Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, March 07, 2010

KEWAJIPAN BERTAUBAT



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Manusia tidak sunyi dari berbuat dosa dan alangkah ramainya yang derhaka dan menentang Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba bertaubat semua dosanya akan diampunkan oleh Allah. Allah berfirman


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)..At-Tahrim : 8


Oleh kerna itu, sewajibnya bagi kita bertaubat atas segala dosa dan noda yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sebelum ajal menjemput.

Menurut Imam Hassan al-Basri, Taubat Nasuha- Penyesalan dengan hati, Beristiqfar dengan lidah (sebut). Dosa besar memerlukan taubat dan Istiqfar. Dosa kecil sekadar Istiqfar sahaja.

Makna menyesal disini menyesal dengan hati, beristiqfar dengan lidah dan bertekad meninggalkan maksiat. Nekad tidak akan kembali lagi selama-lamanya berbuat maksiat. Barulah dinamakan taubat nasuha.

Menurut Saidina Umar, Taubat Nasuha itu ialah seseorang yang bertaubat tak akan kembali ke asalnya seperti susu tak akan kembali ke tempat keluarnya.

Seseorang yang bertaubat nasuha, seperti seorang yang tidak pernah berbuat dosa.

Menurut Sheikh Abdul Kadir al-Jailani : Kembali dari perkara yang dicela oleh syarak kepada perkara yang terpuji.

Anak Adam, dia tahu dosa dan maksiat membinasakan manusia dan menjauhkan Allah dan jauh dari syurga. Dia sendiri yang pilih begitu.

Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan Allah dan manusia pertama yang bertaubat kepada Allah. Menunjukkan bertaubat diwajibkan bersegera.Kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh Allah s.w.t.

Nabi dan rasul terus beristiqfar kepada Allah. Dari kisah nabi, tidak dapat menandingi tangisan nabi Daud, Nabi Yaakob. Nabi-nabi sebenarnya tidak bersalah, tetapi merasa bersalah. Darjatnya sangat tinggi di sisi Allah.

Orang yang kurang iman, buat sesuatu yang wajibpun rasa hebat. Baginda Rasulullah s.a.w. beristiqfar sehari semalam lebih 100x.

Seseorang yang bertaubat seperti tidak pernah melakukan dosa. Banyak mana dosa pun, bila bertaubat Allah beri keampunan. Namun yang melibatkan anak Adam, seperti Harta, Hutang piutang, penginiayaan selesaikan terlebih dahulu dengan manusia.

Kisah lelaki yang telah membunuh 99 orang pun diampunkan oleh Allah. Ini kisah yang masyhur kita dengar.

Sering kita mendengar kisah di mana, Makhluk yang bernama lautan menentang makhluk yang melakukan maksiat. Minta izin Allah. Allah kata pada laut, Kalau hamba kamu buatlah tapi dia hambaku. bila dia dah jemu buat maksiat, dia akan datang kepadaku.jika dia datang waktu malam, aku menerimanya, bila dia datang waktu siang aku menerimanya, pintuku tiada hijab. terbuka bila-bila masa.

Sampai ketika barulah dia tertutup.Pintu taubat tertutup pada 2 keadaan,
1. Selagi nyawa belum sampai ke halkum.
2. Selagi matahari belum naik dari barat.

Tidak juga mustahil perkara tersebut berlaku bila-bila masa. Sungguh Sifat Allah sangatlah pengasih dan lagi penyanyang. Ramai manusia derhaka kepada Allah, bila dia datang memohon keampunan kepada Allah, Allah ampunkan. Maha suci engkau wahai Allah yang maha bersifat rahman dan rahim.

Wallahu a'lam.

MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah)

Tidak dinafikan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu perlu dicari kerana ia bukan datang dengan sendiri. Menuntut ilmu juga mempunyai beberapa adap yang perlu di ketahui.

Pertamanya Berkitab, berguru dan besanad.Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, pegangan hidup itu adalah akidah, yang hendak kita sembahkan pada Allah s.w.t.

Ilmu itu perlu berhati-hati bila mempelajarinya. Ilmu terbahagi kepada ilmu Tauhid, Aqidah, Fekah, muamalat, dan Tasauf.

Ramai dikalangan kita belajar ilmu agama tetapi Allah haramkan mendapat menafaat ilmu agama , Persoalannya Kenapa...?

Setiap ilmu agama yang di pelajari, punca atau ibu ilmu itu kerana takut kepada Allah. Bukan senang untuk nak takut pada Allah. itu sebablah ramai yang lawan Allah. Dalam banyak kita buat dosa tak putus-putus nikmat Allah pada kita.

Kata Hikam, "jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak bawa kamu ingat pada Allah"

Kalau kita hendak bersahabat, cari sahabat yang selalu ingatkan kita tentang Allah. Walaupun sijil berjela-jela, tetapi kalau tiada berkat nak buat apa. Walaupun ramai yang mempertikai mengaji pondok itu lambat dan lembap. Tapi hasilnya sangat menyerap.

1. Maka barang siapa yang mencari kebaikan, ianya akan mendapat kebaikan. Dia akan mencari dan terus mencari. Maka apabila Allah ingin jadikan kebaikan kepada seseorang, hamba, nescaya Allah dorongkan dia nak belajar ilmu agama.

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan padanya,maka sudah tentu Allah menjadikannya mengerti dan faham dalam hal-hal agama."(H.R IBNU MAJAH)

2. Allah akan menjadikan hatinya tawar dengan dunia. Kita yang menentukan nasib masa depan kita dalam alam barzakh dan akhirat. Kerana Allah telah sediakan panduan lengkap dalam hidup kita untuk diikuti.

3. Allah juga memberi seseorang itu berusaha untuk koreksi diri, dengan memahasabah diri dan nampak dosa-dosa dan keaiban diri sendiri.

Maka perlulah kita berusaha untuk mencari jalan bersihkan hati.

Friday, March 05, 2010

HATI YANG MATI



بسم الله الرحمن الرحيم

Fenomena yang berlaku hari ini cukup menakutkan. Sungguh tragis sekali, samada buang bayi, dera kanak-kanak dan bayi, bunuh sana sini, isteri menginiayai suami, suami menginiayai isteri bahkan melata bagai cendawan tumbuh segala maksiat di muka bumi. Bahkan pencakaran dari peringkat atasan hingga ke bawahan, samada dalam bidang pekerjaan dan berbagai-bagaian.

Kekucar-kaciran di akhir zaman sangat terkesan dan tiba masanya manusia kembali kepada hidup yang tenang dan tenteram. Persoalannya, apa penyebab yang menyumbang segala permasalah ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah hati yang tidak hidup dengan iman.

Segala perkara bermula dari hati. Hati adalah raja dalam segala tindakan manusia. Kerana itulah disabdakan oleh

Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Sayangnya hari ini manusia lebih sibuk memperkatakan tentang wang, menambah wang, menambah kekayaan, cerita tentang kebesaran, tentang bintang yang bergemerlapan. Semua itu menambahkan kegelapan hati yang membuatkan hati semakin hari semakin keras. Hingga lupa kebahagiaan itu, iman adalah asas.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْاَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تُكْثِرُوْا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ اْلقَاسِىْ

Maksud :
Daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.
Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Bila hati keras, maka tidak nampak segala dosa itu dosa, maka rasa tidak bersalah melakukan apa sahaja. walaupun perbuatan yang dilaku jauh dari nilai hidup seorang insan. Jauh lebih hina dari haiwan, perlakuan sangat bertentangan dengan nilai murni seorang yang begelar manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran.

Maka hati itu perlu di ubatkan agar mendapat kembali keimanan. Bagaimana mengubatnya..?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Thursday, March 04, 2010

INSAN YANG BERIMAN



بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah al-Anfal:2


Ayat di atas menjelaskan sifat orang-orang yang beriman. Orang-Orang yang beriman merasa gementar bila disebut nama Allah. Mereka sentiasa melahirkan rasa syukur sebagai hamba Allah. Namun manusia hari ini terbahagi dua. Sebahagian mengikut jalan-jalan kesyurga sebahagian lagi menuruti jalan-jalan terlarang yang boleh menjerumuskan diri mereka ke neraka. Nauzubillah.

Ibadat yang dilakukan pada hari ini kerana kebiasaan hari-hari. Ianya tidak menjadi ibadah yang sebenar-benarnya. Yang ada.. janji buat.Tidak kiralah mereka ianya tepat atau tidak menurut syariat.

Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi orang alim. Jika tidak jadilah orang yang belajar. Atau mungkin orang yang mendengar. Sekiranya tidak juga, jadilah orang yang mencintai 3 golongan tersebut.

Manusia diciptakan oleh Allah semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Semua perkara yang dilakukan didalam syarak adalah ibadah. Beruntungnya hidup sebagai seorang islam.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surah Az-zariyat : 56

Masih terkenang waktu dulu-dulu, orang tua kita selalu menyuruh atau mendidik kita membaca Quran untuk mencari pahala. Tapi hari ini, baca Quran ada juga yang cari piala.

Beruntung orang-orang yang membaca al-Quran selagi ia tidak melakukan dan berbuat dosa besar, ia tetap mendapat pahala sepanjang hari seperti orang yang baca Quran. Sering kita mendengar kuliah-kuliah agama yang menyebut, bahawa ibubapa yang menyuruh anak-anak membaca al-Quran, hari akhirat nanti akan dipakaikan dengan mahkota. Subhanallah.

Mertabat baca Quran juga terbahagi tiga pada yang membaca, ada bahagiannya, pada yang menghafal juga ada bahagiannya dan juga yang mengamalkan isi al-Quran itu.

Sesiapa yang membaca al-Quran mendapat 1 Kebajikan. 1 Kebajikan pula mendapat 10 kebaikan. Jangan kata alif, lam , mim itu satu. Tapi ianya dapat 30 hasanah di situ.

Betapa besar rahmat Allah pada kita semua. Masuknya kita kesyurga Allah juga dengan rahmatnya. Bukan dengan banyaknya amal kita. Amalan kita bila diperiksa oleh Allah bagai diramas dan menjadi debu yang berterbangan. Itulah amalan yang jika kita rasa sudah cukup hebat dimata kita, belum tentu lagi disisi Allah.

Allah minta kita jadi orang yang benar-benar beriman. Orang yang mulia disisi Allah hanyalah orang yang bertaqwa. Maka untuk mencapai tahap ini, kita perlu berilmu. Maka tuntutlah ilmu agama yang pastinya boleh membawa kebahagiaan dalam hidup kita didunia hinggalah ke akhirat. Wallahu alam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Surah Ali-Imran :102

Tuesday, March 02, 2010

MENGUMPAT DOSA BESAR



بسم الله الرحمن الرحيم
Sebutan tentang orang lain yang tidak disukai oleh orang itu memelalui lisan atau tulisan adalah merupakan umpatan. Hari ini saban hari ada saja yang aib dan dimalukan samada di media massa, tempat pekerjaan maupun penginapan. Ramai yang memandang ianya satu perkara kecil justeru itu perbuatan ini menjadi kebiasaan.
Adalah lebih baik kita tidak melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kita dan tidak mengambil tahu hal-hal keburukan saudara kita. Lainlah jika kita mengambil tahu kebajikan saudara kita.

sabda Nabi SAW:

"daripada kebaikan agama Islam itu ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah"
(Hadith riwayat Tirmizi)


Apapun andaian kita, ianya merupakan satu perbuatan terlarang. Kesan dari perbuatan tersebut akan mencetuskan perkelahian, pergaduhan dan permusuhan. Putusnya sebuah ikatan dan hilangnya seorang kawan terjadi kerana umpatan. Jika kita tidak suka disebutkan akan keburukan, begitu juga orang lain tidak suka ianya disebutkan. Ianya sangat mengaibkan.

Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hadis riwayat Muslim )


Sering kita dengan kata-kata itu lebih bisa dan tajam dari pedang. Hati yang terguris dan terluka sukar untuk disembuhkan. Bahkan dosa terhadap anak adam ini, Allah serahkan kepada manusia itu sendiri untuk memberi keampunan. Ianya adalah hak anak Adam. Maka bersama kita mengambil ia sebagai satu peringatan.


Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai Mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)


Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)

TAKABBUR


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.”
(Hadith riwayat Muslim).


Banyak perkara sebenarnya menimbulkan rasa takabbur. Diantara perkara-perkara yang menimbulkan takabbur pada manusia seperti keturunan, kecantikan, kekuatan, kekayaan, banyak wang, banyak ilmu dan warak dan banyak ibadat. Namun semua ini tidak kekal. Keturunan akan mati dan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan menjadi lemah, wang boleh habis, bahkan apa sahaja akan lenyap bila tiba masa dan ketika.

Apa yang ingin disentuh, sayang sekali kalau mempunyai banyak ilmu namun penuh ketakabburan. Sifat bangga diri mengandungi bencana yang amat besar sekali. Kesan buruknya juga besar.

Untuk membaiki perkara ini, maka

Pertamanya, menanamkan dalam diri dan menyedari bahawa hujah Allah lebih berat dan akan disoal. Bila kita tidak mengamal apatah lagi bagi yang menyelewengkan. Sebagai bandingan sahaja, bahawa Allah mungkin dapat menguzurkan yang jahil tapi tidak pada yang berilmu, walau pun sijahil tetap berdosa kerana tidak mencari ilmu.

Contohnya ramai yang tahu bertikam nombor ekor adalah haram. Tetapi buat juga. Juga tahu solat itu wajib namun ada yang tinggal juga. Tidak mencari ilmu satu kesalahan juga. Tak tahu solat, tak buat berdosa. Buat bercanggah juga pun berdosa. Maka ilmu perlu ada. Ilmu ada jangan pula takabbur, tapi beramal lah. Ini bukan makna jangan mencari ilmu, tetapi janganlah kita bersifat takabbur.

Kedua, menginsafi diri. Tiada siapa yang layak untuk membesar diri kerana tidak layak pada sesiapapun membesar diri melainkan Allah. Allah benci pada yang membesar diri. Jika apa yang Allah tidak suka, maknanya Allah bencilah. Demikianlah serba sedikit menghilangkan takabbur.

Bila sifat ini telah lenyap barulah boleh diisi dengan sifat tawadduk dan rendah diri. Mengajar diri untuk sering mengingati dosa dan kesalahan lalu, mengurangkan sifat takabbur dan merasa diri kecil pada pandanganNya. Pengakhiran hayat orang-orang fasik belum tentu lagi. Yakni yang melakukan dosa besar dan berterusan dosa kecil. Yang pastinya bila melakukan dosa ada azabnya. Namun wajib bertaubat, soal terima atau tidak itu urusan Allah.

Bila sering mengingati Allah, hati akan takut untuk takabbur. Kita semua tidak tahu penghujung hidup kita. Walaubagaimana pun marah pada orang fasik itu perlu. Tetapi jangan takabbur. Marah itu bertujuan semata-mata kerana Allah.

Ijmalnya, sifat takabbur tidak mendatangkan manafaat sedikitpun, bahkan bahananya sangat besar. Ia juga menghalang amal baik kita sampai kepada Allah s.w.t. maka bersamalah kita hindari sifat takabbur, yakni membesar diri. Wallahu alam.

SEKELUMIT PENGALAMAN MENAIKI BAS


بسم الله الر حمن الرحيم
Lama rasanya ana tidak naik bas sejak berkahwin dengan suami ana. Cuma sekali sekala bila keadaan memerlukan. Masa kecil dulu nak naik bas tunggu berjam-jam sebab bas ada ‘time’ nya lalu kampung. Namun di Bandar K.L ini, nak naik bas, tunggu berjam-jam jugak walaupun bas banyak, tapi kebanyakkan penuh. Bersesak-sesak.

1 Mac, 2010 ana terpaksa naik bas kerana suami ke Kuantan mengambil kereta yang tinggal di sana sebab kerosakan. Pengalaman yang ana dapat membuat ana termenung dan berfikir banyak perkara. Sehari yang mengajar erti kehidupan. Di sana ana memetik beberapa nilai erti kehidupan. Erti akhlak insan. Erti sebuah pengorbanan.

Sebaik sampai di stesyen bas, hujan rintik-rintik bertukar menjadi hujan yang tersangat lebat disertai petir dan kilat. Di sana ana memerhati gelagat manusia berlari-lari mencari tempat perlindungan. Yang tidak sedar nikmat Tuhan pun yakni baju tiada sebahagian di badan, turut ketakutan dengan air hujan. Ye… ana terfikir, ini Cuma bemandi hujan yang mencurah. Negara islam yang lain bermandi peluru dan darah. Namun yang lebih parah kalau bermandi api neraka Allah. Nauzubillah.

Dalam pada kekalutan ribut hujan. Pemandu bas yang tidak berperi kemanusiaan, sanggup memekakkan telinga, tidak berjalan kedepan yang kosong didepan tersangat panjang. Sengaja dia biarkan bas lain hon tiada berhenti menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman, namun saja je buat tak kedengaran. Konduktor memanggil-manggil penumpang. Begini rupanya kedengkian insan. Hanya mementingkan perut sendiri, itupun dianugerah Tuhan, lupanya kalian.

Setelah melepaskan beberapa bas dalam lebat hujan, ana naik bas yang agak kosong meredah basah namun Alhamdulillah, ana naik tanpa bersesak-sesak. Namun hati ana terharu memerhati, seorang konduktor bas perempuan, yang bertugas dalam keadaan hamil di badan. Ana memerhati sebuah pengorbanan. Dalam keadaan hamil beliau bekerja membantu suami. Sekejap ke depan, sekejap kebelakang. Kadang-kadang bas brek mengejut, penuh bimbang di hati ana, takut beliau terjatuh. Namun ana lihat beliau senyum tenang. MasyaAllah, hebatnya anugerah tuhan atas kesabaran dan sebuah pengorbanan dari seorang insan begelar perempuan.

Inilah kehidupan, … hanya di sisi Allah yang membedakan kita semua ialah ketaqwaan.