarah.

2. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

3. Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

4. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

5. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

6. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

7. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud: “Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”.

(Riwayat at-Tirmizi)

Adab berziarah ini boleh memperbaiki akhlak. Jiwa akan merasa kelainan dan perbuatan ziarah ini amat-amat di tuntut. Membawa hadiah juga boleh mengembirakan pesakit. Jadi ustaz menyeru ziarahlah adik beradik. Hari ini yang banyak berbalah bukan orang lain, tetapi adik beradik. Lihat kisah Nabi Yusof, siapa yang punya angkara mencampakkan Nabi Yusof dalam telaga, jika tidak adik beradiknya. Masyarakat hari ini jadi kelam kabut bila adik beradik tidak boleh berbaik. Bersamalah kita bersihkan hati dari perangai sebegini yang sangat tidak elok sekali.

Allahu a'lam.

Sunday, July 11, 2010

USTAZ BASRI : Israk Mikraj, lambang ketaatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Al quran itu hujah bagi kamu dan keatas kamu. Membahas perkara ini ulama tafsir menyebut bahawa Al-Quran bukan sekadar menjadi hujah di dunia semata, tetapi di akhirat jua. Kenapa peristiwa Israk dan Mikraj tersangat penting dalam hidup kita sebagaimana firman Allah berbunyi :-

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqs'a..

Menurut ustaz maksud masjid ke masjid di sini bukan perpindahan dari satu masjid ke masjid yang lain. Perjalanan di sini memberi makna yang tersangat besar kepada kita. Memberi makna kepatuhan dan ketaatan. Apabila dengar , maka patuh dan taat akan titah perintah Allah. Jawapan orang mukmin, ‘kami patuh, kami taat’. Sebagaimana ayat yang di sebut dalam surah an-Nur :-

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Sesungguhnya jawaban oran-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Surah an-nur :51

Sungguhpun di bidang politik, ekonomi dan segalanya perlulah mengikut garis pandu yang disebut oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang disimpulkan oleh Ulama syeikh Yusof al-Qardawi, apabila patuh kepada perintah Allah dan rasul, nabi kita meletakkan di atas kita perintah Allah, ‘kami dengar, kami taat’ maka akan beroleh kemenanganlah bagi orang-orang tersebut dengan syurga Firdaus, satu janji daripada Allah sebagai ganjarannya.

Makna masjid ke masjid menunjukkan perjalanan hidup kita di dunia ini meletakkan Allah dan Rasul, hukum halal dan haram mengikut pandangan Allah. Jiwa yang terikat dengan pengabdian kepada Allah, pastinya segala perkara akan bertitik tolak kepada keredhaan Allah. Tidak timbullah kata, setelah di ambil pandangan ramai, maka lesen judi tidak diberi. Bukan nya mengambil apa pandangan Allah. Itu satu perkara yang tidak wajar di ucapkan. Susah sangat rupanya manusia untuk mengatakan bahawa apabila hukum Allah menyebut ianya adalah haram, maka kita semua perlu mengharamkannya.

Pengajaran yang dapat kita petik dari peristiwa Israk dan Mikraj :-

- Mencakupi semua sistem peraturan kehidupan akhirat nanti yang mana al-Quran akan ambil alih dan dijadikan hujah. Suka atau tidak kita akan lalui alam kubur, yakni alam kematian. Sebuah hadis Qudsi menyebutkan agar kita menjadikan perjalanan hidup ini ibarat seorang yang bermusafir.
Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ”

- Sememangnya kita bermula dari alam roh dan akan balik semula ke alam roh tersebut. Kematian adalah proses perpindahan ke alam kubur. Di sana Allah akan menunjukkan sedikit kehidupan di syurga atau neraka bagi penghuninya. Sayangnya kita banyak lupa alam akhirat iaitu alam untuk kita bertemu dengan Allah. Amalan membaca surah as-sajadah dan al-Insan di pagi Jumaat, adalah sebagai 2 surah yang menceritakan tentang hari kiamat. Kita diberitahukan sebelum ini bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat secara yang tiba-tiba tidak di sangka-sangka. Ayat yang lain juga menyebut…

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa

enam masa Allah menciptakan apa yang ada di langit dan bumi.
kisah ketika Nabi Naik burak, menitis air matanya. Bila ditanyai Jibril kenapa baginda menangis, baginda teringat akan umatnya, apakah umatnya juga boleh naik burak. Mulianya hati baginda rasulullah s.a.w.; setiap kenikmatan yang dikecapi, baginda mengingati umatnya. Setiap kesukaran dan kesusahan baginda mendoakankan agar tidak tertimpa atas umatnya.

- Itulah kemucak bagi manusia iaitu untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Hanya bagi hamba yang beramal soleh. Bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa.

Di dalam Al-Quran, kita dapati banyak sekali suruhan kepada umat Islam supaya mereka itu bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 102 :

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Islam.

- Mereka yang mengaku beriman, dimana hanya percaya sahaja kewujudan Allah, namun tidak mahu beriman dan bertaqwa sebenar-benarnya, tidak mahu menunai dan melaksanakan titah perintah dari Allah, menandakan satu hati yang sangat kotor. Itulah simbolik penyucian hati rasulullah s.a.w., yang dibersihkan 2 x . orang yang layak bertemu dengan Allah adalah mereka yang mempunyai hati yang putih bersih kepada Allah s.w.t sebagai hambanya. Jika kita ingin selamat bertemu dengan Allah, maka perlulah kita mengambil keseluruhan ketetapan dari Allah s.w.t.
Allahu a'lam.

Saturday, July 10, 2010

USTAZ NAJHAN : Penawar Bagi Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh, alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia. Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan diluar rumah.

Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.

Apatah lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh bagaimana caranya.

Tidak diragukan hanya islam sahaja yang membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung, roh, nafsu dan akal.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu."

Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Orang yang beriman tenteram hati mereka bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya. Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya, bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan mengingati dia.

Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan, keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah, kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah kita.

Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik , membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang selamanya jiwa tidak akan tenang.

Bila kita lupa Allah, itu yang menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik zikir ialah al-Quran.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah israa' :82

Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa. Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya didunia sudah dirasakan.

Sayugialah kita semua kembali kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Allahu a’lam.

PENTINGNYA BERILMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Menurut Ustaz Zul dalam kuliahnya di Masjid Rahimah, syirik boleh terjadi apabila mensifatkan Allah sama dengan manusia. Justeru itulah ayat-ayat mutasyabihat perlu ditafsirkan. Jika salah tafsir tanpa ilmu yang betul amatlah berbahaya pada aqidah umat islam.

Begitu juga terjadinya syirik bukan sahaja mensifatkan Allah dengan sesuatu yang lain, tetapi beriktiqad seperti ubat boleh menyembuhkan penyakit, juga adalah bersalahan dengan aqidah. sedangkan apa sahaja perlu kembali kepada Allah. Orang yang syirik di haramkan masuk syurga. Bayangkan orang-orang yang memuja dan mencari harta semata-mata, hingga lupa kepada Allah, bagaimana kedudukkannya?

Menurutnya orang yang mencari harta semata hingga meninggalkan solat berjemaah dan tidak mencari ilmu adalah orang yang tidak berakal. Ilmu dan hikmah adalah hasil akal, satu kurniaan Allah kepada manusia, ia membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT menciptakan manusia sebagai makhluk yang berakal. Allah menyifatkan mereka dengan beberapa ungkapan yang menarik, dengan lafaz Ulil Albab, Ulil Absor dan lain-lain. Antara perkara penting yang mesti dilakukan oleh akal manusia ialah mencari ilmu. Hikmah dan ilmu dicapai sama melalui kurniaan Tuhan, secara langsung atau secara belajar, atau hasil dari beramal dengan ilmu, juga kajian dan pengalaman.

Ramai hari ini menjalani kehidupan tidak ingat akan mati. Ini contoh orang yang tidak berakal. Perkara yang membezakan manusia dengan binatang ialah menuntut ilmu dan beramal. Jika batang tubuh sahaja manusia, ini namanya haiwan yang boleh berkata-kata. Perlu di sedari, harta yang di cari tidak akan dibawa mati. Banglo, duit dalam bank hanya jadi harta semata di dunia dan akan menjadi milik orang lain bila ia ditinggalkan bila sebelumnya kita tidak menjadikannya sebagai jalan ibadah. Bila kita besahabat dan berkawan dengan orang yang lalai, akan mewarisi hati yang mati. Bila hati dah mati, akhirat di letak ke tepi.

Ingatlah hidup di dunia sebentar sahaja. Perlu di ibaratkan pada dunia seperti lari dari harimau. Bila dekat sangat bahaya.

Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada 1,000 orang yang 'abid (ahli ibadat) dan 1,000 orang warak”.

Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang 'abid seperti kelebihan aku atas umatku”.

Apakan daya, manusia akhir zaman nampak dunia sahaja, sedangkan bagi orang alim, dunia dalam gengamannya. Allah memberi pilihan pada Nabi sulaiman samada memilih ilmu atau harta. Lantas Nabi sulaiman memilih ilmu. Maka Allah beri kepada beliau dengan ilmu yang ada untuk menakluki dunia.

Namun manusia hari ini tidak yakin dengan janji Allah. Sebodoh-bodoh umat adalah yang tidak kasih pada ulama, sedangkan bermula orang alim itu pewaris nabi. Siapa yang mengasihi orang alim adalah mereka yang mengasihi nabi.

Rasa takut kepada Allah akan datang apabila kita benar-benar mengenali Allah. Untuk mengenali Allah perlu ada ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Bila berilmu kita akan rasa takut, lantas bertaqwa kepada Allah. Rasa takut akan membuat kita selalu merasa kematian akan datang bila-bila masa.


Percaya atau tidak, kenalah terima bahawa ..Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit.
Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.Maka berkata Izrail:' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Maknanya disini, bahawa perkiraan yang perlu kita buat untuk mengetahui sekerap mana malaikat maut menjengah kita ....

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 kali

malaikat menjenguk kita= 20.571 minit

Maknanya malaikat maut akan menjengah kita setiap kali 21 minit. Bersedialah untuk menghadapi kematian yang akan datang bila-bila masa sahaja. Allahu a'lam.

Friday, July 09, 2010

USTAZ YUNUS : Taufik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tidak semua orang akan nampak dunia itu macam bangkai. Hanya orang yang diberi taufik sahaja, iaitu satu kekuatan untuk melaksanakan ilmu yang ada. Bila tidak ada taufik maka ilmu tidak menjadi ilmu yang bermenafaat. Ilmu yang bermenafaat akan nampak jalan penyelesaiannya, membawa kita ke syurga.

Sesiapa yang beriya mencari akhirat, Allah akan memberi kepadanya dunia dan akhirat. Maka carilah ilmu kata ustaz. Walau duduk tak faham-faham, tapi malaikat sentiasa mendoakan, supaya orang yang menuntut ilmu di jalan Allah ini dirinya sentiasa dirahmati.

Jadi orang yang diberi taufik tahu akan kebinasaan satu-satu perkara larangan. Ini dinamakan musyahadah dari Allah. Mereka telah makrifat kepada Allah. Bila dia memahami ilmu dan mendapat taufik, maka dia akan mendapat petunjuk dan dia nampak benda ni kalau buat, akan binasa. Ada ilmu yang tembus, sebagaimana yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w., baginda mengetahui sebahagian perkara dengan izin Allah. Belum lagi cerita masyhar, neraka, rasulullah s.a.w akan menangis.

Rasullulah S.A.W bersabda :Apabila hari kiamat telah datang, maka Allah mengumpulkan umat manusia dari dalam kuburnya dalam 12 golongan :

1.golongan pertama golongan ini dibangkitkan dari dalam kubur dalam keadaan tidak mempunyai tangan dan kaki ( mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka menyakiti tetangga dan orang2 sekitarnya, mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertobat, maka inilah balasannya)

2.golongan kedua golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan menyerupai binatang melata /dalam riwayat lain disebutkan menyerupai babi (mereka adalah orang2 yang menganggap remeh tentang solat,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

3.golongan ketiga golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan dimana perutnya menyerupai gunung dimana didalamnya berisi ular dan kalajengking seukuran bighol/ keledai (mereka adalah orang2 yang mencegah orang lain untuk menunaikan zakat,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

4. golongan keempat golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan mulutnya mengeluarkan darah dan ususnya terburai sampai ketanah serta mulutnya mengeluarkan api yang menyala nyala ( mereka adalah orang2 yang suka berdusta dalam berdagang mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

5.golongan kelima golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan sembunyi sembunyi dari manusia yang lain dikarenakan bau badannya lebih bau daripada bangkai, (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka berbuat dosa dengan sembunyi sembunyi tanpa diketahui orang lain tanpa merasa takut kepada Allah yang maha mengetahui,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

6.golongan keenam golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan tenggorokannya terputus (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka bersaksi palsu dan berdusta,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

7. golongan ketujuh golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan tidak mempunyai lisan dari mulutnya mengucur darah dan nanah (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka mencegah orang lain untuk memberikan kesaksian jujur,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

8. golongan kedelapan golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan dalam keadaan terbalik dimana kakinya diatas dan kepalanya dibawah dari kemaluannya mengucur nanah seperti sungai yang mengalir (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka berzina,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

9.golongan kesembilan golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan hitam wajahnya,matanya mecicil/melotot dan perutnya penuh dengan api yang membara (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka memakan harta anak yatim dengan dhalim,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

10.golongan kesepuluh golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan belang2 kulitnya (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya berani kepada orangtua semasa hidupnya,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

11.golongan kesebelas golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan buta hatinya,giginya seperti tanduk sapi,bulu matanya menjulur sampai dada,lidahnya menjulur sampai perut serta perutnya melorot sampai pangkal pahanya, dari perutnya keluar kotoran yang sangat tidak enak baunya (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka meminum khamar atau minuman yang memabukkan lainnya,mereka meninggal dalam keadaan sebelum bertaubat, maka inilah balasannya)

12. golongan kedua belas golongan ini dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya berseri seri bagai bulan purnama, mereka lewat diatas shirothol mustaqiim bagaikan kilat yang menyambar, (mereka adalah orang2 yang semasa hidupnya suka beramal shalih dan mencegah perbuatan maksiat serta menjaga solat fardhu dalam berjamaah, meninggal dalam keadaan bertaubat, maka inilah balasan dari Allah SWT)

Begitulah kasihnya rasullullah kepada umatnya, dan bagi mereka yang mendapat taufik, mereka tahu kebinasaan maksiat. Itulah ilmu yang bermenafaat. Jika masih tidak benci kepada maksiat, makanya ilmu dia diperolehi tidak menafaat sama sekali pada dirinya.

Allahu a'lam.